Giliran PDRM Asah Taring Berdepan Kelab Indonesia

Selepas tewas kepada Selangor FC dalam aksi pra-musim baru-baru ini, Persiraja Banda Aceh mempergiat persiapan mereka dengan turun menentang PDRM FC esok. Perkara ini disahkan Sang Saka Biru menerusi satu pengumuman di laman media sosial rasmi mereka hari ini. Seperti aksi menentang Merah Kuning pada 27 Ogos lalu, perlawanan Persiraja-PDRM bakal diadakan di Stadium Harapan […]
Singapura Tewaskan Skuad Muda Selangor

Hasrat skuad muda Selangor memulakan kempen Piala Lion City 2023 dengan kemenangan tidak kesampaian selepas tunduk 3-0 kepada Singapura di Stadium Jalan Besar hari ini. Singapura menerusi skuad Pusat Pembangunan Nasional (NDC) B-15 tampak bersemangat ditambah dengan sokongan padu penyokong di Stadium Jalan Besar. Dan anak-anak buah Angel Toledano Flores tidak menunggu lama untuk membuka […]
Bojan Hodak Yakin Mampu Benam Persija Jakarta

Jurulatih Persib Bandung, Bojan Hodak percaya anak-anak buahnya mampu mengatasi cabaran Persija Jakarta dalam aksi Liga 1 Indonesia seterusnya. Sabtu ini bakal menyaksikan perlawanan paling ditunggu-tunggu dalam liga iaitu Persija menentang Persib. Perlawanan yang diberi jolokan derby Indonesia dianggap antara yang terbesar di Asia. Perlawanan ini sentiasa menarik perhatian lebih-lebih lagi dengan permusuhan penyokong kedua-dua […]
Pertembungan KL City vs Persija Jakarta Bakal Jadi Realiti?

Khabar bertiup kencang mengenai jalinan kerjasama yang bakal dijalankan antara kelab Liga Super, KL City FC dengan salah sebuah kelab gergasi Indonesia. Perkembangan terbaru ini dikongsikan oleh wartawan MakanBola, Syafiq Freman telah memberi bayangan bahawa akan ada kerjasama antara KL City dengan salah sebuah kelab besar di Jakarta. Sungguhpun tidak menyatakan nama secara kelab khusus, […]
Park Hang-seo Rangka Pelan Vietnam Ke Piala Dunia

Bekas ketua jurulatih pasukan kebangsaan Vietnam, Park Hang-seo membuka laluan yang cukup baik buat negara itu melangkah ke Piala Dunia. Pengendali berusia 65 tahun itu tidak lagi bersama pasukan Vietnam selepas kejohanan Piala AFF 2022 dan memilih untuk membawa haluan baharu. Beliau turut dikaitkan dengan beberapa jawatan termasuklah ke Indonesia sebagai Pengarah Teknikal dan jurulatih […]
Azmin Azram Kongsi Detik Genting Rebut Kejuaraan Liga Vietnam

Azmin Azram Abdul Aziz yang memenangi trofi pertamanya sebagai jurulatih bersama pasukan Hanoi Police mengakui menerima cabaran yang genting dalam beberapa perlawanan terakhir sebelum pasukannya bergelar juara liga. Bagi Azmin, detik genting buat Hanoi Police bermula setelah berlakunya pertukaran jurulatih atas faktor-faktor tertentu sewaktu liga masih berbaki 5 perlawanan. Malah pada waktu itu terdapat 4 […]
Penjaga Gol KL City Laku Keras

Tiga penjaga gol KL City, Kevin Ray Mendoza, Azri Ghani dan Azim Al-Amin masing-masing telah dipanggil menyertai kem kebangsaan. Prestasi semasa yang ditampikan ketiga-tiga penjaga gol The City Boys ini telah berjaya menambat hati pengendali skuad kebangsaan. Kevin Ray Mendoza antara nama yang disenaraikan pengendali Filipina, Michael Weiß menyertai kem latihan The Azkals. Beliau dijangka […]
Skuad Muda Manchester City Tewas Menentang Kelab Vietnam

Selepas tunduk kepada skuad B-16 Ulsan Hyundai dalam aksi kumpulan Shanghai Future Star Cup 2023, skuad B-16 PVF Vietnam mencipta kejutan dengan menewaskan ubi muda Manchester City. Biarpun sedar pihak lawan lebih hebat dari segi kualiti pemain dan corak permainan, PVF Vietnam langsung tidak gentar. Malah, anak-anak buah jurulatih Nguyen Duy Dong itu dua kali […]
Shin Tae-yong Panggil Lima Pemain Luar Negara

Ketua jurulatih skuad kebangsaan Indonesia, Shin Tae-yong baru-baru ini telah mengeluarkan senarai 24 pemain yang dipanggil ke kem latihan ‘Sang Garuda’ bagi menghadapi perlawanan persahabatan menentang Turkmenistan pada 8 September depan. Untuk panggilan kali ini, Tae-yong ada membuat sedikit perubahan apabila tidak memanggil tiga pemain ‘regular’ bagi skuadnya iaitu Pratama Arhan,Elkan Baggott dan Rizky Ridho […]
Peminat Indonesia Terlalu Gembira Bertemu Faisal Halim

Pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim melayani sambutan hangat yang diterimanya tatkala pasukannya kini berada di Indonesia. The Red Giants ke Aceh bagi satu aksi persahabatan bertemu Persiraja Banda Aceh. Perlawanan antara finalis Piala Malaysia 2022 menentang pasukan Liga 2 Indonesia itu berkesudahan dengan kemenangan memihak kepada pasukan Selangor FC, 3-0. Faisal memainkan watak penting […]
Import BG Pathum ‘Garu Kepala’ Lihat Gol Chanatip Songkrasin

Kepulangan pemain sensasi Thailand, Chanatip Songkrasin kembali memukau penyokong di sana. Pemain berusia 29 tahun itu menyertai BG Pathum United bagi musim 2023/2024 dan memainkan watak penting bersama pasukan. Kapten pasukan kebangsaan Thailand itu sekali lagi berada dalam kesebelasan utama BG Pathum berdepan Uthai Tani. Pengalaman beraksi di pentas bola sepak Jepun jelas memberi nilai […]
‘Siuu’ Faisal Halim Bergema Di Banda Aceh

Pemain sayap kebangsaan, Muhammad Faisal Halim berjaya mencatat nama sebagai penjaring dalam aksi persahabatan antara Selangor dan kelab dari Indonesia, Persiraja Banda Aceh. Perlawanan persahabatan itu dijadualkan berlangsung di Stadium Harapan Bangsa, Banda Aceh, Indonesia. Stadium yang berkapasiti sekitar 40000 penonton itu penuh dibanjiri penyokong yang datang menyambut kehadiran pasukan Selangor. Faisal yang turun dalam […]
Jurulatih Malaysia Julang Kejuaraan Di Liga Vietnam

Bekas penjaga gol Malaysia, Azmin Azram Abdul Aziz mengecapi trofi pertamanya sebagai jurulatih apabila membantu Cong An Ha Noi (CAHN) atau Hanoi Police muncul juara V. League 1 semalam. CAHN menggondol kejuaraan V. League 1 musim 2023 biarpun diikat 1-1 dengan Thanh Hoa pada aksi terakhir liga semalam. Biarpun CAHN terikat 38 mata dengan Hanoi […]
Selangor Tewaskan Kelab Indonesia, Persiraja Banda Aceh

Pasukan Liga Super, Selangor FC mempamerkan prestasi yang cukup memberangsangkan apabila menewaskan kelab Liga 2 Indonesia, Persiraja Banda Aceh. The Red Giants berkunjung ke Stadium Harapan Bangsa bagi satu aksi persahabatan sebelum saingan Liga 2 bermula. Malah, aksi tersebut juga diserikan oleh bekas bintang Selangor, Andik Vermansyah yang kini bersama pasukan Persiraja Banda Aceh. Anak […]
Junior Eldstal Bantu Dewa United Tewaskan Gergasi Indonesia

Pemain Harimau Malaya yang kini beraksi bersama Dewa United di Indonesia, Junior Eldstal berjaya membuka mata banyak pihak apabila menampilkan aksi berkualiti dalam aksi menentang kelab gergasi Indonesia, Persija Jakarta. Dewa United berjaya mengejutkan Persija dengan keputusan 2-0. Dalam perlawanan tersebut, Junior bergandingan dengan pemain import dari Macedonia Utara yang juga bekas pemain Sabah FC, […]
Kudrat Dion Cools Kekalkan Rekod Tanpa Kalah Buriram

Bek tengah Harimau Malaya, Dion Cools memastikan rekod tanpa kalah Buriram United terus bertahan dengan membantu mereka mengalahkan Sukhotai 1-0 di Stadium Thung Thalay Luan hari ini. Kedua-dua pasukan tahu kemenangan boleh melonjakkan mereka ke tempat kedua Thai League 1 buat sementara waktu. Atas sebab itu, tuan rumah berusaha mencari kelebihan awal pada babak pertama. […]