Borneo FC Tamatkan Perjuangan Hebat Perak

Pendahulu Liga 1 Indonesia, Borneo FC menceriakan penyokong mereka di Stadium Segiri Samarinda dengan mengalahkan kelab Liga Super, Perak FC 3-2. Perlawanan persahabatan yang berlangsung hari ini merupakan sebahagian daripada pemeteraian kerjasama kedua-dua pasukan yang dibuat pada akhir Oktober lalu. Biarpun turun tanpa kelibat Wan Zack Haikal dan Sunday Afolabi, The Bos Gaurus menurunkan barisan […]

Dion Cools Dalam Kalangan Penerima Gaji Tertinggi Di Buriram United

Pertahanan kental Malaysia, Dion Cools dilaporkan antara pemain yang menerima gaji tertinggi buat kelab Buriram United bagi musim 2023. Penyerang kelahiran Slovenia, Haris Vučkić muncul penerima gaji tertinggi apabila menerima £8,200 seminggu diikuti pemain tengah bertahan, Goran Čaušić dengan bayaran £7,200 seminggu. Menurut laman web Salary Sport, Dion Cools meraih gaji sebanyak £5,400 seminggu bersamaan […]

Kelab Besar Thailand Berdepan Tunggakan Gaji 4 Bulan

Arena bola sepak Thailand dipalit kontroversi membabitkan kelab gergasi Thai League 1, Police Tero. Ini selepas wartawan sukan Thailand, Ta Lao dan penganalisis bola sepak Thailand, Yingrak Raksuwan mendedahkan Police Tero telah menghentikan semua aktiviti pasukan itu. Yingrak mendedahkan keputusan itu dibuat selepas pengurusan Police Tero belum menerima suntikan dana daripada pelabur baru kelab itu, […]

Madame Pang Janji RM1.3 Juta Kepada Pemain Thailand

Skuad Thailand bakal mendapat habuan lumayan sekiranya berjaya melepasi kempen pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026. SiamSport mendedahkan pengurus pasukan Gajah Perang, Nualphan Lamsam atau Madame Pang bersedia membayar 10 juta baht (RM1.3 juta) kepada pemain dan staf pasukan. Ganjaran bonus ini ditawarkan kepada mereka sekiranya skuad Thailand berjaya keluar dari Kumpulan C dan mara […]

Indonesia Mahu Kalahkan Iraq

Pemain sayap Indonesia, Egy Maulana Vikri percaya pasukan itu memiliki keupayaan untuk mengejutkan pasukan hebat dari Asia Barat, Iraq. Tim Garuda berdepan tugas sukar untuk aksi pertama kelayakan Kumpulan F. Ini kerana dari segi ranking, Iraq berada di tangga ke-68 berbanding Indonesia (ranking ke-145). Walaupun mengakui pasukan yang dibimbing Jesus Casas itu pasukan yang hebat, […]

FIFA Bertapak Di Indonesia

FIFA mula bertapak di Indonesia dengan membuka pejabat baru organisasi itu di Jakarta beberapa hari lepas. Majlis perasmian ini dibuat oleh Presiden Indonesia, Joko Widodo dan Presiden FIFA, Gianni Infantino. Menariknya, perasmian ini dibuat pada hari sama Piala Dunia B-17 bermula. Bagi Infantino, hari itu cukup bermakna buat FIFA kerana ini membantu badan induk bola […]

Bintang Indonesia Akui Memang Nak Pukul Doan Van Hau

Pemain pertahanan Vietnam, Doan Van Hau sememangnya terkenal dengan corak permainan agresif ketika beraksi. Kadangkala ianya menimbulkan rasa kurang senang buat pemain lawan. Itu yang terjadi kepada penyerang skuad kebangsaan Indonesia, Dendy Sulistyawan yang pernah menerima terjahan keras daripada Van Hau pada perlawanan Piala AFF 2022 di antara Indonesia menentang Vietnam Januari lalu. “Pada masa […]

Kemenangan Dewa United Tertangguh Lagi, Kini Diikat PSM Makassar

Saingan Liga 1 Indonesia diteruskan dengan aksi Dewa United yang melayan kunjungan juara liga musim lalu, PSM Makassar. Perlawanan yang dilangsungkan di Stadium Indomilk itu berakhir dengan keputusan seri 1-1 dicatatkan kedua-dua pasukan. Perlawanan dimulakan dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan demi mendapatkan gol awal perlawanan. Dewa United akhirnya berjaya di hadapan seawal minit ke-9 […]

Ranking FIFA: Peluang Indonesia ‘Bedil’ Pasukan 68 Dunia, Lonjak Ke Tangga Ke-3 ASEAN

Pasukan kebangsaan Indonesia berpeluang untuk menghampiri kedudukan jiran serumpun, Malaysia dalam kedudukan ranking FIFA menjelang sepak mula Kelayakan Piala Dunia 2026. Skuad bimbingan Shin Tae-yong berdepan dua ujian getir apabila bakal berdepan pasukan ke-68 dunia, Iraq dan juga Filipina bagi dua aksi awal kelayakan. Prestasi memberangsangkan Indonesia menyaksikan mereka sudah melonjak tiga tangga dalam kemas […]

Bekas Penyerang Negeri Sembilan Kini Penjaring Terbanyak Di Indonesia

Bekas penyerang Negeri Sembilan yang kini beraksi untuk Arema FC di Indonesia, Gustavo Almeida semakin mempamerkan taring di Liga 1 Indonesia selepas jaringan demi jaringan berjaya dihasilkan. Kini Gustavo merupakan pendahulu sebagai penjaring terbanyak liga dengan mengumpul 14 gol setakat ini. Namun begitu, ianya masih belum mencukup buat Arema yang kini terperosok di tangga ke-16 […]

Natanael Siringoringo Sah Sertai PS Barito Putera

Bekas pemain Kelantan FC, Natanael Siringoringo kini sudah mendapat kelab baru dengan menyertai kelab Liga 1 Indonesia, PS Barito Putera semalam. Perpindahan ini diumumkan oleh Laskar Antasari di laman Instagram rasmi mereka semalam. Perpindahan ini turut menjawab teka-teki tentang kelab baru Natanael selepas meninggalkan skuad Kijang sebagai ejen bebas pada akhir September lalu. Selepas meninggalkan […]

Liga Malaysia Miliki Kuota Pemain Import Terbesar Di ASEAN

Liga Malaysia kini berada ditangga pertama dalam senarai kuota pemain import dalam kalangan liga bola sepak negara ASEAN bagi musim 2023/2024. Liga Super Malaysia memiliki 9 slot untuk pemain import dimana 7 slot untuk pemain import, 1 slot untuk pemain AFC dan 1 slot untuk pemain ASEAN. Liga Malaysia dan liga Thailand berkongsi jumlah kuota […]

Kelab Gergasi Indonesia Buru Gabriel Peres

Liga Malaysia musim 2023 masih belum menutup tirai namun khabar angin tentang perpindahan beberapa pemain telah mula kedengaran termasuk pemain Sabah, Gabriel Peres. Pertahanan tengah Sabah itu kini dilaporkan sedang dipantau rapat gergasi Indonesia, Persib Bandung menurut perkongsia wartawan sukan iaitu T. Avineshwaran. Gabriel Peres yang berusia 26 tahun ini menyertai pasukan Sabah pada awal […]

Thailand Sisihkan Adisak Kraisorn

Jurulatih Thailand, Mano Polking baru-baru ini telah mengeluarkan senarai 26 pemain yang akan mengharungi Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027. Skuad yang diumumkan merupakan sebuah skuad yang agak kuat dengan empat pemain luar negara turut dipanggil iaitu Elias Dolah (Bali United), Ekanit Panya (Urawa Red), Supachok Sarachat (Consadole Sapporo) dan Suphanat Mueanta (OH […]

Pemain Persib Bandung Terkesima Lihat Skil Dahsyat Bojan Hodak

Jurulatih Persib Bandung, Bojan Hodak telah membuktikan kemampuannya dalam memimpin pasukan gergasi Indonesia itu dalam saingan liga musim ini. Persib kini di tangga kedua Liga 1 Indonesia di belakang Borneo FC. Namun pasti ramai yang belum pernah melihat Bojan mempamerkan skil individu beliau. Dalam media sosial Tiktok rasmi Persib Bandung, satu video telah dimuat naik […]

Elias Dolah Kongsi Sebab Memilih Thailand Berbanding Malaysia

Bek tengah Bali United dari Thailand, Elias Dolah memilih mewakili negara itu atas sebab kaum keluarganya termasuk bapanya memiliki kerakyatan Thailand. Lahir di Sweden, Elias berpeluang mewakili tiga negara sebagai pemain bola sepak iaitu Thailand, Malaysia dan Sweden. Ini kerana ibu dan bapanya masing-masing berstatus warga Sweden dan Melayu Thai yang berasal dari Narathiwat, Thailand. […]