“Mungkin Ada Kambing Hitam” – Zainal Abidin

Lagenda bola sepak negara, Dato’ Zainal Abidin Hassan berpendapat bahawa berkemungkinan ada yang menjadi mangsa dalam keputusan yang diambil sesebuah kelab. Menerusi perbincangan di Nindia Bola bersama Hafizal Hamad, beliau membincangkan situasi beberapa pengendali yang telah direhatkan daripada tugasannya. Beliau memberitahu bahawa terdapat beberapa perubahan yang berlaku dalam saingan Liga Malaysia dan merasakan bahawa pasukan-pasukan […]
“Nampak Secocok, Perak Boleh Pergi Lebih Jauh” – Zainal Abidin

Legenda bola sepak negara, Datuk Zainal Abidin Hassan percaya Perak FC memiliki potensi untuk pergi lebih jauh. Pemerhatian Pengarah Teknikal Imigresen FC itu dibuat berdasarkan prestasi semasa pasukan itu dalam lima aksi terakhir liga. Selepas meraih tiga kemenangan berturut-turut ke atas Negeri Sembilan FC, KL City FC dan Sri Pahang FC, rentak kemenangan Perak tersekat […]
Zainal Abidin: Terengganu Masih Tak Jumpa Pengganti Ivan Mamut

Legenda bola sepak negara, Datuk Zainal Abidin Hassan berpandangan Terengganu FC masih belum menemui pengganti penyerang Croatia, Ivan Mamut. Pandangan itu dilontarkan selepas melihat pasukan itu bergelut meraih keputusan seri 2-2 dengan Perak FC dalam aksi terbaru Liga Super pada 26 Oktober lalu. Perak mendahului sebanyak dua kali menerusi penalti Luka Milunovic dan Luciano Guaycochea. […]
Impak Istimewa Ifedayo Olusegun Kagumkan Zainal Abidin

Legenda bola sepak negara, Datuk Zainal Abidin Hassan mengakui kagum dengan pencapaian 90 gol yang dilakar Ifedayo Olusegun. Rekod tersebut dicipta penyerang Nigeria itu dalam aksi terbaru Liga Super antara PDRM FC dan Sabah FC pada 21 September lalu. Ifedayo yang masuk sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua memastikan PDRM meraih tiga mata penuh […]
Aksi Haziq Nadzli Raih Pujian

Aksi penjaga gol Perak FC, Haziq Nadzli ketika bertemu Kuala Lumpur City FC (KL City) pada Sabtu mendapat pujian daripada pundit bola sepak yang juga jurulatih, Datuk Zainal Abidin Hassan. Dalam perlawanan sengit itu, Haziq telah mempamerkan beberapa aksi memukau dalam menyelamatkan pintu gol Perak daripada dibolosi. Perak berjaya memenangi perlawanan dengan keputusan 1-0 hasil […]
“Susah Nak Jawab, Hanya Fandi Ahmad Tahu” – Zainal Abidin

Lagenda bola sepak negara, Zainal Abidin Hassan yakin hanya Fandi Ahmad boleh menjawab isu prestasi semasa Sri Pahang. Tok Gajah berjaya mencuri satu mata berdepan Selangor FC namun tidak cukup untuk memperbaiki kedudukan semasa pasukan. Sri Pahang ketika ini menghuni tangga ke-10 Liga Super dan hanya menang sekali daripada 6 perlawanan yang ditempuhi. Zainal Abidin […]
Zainal Abidin Kesan Perbezaan Safawi Rasid Di JDT & Terengganu

Lagenda bola sepak negara, Datuk Zainal Abidin Hassan mengesan perbezaan Safawi Rasid ketika berada di JDT dan juga Terengganu. Pemain berusia 27 tahun itu dipinjamkan ke kelab negeri kelahirannya pada musim ini setelah berdepan saingan sengit untuk mendapatkan tempat di JDT. “Kita tahu siapa Safawi Rasid. Kita nampak beliau bermain di JDT dikelilingi oleh pemain-pemain […]
Zainal Abidin: Keputusan Nidzam Jamil Adil

Legenda bola sepak negara, Datuk Zainal Abidin Hassan menyifatkan keputusan yang dibuat Nidzam Jamil dalam aksi suku akhir kedua Piala FA antara Selangor FC dengan Kuching City FC sebagai adil. Keputusan yang dimaksudkan bekas jurulatih Sri Pahang FC itu ialah tindakan Nidzam memasukkan Aliff Izwan Yuslan, Fazly Mazlan dan Syahir Bashah sebagai pemain gantian pada […]
“Tak Kisah Pemain Murah Ke Mahal, Asal Cocok Dengan Jurulatih” – Zainal Abidin

Lagenda bola sepak negara, Zainal Abidin Hassan yakin harga pemain bukan kayu ukur dalam sesebuah pasukan yang dibentuk. Aksi suku akhir Piala FA menyaksikan Selangor berjaya membenam cabaran sengit Kuching City menerusi penentuan sepakan penalti. Datuk Zainal Abidin merasakan bahawa nilai pemain tidak menjadi keutamaan namun falsafah dan kesesuaian dengan pasukan adalah amat penting. Hal […]
Dua Pundit Sependapat Berkenaan Isu Dalaman Sabah

Dua pundit bola sepak iaitu Zaquan Adha dan Dato’ Zainal Abidin Hassan bersependapat berkenaan isu dalaman yang dikatakan membelenggu para pemain Sabah FC baru-baru ini. Zaquan berkata masalah dalaman yang dihadapi oleh para pemain Sabah dikatakan sudah diselesaikan namun mungkin ianya agak sedikit lewat. Beliau yang menjadi pundit untuk Astro Arena menjelaskan bahawa sudah bertanyakan […]
Datuk Zainal Abidin: Kedah Berpengalaman, Penang Lebih Bahaya

Legenda bola sepak negara, Datuk Zainal Abidin Hassan menyifatkan persaingan merebut tiket separuh akhir Piala FA 2024 antara Penang FC dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) masih lagi terbuka. Pengamatan itu dibuat beliau selepas melihat Kedah meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas Harimau Kumbang dalam aksi suku akhir pertama pada 28 Jun lalu. Datuk […]
“Beri Kim Pan-gon Masa” – Zainal Abidin

Bekas pemain kebangsaan, Datuk Zainal Abidin Hassan melaungkan sokongan agar Kim Pan-gon terus diberikan peluang sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya. Malaysia mencatatkan satu kemenangan dan satu seri dalam dua aksi terakhir pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026 tetapi gagal melangkah ke pusingan seterusnya setelah menamatkan kumpulan D di tangga ketiga. Skuad kendalian Kim Pan-gon masih […]
Zainal Abidin: Kesalahan Perak Perlu Diterima Sepasukan

Penyerang legenda negara, Dato’ Zainal Abidin Hassan menyifatkan gol sendiri Perak FC berpunca daripada kesilapan mereka sendiri. Aksi pertama Liga Super membabitkan Terengganu FC dan Perak menyaksikan tuan rumah mendahului menerusi rembatan jarak jauh Nurillo Tukhtasinov pada babak pertama. The Bos Gaurus kemudiannya menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti kapten, Luciano Guaycochea pada minit ke-61. Malangnya, […]
“Kita Pun Kecewa Apa Yang Berlaku Di Kedah” – Datuk Zainal Abidin

Lagenda bola sepak negara, Datuk Zainal Abidin Hassan mengakui kecewa dengan apa yang berlaku di Kedah sebelum ini. Bekas pengendali Melaka United ini menzahirkan rasa simpati terhadap nasib pasukan Sang Kenari dalam satu wawancara bersama Nindia Bola di Astro Arena. Katanya, Kedah Darul Aman ketika ini mula untuk mempersiapkan pasukan dengan lebih baik sungguhpun berdepan […]
“Jangan Sentuh Arif Aiman & Faisal Halim” -Dato’ Zainal Abidin

Lagenda bola sepak Malaysia, Dato’ Zainal Abidin Hassan mengingatkan agar dua pemain utama negara, Arif Aiman dan Faisal Halim tidak disentuh bagi aksi kedua Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Taiwan. Skuad kendalian Kim Pan-gon akan menempuhi aksi kedua yang amat penting bagi menyalakan misi Harimau Malaya untuk beraksi di Piala Dunia. Beliau dalam satu perkongsian […]
Negeri Sembilan Bakal Dapat Jurulatih Baru?

Negeri Sembilan berdepan kemungkinan mendapat seorang jurulatih baru untuk mengemudi pasukan pada musim 2024. Ini selepas wartawan sukan The Star, T. Avineshwaran mendedahkan di X jurulatih skuad Rusa, K. Devan digosipkan bakal beralih angin selepas tamat musim 2023. Devan dikatakan bakal pergi ke utara tanah air bagi mengambil alih peranan sebagai jurulatih Penang FC. Ketika […]