Prestasi Faisal Halim Beri Petanda Baik Kepada Selangor

Bekas penyerang kebangsaan, Zaquan Adha Abdul Radzak melihat penampilan terbaru Faisal Halim memberi petanda baik kepada Selangor FC. Selepas membuat empat penampilan di bangku simpanan, pemain sayap berusia 26 tahun itu membuat kemunculan pertama dalam kesebelasan utama Merah Kuning. Faisal dipilih jurulatih interim, Abdi Hassan untuk bergandingan dengan Ali Olwan dan Mukhairi Ajmal untuk aksi […]
Zaquan Adha: Faktor Tekanan Pengaruhi Prestasi Terengganu

Bekas penyerang kebangsaan, Zaquan Adha Abdul Radzak percaya faktor tekanan menyukarkan Terengganu FC mengakhiri kemarau kemenangan mereka. Selepas menewaskan KL City FC pada 10 Ogos lalu, pasukan yang diberi jolokan Sang Penyu itu kini bergelut meraih kemenangan dalam enam perlawanan semua kejohanan. Terbaru, pasukan yang dibimbing pemangku jurulatih, Badrul Afzan Razali itu kempunan meraih kemenangan […]
Impak Ibrahim Manusi Kagumkan Zaquan Adha

Persembahan cemerlang yang ditampilkan pemain muda Sri Pahang FC, Ibrahim Manusi mendapat pujian bekas penyerang kebangsaan, Zaquan Adha Abdul Radzak. Susulan kekalahan 2-0 di tangan Negeri Sembilan FC pada 13 Julai lalu, pengendali Sri Pahang, Fandi Ahmad melakukan perubahan dalam kesebelasan utama untuk aksi menentang KL City FC. Antara pemain yang diberi peluang oleh Fandi […]
Zaquan Adha Cadang Pemain Muda Berkelana Di Luar Negara

Bekas penyerang kebangsaan, Zaquan Adha Abdul Radzak berharap lebih ramai pemain muda negara berkelana di negara asing. Zaquan berpandangan sedemikian selepas melihat barisan Malaysia Bawah 19 Tahun (B-19) menunjukkan prestasi memberangsangkan dalam saingan Kejuaraan ASEAN B-19 2024. Menariknya, salah seorang anak buah Juan Torres Garrido iaitu Muhammad Abu Khalil menjadi pemain Malaysia terbaru berkelana di […]
Zaquan Adha: Kedah Bermain Demi Lencana Di Dada

Bekas penyerang kebangsaan, Zaquan Adha Abdul Radzak memuji semangat juang yang ditampilkan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dalam saingan separuh akhir pertama Piala FA 2024. Kedah turun menentang Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) di Stadium Darul Aman pada 19 Julai lalu untuk aksi separuh akhir pertama kejohanan. JDT pada awalnya mendahului menerusi Oscar […]
Zaquan Adha: Korang Tak Boleh Bersuara, Aku Tolong Suarakan

Bekas tonggak kebangsaan, Zaquan Adha tampil membuat kenyataan penting mengenai senario bola sepak di Malaysia ketika ini. Beliau memuat naik satu hantaran yang memaklumkan berita mengenai masalah tunggakan gaji yang dialami oleh kapten pasukan KL City FC, Paulo Josue. Katanya, beliau mengetahui bahawa para pemain tidak boleh bersuara dan memilih untuk membantu pemain menyuarakan isi […]
Zaquan Adha: Jangan Salah Pilih

Bekas penyerang kebangsaan, Zaquan Adha Abdul Radzak berharap pengurusan Penang FC bijak memilih penyerang import yang akan memperkuatkan jentera serangan pasukan itu. Keperluan mencari peledak baru untuk skuad Harimau Kumbang timbul apabila pasukan itu gagal meraih jaringan dalam aksi suku akhir kedua Piala FA 2024 menentang Kedah Darul Aman FC (KDA FC) pada 5 Julai […]
Dua Pundit Sependapat Berkenaan Isu Dalaman Sabah

Dua pundit bola sepak iaitu Zaquan Adha dan Dato’ Zainal Abidin Hassan bersependapat berkenaan isu dalaman yang dikatakan membelenggu para pemain Sabah FC baru-baru ini. Zaquan berkata masalah dalaman yang dihadapi oleh para pemain Sabah dikatakan sudah diselesaikan namun mungkin ianya agak sedikit lewat. Beliau yang menjadi pundit untuk Astro Arena menjelaskan bahawa sudah bertanyakan […]
“Kalau Ada Ronaldo Sekalipun Perlu Sesuaikan Diri Dengan Pasukan” – Zaquan Adha

Lagenda bola sepak negara, Zaquan Adha yakin keserasian amat penting dan amat diperlukan sungguhpun memiliki bintang ternama seperti Cristiano Ronaldo. Beliau dalam satu sesi pra-perlawanan bersama Astro Arena memberitahu bahawa terdapat perbezaan yang dimiliki oleh dua penyerang Terengganu iaitu Ismaheel Akinade dan juga Ivan Mamut. Namun begitu, bekas tonggak Negeri Sembilan ini secara peribadi lebih […]
Azri Ghani Diramal Bersedia Galas Tugas Syihan Hazmi

Bekas penyerang kebangsaan, Zaquan Adha Abdul Radzak percaya penjaga gol KL City FC, Azri Ghani sudah bersedia menggalas peranan Syihan Hazmi Mohamed iaitu penjaga gol utama Harimau Malaya. Selepas Syihan terpaksa disisihkan Kim Pan-gon untuk baki dua aksi kelayakan Piala Dunia 2026 akibat kecederaan, Azri dipilih menggalas tugas sebagai penjaga kubu terakhir negara. Penjaga gol […]
Zaquan Adha Puji Perubahan Safawi Rasid Di Terengganu

Bekas pemain kebangsaan, Zaquan Adha telah memuji perubahan yang dipamerkan oleh Safawi Rasid bersama pasukan Terengganu. Safawi Rasid yang menyertai Terengganu dari JDT secara pinjaman telah mendapat kepercayaan Tomislav Steinbruckner untuk membarisi kesebelasan utama pasukan dalam tiga perlawanan awal Liga Super. Zaquan Adha berpendapat impak yang ditampilkan oleh Safawi Rasid di atas padang amat positif […]
Zaquan Adha Setuju Dengan Pendekatan Kedah

Bekas pemain kebangsaan, Zaquan Adha setuju dengan pendekatan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) yang membawa masuk semula bekas-bekas pemain ke dalam pasukan itu. Bagi Zaquan, nama seperti Ahmad Fauzi Saari tidak lagi perlu diperkenalkan lagi kerana rata-rata pemain mengenali Fauzi sebagai salah seorang legenda skuad Sang Kenari. Kehadiran Fauzi sebagai Penyelaras Pasukan akan menjadi […]
“Pemilihan Pemain Baru Perak Mengejutkan” – Zaquan Adha

Bekas pemain kebangsaan, Zaquan Adha akui terkejut dengan barisan pemain pasukan Perak pada musim baru ini. Bekas pemain Negeri Sembilan ini percaya pemilihan pemain kali ini memiliki kualiti yang terbaik meskipun bukan bergelar bintang. “Kalau ikutkan musim lepas, Perak agak tenggelam. Mungkin ada masalah pemain atau sebagainya. Tapi untuk aksi pra-musim kali ini, Saya agak terkejut […]
Zaquan Adha Sedia Galas Peranan Sebagai Jurulatih

Bekas penyerang kebangsaan, Zaquan Adha Abdul Radzak mengakui sudah bersedia menggalas peranan sebagai jurulatih. Ini kerana Zaquan melihat menerusi peranan tersebut, beliau dapat kekal aktif dalam dunia bola sepak tanah air. Atas sebab itu, bekas penyerang Negeri Sembilan FC itu bersedia menilai tawaran yang membantunya bergelar jurulatih sambil menggalas peranan sebagai pakar bola sepak (football […]
Zaquan Adha: Tak Guna Kalau Belakang Azmeer Cerita Tentang Keburukan Orang

Bekas pemain kebangsaan, Zaquan Adha mengajak Azmeer Yusof untuk bersemuka dan tidak bercakap hanya di balik kamera tentang orang lain. Beliau yang baru sahaja menggantung but selepas kali terakhir beraksi buat Negeri Sembilan FC berharap agar Azmeer mempertimbangkan tawarannya untuk bersemuka. Hal ini susulan isu yang tular melibatkan kenyataan bahawa terdapat salah laku seperti buli […]
Zaquan Adha Tidak Tolak Peluang Jadi Jurulatih

Pakar Tetamu Liga Malaysia untuk Astro Arena, Zaquan Adha tidak menolak peluang menjadi jurulatih pada masa hadapan. Zaquan Adha sah bergelar Pakar Tetamu Liga Malaysia bagi saingan bola sepak tempatan musim hadapan bersama Astro Arena setelah bersara sebagai pemain bola sepak. Namun Zaquan juga tidak menolak peluang untuk menceburi bidang kejurulatihan pada masa akan datang […]