Terengganu Tampilkan Skuad Campuran Hadapi Đông Á Thanh Hóa 

Shopee Cup: Terengganu dijangka bakal menurunkan skuad campuran berdepan kelab Vietnam, Đông Á Thanh Hóa. Perkara ini disahkan oleh Ketua Jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner mengenai percaturan aksi di Gong Badak. Beliau memberitahu bahawa moral pasukannya berada dalam keadaan baik sungguhpun bakal turun tanpa dua tonggak penting iaitu Safwan Mazlan dan juga Shahrul Nizam. Pengendali […]

Buriram United Raih Hampir RM3 Juta Hanya Jual Jersi

Pengenalan jersi ketiga baru berwarna merah jambu untuk musim 2024/25 membawa tuah buat juara Thai League 1 musim lepas, Buriram United. Jersi ini merupakan jersi ketiga pasukan selain jersi biru gelap dan kuning yang digunakan Buriram untuk saingan liga Thailand musim ini. Jersi biru gelap digunakan bila mereka beraksi di laman sendiri. Sementara jersi berwarna […]

Aksi Persib Bandung vs Persija Jakarta Dicemari Rusuhan Penyokong

Rusuhan penyokong mencemari kemeriahan aksi Liga 1 Indonesia membabitkan Persib Bandung dan Persija Jakarta pada 23 September lalu. Aksi ini menyaksikan Pangeran Biru yang dibimbing bekas jurulatih KL City FC, Bojan Hodak meraih kemenangan 2-0 ke atas pelawat di Stadium Si Jalak Harupat, Bandung. Gol Dimas Drajad dan Ryan Kurnia memastikan tiga mata menjadi milik […]

Shopee Cup: Tomislav Steinbruckner Tuntut 3 Mata Dari Terengganu

Pengendali Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner mahu pasukan itu meraih tiga mata penuh bila berdepan Thanh Hoa. Keinginan itu dinyatakan pengendali Croatia itu selepas melihat Peteh tumbang kepada kelab Kemboja, Svay Rieng dalam aksi pertama Kumpulan A Shopee Cup. Meskipun beraksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) pada 21 Ogos lalu, Svay Rieng berjaya menyumbat […]

Terengganu Beraksi Tanpa Safwan & Shahrul Nizam Lawan Dong A Thanh Hoa

Terengganu FC terpaksa melupakan dua tonggak utama mereka di bahagian pertahanan, Safwan Mazlan dan Shahrul Nizam Ros Hasni menjelang aksi terbaru Shopee Cup. Ini selepas pengendali Peteh, Tomislav Steinbruckner mengesahkan Safwan dan Shahrul Nizam masih belum cergas untuk aksi kedua Kumpulan A menentang Thanh Hoa. Steinbruckner turut memberi bayangan bek kanan kebangsaan, Azam Azmi Murad […]

Liga 1 Indonesia Guna Khidmat Nazmi Nasaruddin

FA Malaysia-nazmi

Pengadil berpengalaman kelahiran Malaysia, Muhammad Nazmi Nasaruddin difahamkan menjadi pengadil dalam saingan Liga 1 Indonesia.  Perkara ini dikongsikan oleh Galeri Sepakbola Indonesia yang memaklumkan bahwa Nazmi Nasaruddin menjadi jurulatih asing yang kedua kendalikan Liga 1 Indonesia. Pengadil berasal dari Pulau Pinang itu telah menjadi pengadil kedua bagi perlawanan Malut United menentang Bali United semalam.  Pada […]

Endrick Pacu Kemenangan Pertama Ho Chi Minh City

Pemain tengah Harimau Malaya, Endrick dos Santos mula mempamerkan sengatnya di Vietnam apabila membantu Ho Chi Minh City (HCMC) meraih kemenangan pertama dalam V. League 1. HCMC meraih tiga mata penuh dengan menewaskan naib juara liga musim 2023/24, Binh Dinh di Stadium Quy Nhon. Selepas diikat tanpa jaringan oleh Viettel pada 14 September lalu, The […]

Rafaelson Penggempur Naturalisasi Baharu Vietnam

Penyerang berbisa Nam Dinh, Rafaelson sah bakal memperkuatkan skuad kebangsaan Vietnam. TheThao247 melaporkan penyerang berusia 27 tahun itu sah bergelar rakyat Vietnam menerusi makluman yang dihantar pada 20 September lalu. Dengan pengesahan ini, Rafaelson akan dikenali menerusi nama Vietnamnya, Nguyen Xuan Son. Bagi beliau, ia satu detik yang dinantikannya buat sekian lama. Selepas berada di […]

Terengganu Rehat Panjang Sebelum Lawan Kelab Vietnam

Terengganu kini berehat selama 10 hari sebelum menempuh aksi Shopee Cup dengan wakil Vietnam, Thanh Hoa pada 25 September ini. Peteh berharap dapat menggunakan aksi berkenaan untuk bangkit mengecapi kemenangan. Ini kerana dalam lima aksi terakhir mereka dalam semua kejohanan, pasukan itu hanya meraih satu kemenangan. Kemenangan itu dicapai dalam aksi Liga Super dengan KL […]

5 Negara Asia Tenggara Catat Peningkatan Ranking FIFA

Lima buah negara dari Asia Tenggara berjaya mencatatkan peningkatan dalam ranking FIFA terbaharu. Menerusi kemas kini ranking terbaharu oleh pihak FIFA pada Khamis, menyaksikan kedudukan lima negara yang berada di rantau Asia Tenggara melonjak naik secara positif. Thailand kini sudah menembusi kelompok 100 terbaik dunia dengan tambahan mata ranking 4.5 mata yang diraih ketika menewaskan […]

Azmin Azram Kongsi Beza Cabaran Liga Malaysia & Vietnam

Jurulatih penjaga gol Cong An Ha Noi FC, Azmin Azram berkongsi perbezaan cabaran di Liga Malaysia dan juga Vietnam. Pasukan Liga Super, Sabah FC telah mengumumkan ketibaan penyerang Brazil, Joao Pedro bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Ramon Machado. Beliau segera memberikan impak apabila menjaringkan gol debut dan membantu The Rhinos untuk meraih satu mata […]

United City Tarik Diri Dari Saingan Liga Filipina

Kelab gergasi Filipina, United City FC membuat kejutan dengan menarik diri daripada saingan Philippines Football League (PFL) musim 2024/25. ASEAN Football melaporkan kelab yang diberi jolokan The Golden Boys itu berbuat demikian untuk membantu proses pertukaran kelab itu ke Clark, satu kawasan di tengah Luzon. Bagi menjayakan usaha berkenaan, United City bakal menggunakan bajet mereka […]

Bekas Bintang JDT Makin Berbisa Di Indonesia

Bekas bintang Johor Darul Ta’zim (JDT), Moussa Sidibe memperlihatkan ketajaman beliau di Liga Indonesia bersama Persis Solo baru-baru ini. Pada aksi Liga 1 menentang Madura United, Sidibe menjadi tunjang utama Persis Solo dalam kemenangan besar 4-0 di laman sendiri. Dalam aksi tersebut, Sidibe telah meledak dua jaringan selain turut menyumbang dua lagi bantuan gol yang […]

Perlawanan Terhenti Seketika, Pengadil Ditumbuk Di Indonesia

Arena bola sepak Indonesia kecoh gara-gara tindakan seorang pemain Sulawesi Tengah memukul kepala pengadil pada 14 September lalu. Tempo melaporkan insiden ini tercetus dalam aksi suku akhir acara bola sepak Pekan Olahraga Nasional (PON) XX1 Aceh-Sumut antara Aceh dan Sulawesi Tengah. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Dimurthala, Banda Aceh menyaksikan pasukan itu mendahului pada minit […]

Brunei Pamer Peningkatan Mendadak

Pasukan Brunei Darussalam mencipta sensasi di rantau Asia Tenggara apabila menjadi antara pasukan terbaik dunia dalam kalendar antarabangsa FIFA bulan September. Ini berdasarkan dua kemenangan yang diraih Sang Tebuan dalam aksi playoff kelayakan Piala Asia 2027 dengan Macau baru-baru ini. Aksi playoff membabitkan enam pasukan yang terkandas dalam pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2026. Hanya […]

Fergus Tierney Fokus Tingkatkan Prestasi Di Thailand

Penyerang muda Malaysia, Fergus Tierney kini fokus meningkatkan prestasinya bersama kelab Thailand, Chonburi. Penyerang berusia 21 tahun itu menyertai The Sharks secara pinjaman dari Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) pada penghujung Julai lalu. Tierney kekal bersama Chonburi sehingga tamat musim 2024/25. Sejak menyertai kelab berkenaan, beliau telah menjaringkan satu gol daripada empat penampilan. Menariknya, […]