Bintang Muda Indonesia Pulang Semula Ke Pangkuan Kelantan

Pemain muda Indonesia, Nathanael Siringoringo dilaporkan akan membuat kepulangan bersama pasukan Kelantan FC. Bintang berusia 23 tahun itu dipinjamkan kepada sebuah pasukan Liga 1 Indonesia, Dewa United bagi saingan musim ini. Walau bagaimanapun, beliau difahamkan akan kembali ke bumi Che Siti Wan Kembang apabila pemilik kelab, Zamsaham mengesahkan perkara tersebut. Ini juga memberi gambaran bahawa […]

Zamsaham: Kalau Kelantan Tak Tercorot Tahun Depan Bagaimana?

Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman mengajukan semula persoalan kepada peminat yang meragui kemampuan pasukannya menjelang saingan musim 2023. Beliau yang mesra dikenali sebagai Zamsaham itu nyata kurang senang dengan sikap segelintir penyoking yang sering memandah rendah terhadap keupayaan pasukan The Red Warriors. Menerusi satu kenyataan di laman Facebook, Zamsaham memaklumkan bahawa hampir separuh pemain yang […]

“Mereka Sedang Kerja Dalam Diam” – Zamsaham

Pemilik TRW Kelantan, Norizam Tukiman menyatakan bahawa hampir 70 peratus pemain Kelantan musim lepas akan kekal bersama bagi musim 2023.  Beliau memaklumkan telah berhubung dengan jurulatih PJ City, P. Maniam dan ada perbincangan dilakukan. Namun, setakat ini masih belum ada keputusan muktamad dikeluarkan.  “Dalam 60% -70% pemain TRW akan kekal. “Jurulatih P. Maniam saya sendiri […]

“Saya Takkan Beli Kelab Lain di Malaysia” – Zamsaham

Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham melontarkan persoalan mengapa tiada pihak yang berminat untuk melabur di dalam dunia bolasepak di Malaysia. Menurutnya kelab-kelab seperti Melaka United dan Sarawak United mempunyai kumpulan penyokong yang ramai namun hairan tiada yang berminat membeli atau mengambil alih kelab tersebut. “Kenapa tiada orang beli pasukan Melaka […]

Zamsaham: Nak Pakai Jurulatih Import Ke Lokal ?

Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman telah pun bertanya kepada para penyokong pasukan berkenaan jurulatih yang bakal mengemudi pasukan musim hadapan. The Red Warriors kini berjaya melangkah ke Liga Super 2023 selepas bergelar naib juara Liga Premier di belakang JDT. Kelab juga telah pun membuat keputusan untuk memberikan peranan baharu kepada ketua jurulatih, Rezal Zambery Yahya selepas […]

Manja Man Tawar Diri Kepada Zamsaham

Bekas ketua jurulatih Perlis, Manja Man menawarkan diri kepada pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman (Zamsaham) untuk menjadi sebahagian daripada skuad The Red Warriors musim depan. Zamsaham dalam satu posting terbaru di facebook beliau, bertanya kepada penyokong sama ada mereka menginginkan jurulatih import atau tempatan untuk mengemudi kelab itu mengharungi Liga Super 2023. Di ruangan komen, […]

Zamsaham Cadangkan Annuar Musa Bantu Langsaikan Hutang KAFA

Pemilik TRW Kelantan, Norizam Tukiman atau Zamsaham memberi respon terhadap Tan Sri Annuar Musa yang dikatakan sedia untuk membantu pasukan Kelantan. Beliau mencadangkan Annuar Musa untuk menyelesaikan hutang sebanyak RM3.93 juta yang telah dikeluarkan olehnya sebelum ini. “Kalau benar Tan Sri Anuar Musa Mahu bantu TRW, saya sangat berbesar hati jika Tan Sri bantu KAFA […]

Rezal Harap Zamsaham Bawa Masuk Import Lebih Berkualiti Perkuat Kelantan

Dengan berakhirnya cabaran dalam saingan Piala Malaysia musim ini, fokus Kelantan FC kini terarah kepada pembentukan skuad lebih mantap bagi musim depan. Rombakan besar dijangka akan dibuat terutama pada barisan pemain, mengambil kira pasukan pantai timur itu memerlukan pemain yang lebih berkualiti bagi memberi tentangan di Liga Super. Pengendali pasukan, Rezal Zambery Yahya memaklumkan setakat […]

“Vuvuzela Ni Kasi Haram Ya?” – Zamsaham

TRW Kelantan

Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman atau lebih mesra disapa Bos Zam dalam satu hantaran pada semalam telah meluahkan rasa kurang senang berhubung penggunaan vuvuzela di dalam stadium. Keadaan riuh dan gegak gempita sorakan penyokong pasukan tuan rumah ketika pertembungan aksi suku akhir pertama antara pasukan Kelantan dan Johor Darul Ta’zim (JDT) telah diselangi dengan bunyi […]

“Takkan Boss Zam Masih Ragu-Ragu?” – Soal Bekas Penyerang TRW

Suasana yang begitu lama dirindui terjadi di Kota Bharu pada Sabtu, apabila Stadium Sultan Muhammad Ke-IV ‘full-house’ dek kebanjiran penyokong ketika pertembungan antara TRW Kelantan FC dan JDT. Statistik rasmi menunjukkan angka 20,011 tiket terjual, manakala secara kasar apabila dicampur dengan penyokong yang datang atas tiket percuma, jemputan khas dan sebagainya, jumlahnya sudah tentu lebih […]

Tutup Pintu Stadium Sebaik Perlawanan Bermula Antara Idea Difikirkan Zamsaham

Buat pertama kali dalam tempoh beberapa tahun, Stadium Sultan Muhammad Ke-IV dilimpahi lautan penyokong. Statistik rasmi mencatatkan lebih 20 ribu penyokong hadir bagi menyaksikan perlawanan suku akhir Piala Malaysia antara Kelantan dan JDT – situasi yang mungkin kali terakhir disaksikan sekitar tahun 2015 sebelum jatuhnya legasi The Red Warriors yang dibina Tan Sri Annuar Musa. […]

“Anda Ingat Saya Bayar Gaji Pemain RM1500?” – Zamsaham

Pemilik pasukan Kelantan FC, Norizam Tukiman mengakui kecewa dengan segelintir penyokong Kelantan yang meminta harga tiket berkurang kepada RM10 tapi mahukan pemain berstatus bintang perkuat pasukan. Beliau dengan tegas menyatakan bahawa TRW Kelantan tidak menerima sebarang tajaan daripada kerajaan negeri disebabkan itu harga tiket pastinya berbeza. “Nak pemain bintang, nak stadium hebat, nak pusat latihan […]

Zamsaham Sedia Untuk Jual PSPS Riau Kepada Pemilik Baru

Selepas didesak oleh masyarakat Riau dan Curva Nord 1955 sejak beberapa bulan yang lalu, akhirnya pemilik PSPS Riau, Norizam Tukiman atau lebih dikenali dengan panggilan Zamsaham bersetuju untuk melepaskan kelab tersebut kepada pemilik baru. Namun Zamsaham hanya akan melepaskan kelab itu jika pemilik baru dapat membayar jumlah 81% saham kelab yang bersamaan dengan 15 billion […]

Sedih Lihat Kejatuhan Bolasepak Kelantan, Norfarhan Letak Keyakinan Pada Zamsaham

Melihat skuad Kelantan yang pernah dijulangnya kira-kira sedekad lalu mengalami zaman kejatuhan dan hilang status sebagai kuasa besar bolasepak tanah air, ternyata mengecewakan bekas penyerang sensasi pasukan itu, Norfarhan Muhammad. Dari tahun 2009 hingga 2013, Kelantan begitu dominan, dilabel gergasi bolasepak tanah air dan berjaya menjulang tujuh trofi secara keseluruhan.   Jaringan tunggal Norfarhan menyaksikan […]

Individu Tidak Bertanggungjawab Sebar Poster Mahu Zamsaham Lepaskan PSPS Riau

Ujian demi ujian menimpa pemilik PSPS Riau dan Kelantan FC, Norizam Tukiman atau lebih dikenali dengan gelaran Zamsaham. Pada minggu lalu, penyokong PSPS Riau mula melakukan rusuhan dan merosakkan fasiliti stadium. Difahamkan, tragedi rusuhan itu dipercayai sebagai petanda amarah dari penyokong selepas pasukan PSPS Riau masih gagal mencapai kemenangan di Liga 2 Indonesia musim ini. […]

Zamsaham Saman KAFA

Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman atau lebih dikenali dengan nama Zamsaham hari ini mendedahkan bahawa beliau kini dalam proses menyaman Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA). Ini adalah kerana KAFA dikatakan masih gagal membayar pinjaman bernilai RM 3.93juta kepada TRW Kelantan FC. Pemilik Kelantan FC itu berkata pada asalnya hutang KAFA kepada adalah sebanyak RM 3.8juta namun […]