Zaquan Yakin Pemain Negeri Sembilan Suka Main Bola Dalam Hujan

Ketua pasukan Negeri Sembilan FC, Zaquan Adha merasakan musim hujan yang melanda negara kini bukanlah menjadi suatu masalah yang besar buat beliau dan rakan sepasukan. Ini kerana, bagi Zaquan sendiri, beliau melihat rakan sepasukannya sangat gemar beraksi ketika dalam keadaan hujan. “Walaupun sekarang ini musim hujan, ia tidak menjadi masalah kepada pasukan kerana saya rasa […]

Negeri Sembilan Kekalkan Zaquan Adha Sebagai Kapten

Bekas penyerang kebangsaan, Zaquan Adha menyatakan bahawa bukan satu bebanan baginya untuk terus kekal memikul tanggungjawab sebagai kapten pasukan. Penyerang berusia 34 tahun itu sebaliknya menganggap ianya tugas bersama rakan sepasukan untuk memastikan kejayaan Negeri Sembilan di masa hadapan. “Saya tidak merasa tertekan dengan tanggungjawab itu kerana sebenarnya ia tanggungjawab bersama dengan rakan lain dalam […]

Zaquan Adha Idam Sarung Jersi Kebangsaan

Kapten pasukan Negeri Sembilan FC, Zaquan Adha meluahkan hasrat untuk kembali beraksi bersama skuad Harimau Malaya jika khidmatnya diperlukan lagi. Pemain berpengalaman yang berusia 35 tahun ini menyatakan bahawa beliau dilihat akan menghasilkan sesuatu yang lebih baik untuk membantu pasukannya layak dalam saingan Liga Super nanti. “Saya tidak akan menolak sekiranya dipanggil menyertai skuad kebangsaan. […]

Zaquan Adha: Kekuatan Mental Bakal Jadi Penentu Bertemu Vietnam

Tonggak utama pasukan Negeri Sembilan, Zaquan Adha optimis skuad Harimau Malaya mampu mencipta kemenangan menentang pasukan Vietnam esok. Dalam pada itu, bekas kapten skuad kebanggsaan menyatakan bahawa perlawanan esok adalah lebih kepada permainan mental. Beliau akui bahawa barisan pemain Vietnam akan cuba menggangu mental barisan pemain kebanggsaan sepanjang permainan berlangsung. Mengulas lanjut, pemain berusia 34 […]

Zaquan Adha Akui Terkilan Tak Dapat Teruskan Saingan, Minta Doakan Kesembuhan Pasukan

Dalam satu temu bual bersama Astro Arena, kapten pasukan Negeri Sembilan FC telah tampil untuk mengulas berkaitan situasi semasa yang sedang dihadapi pasukan NSFC. Menurut Zaquan, beliau akui terkilan namun memahami keadaan yang sedang menimpa pasukan ketika ini. “Sebenarnya pertama sekali memang kita tahu Piala Malaysia ini suatu piala yang berprestij di Malaysia ini. Saya […]

Kapten Kembar Cipta Sejarah Unik Julang Piala Buat Pasukan

MakanBola.com, Petaling Jaya, 22 Sept – Pasukan Negeri Sembilan FC telah sah ditabalkan sebagai juara Liga Premier musim ini setelah mencatatkan kemenangan ke atas pasukan PDRM FC semalam. Pasukan kendalian K. Devan itu berjaya menewaskan PDRM FC dengan keputusan 4-2. Untuk rekod, kali terakhir Negeri Sembilan FC memenangi sebarang piala adalah pada tahun 2011. Musim ini […]

Zaquan Adha: Saya Pulang Bukan Untuk Habiskan Karier

Penyerang pasukan Negeri Sembilan FC, Muhamad Zaquan Adha Abdul Razak menegaskan kepulangan beliau ke negeri kelahirannya bagi menyertai pasukan Negeri Sembilan merupakan salah satu usahanya untuk membantu pasukan tersebut kembali mewarnai kancah Liga Super. Pemain berusia 34 tahun itu menjelaskan, keputusan yang diambil untuk pulang ke kampung halaman itu adalah untuk menabur bakti kepada pasukan […]

Zaquan Adha: Ini Bukan Janji Palsu

Penyerang pasukan Negeri Sembilan, Muhammad Zaquan Adha Abdul Razak kelihatan sangat gembira dengan pencapaian pasukannya berjaya kembali semual ke kancah Liga Super pada musim hadapan. Pemain berusia 34 tahun itu menjadi watak penting pasukan setelah kembali menyertai kelab yang mencipta namanya suatu ketika dahulu. Beliau telah berjaya menjaringkan 7 gol pada musim ini. Sungguhpun saingan […]

Rentak Cemerlang Norshahrul Idlan Talaha Dan Zaquan Adha Jadi Kunci Kejayaan Pasukan

Aksi dua pemain berpengalaman pasukan kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha dan juga Muhammad Zaquan Adha Abd Razak dalam saingan Liga Premier musim ini mencuri tumpuan peminat tanah air. Ini disebabkan persembahan berkualiti dipamerkan oleh kedua-dua pemain berpengalaman ini membuahkan hasil apabila berjaya membantu pasukan masing-masing bersaing secara kompetitif. Pada musim ini, Norshahrul atau lebih dikenali sebagai […]