Bekas pengendali Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Tano Solari membuktikan magisnya dengan meraih kemenangan sulung bersama kelab Chile, Everton de Vina del Mar.
Ini selepas pasukan itu meraih kemenangan 3-2 ke atas Nublense dalam aksi terbaru Chilean Primera Division yang berlangsung semalam.
Perlawanan ini merupakan perlawanan pertama Solari sebagai jurulatih Los Oro y Cielo selepas dilantik sebagai jurulatih beberapa hari yang lalu.
Everton mula menunjukkan impak segera menerusi gol pertama yang dijaringkan Chaco Martinez pada minit ke-10.
Nublense bangkit menyamakan kedudukan Bayron Andres Oyarzo Munoz pada minit ke-16. Los Oro y Cielo kembali mendahului pada minit ke-53 menerusi Rodrigo Contreras.
Bersambung pada babak kedua, Oyarzo Munoz kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-59 menerusi sepakan penalti.
Contreras memastikan Solari meraih kemenangan pertama sebagai jurulatih Everton de Vina del Mar dengan meledakkan gol kemenangan pada minit ke-76.
“Perlawanan pertama di tempat sendiri yang berjaya buat jurulatih Esteban AndrĂ©s Solari dan barisan kejurulatihannya! Mari kita dapatkan lebih banyak lagi (kemenangan), Tano!” kata kelab dalam satu kenyataan.
Cabaran Los Oro y Cielo selepas ini ialah kelab gergasi Chile, Colo Colo. Kedua-dua pasukan bakal bersemuka pada 31 Mac ini.