Perak Kekalkan Yusri Che Lah

Prestasi cemerlang Perak FC di bawah Yusri Che Lah mendorong pengurusan pasukan itu untuk mengekalkan khidmatnya untuk musim hadapan. Menerusi satu perkongsian di laman media sosial rasmi mereka, pengurusan The Bos Gaurus bukan saja memperbaharui kontrak Yusri. Malah, mereka turut memperbaharui kontrak ketua jurulatih skuad B-23 dan B-20 Perak, Chan Wing Hoong dan Shahrulnizam Mustapha. […]
Yusri Che Lah Bina Dua Karakter Hinggakan Pemain Sabah Hilang Arah

Kemaraan Perak FC ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia 2023 nyata membuka mata banyak pihak mengenai kemampuan skuad kendalian Yusri Che Lah ini. Biarpun melalui perlawanan yang getir sejak pusingan 16 terakhir, Perak berjaya mengatasi tekanan tersebut. Perak telah menyingkirkan pasukan gergasi utara tanah air, Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dan juga wakil Malaysia […]
Penyokong Pilih Yusri Che Lah

Selepas E. Elavarasan meninggalkan tugasnya sebagai jurulatih skuad bawah 23 tahun negara, sehingga kini masih tiada khabar berita siapakah individu yang benar-benar layak menggalas tugas mencabar itu. Ini kerana jurulatih yang dipilih itu nanti bakal membawa cabaran Malaysia ke Qatar bagi kejohanan Piala Asia B-23. Baru-baru ini satu undian atau poll telah dibuat oleh pengulas […]
Yusri Che Lah Kecewa Keadaan Padang Latihan Di Tempat Lawan

Jurulatih Perak FC, Yusri Che Lah mengakui kurang berpuas hati dengan keadaan padang latihan yang digunakan mereka menjelang aksi suku akhir Piala Malaysia menentang Sabah. Keadaan padang yang kurang memuaskan sedikit sebanyak menjejaskan pelan latihan The Bos Gaurus. Begitupun, Yusri menganggap ini sebahagian daripada cabaran sebagai pasukan pelawat. Lantas, beliau fokus membantu anak-anak buahnya membuat […]
Kerapuhan Pertahanan Perak Buat Penyokong Bimbang

Selepas tunduk 4-0 kepada KL City FC pada minggu lepas, kekalahan tersebut bukan saja memperlihatkan tahap Perak FC di bawah bimbingan Yusri Che Lah. Malah, itu menunjukkan skuad Seladang gagal meraih rekod tanpa bolos dalam percubaan ke-17 dalam liga musim ini. Kali terakhir The Bos Gaurus merekodkan perlawanan tanpa bolos ialah perlawanan menentang Kuching City […]
Yusri Che Lah Menangis Lihat Kejayaan Perak

Jurulatih Perak FC, Yusri Che Lah menitiskan air mata selepas berjaya membimbing The Bos Gaurus ke suku akhir Piala Malaysia 2023. Perak berjaya mara dengan kelebihan agregat 4-3 walaupun tewas 2-1 kepada Kedah Darul Aman FC (KDA FC) di Stadium Darul Aman semalam. Gol tunggal mereka dijaringkan Seo Seun-ung sekaligus memastikan kemaraan mereka ke peringkat […]
Yusri Che Lah Sudah Ada Pelan Bersama Perak FC

Jurulatih interim Perak FC, Yusri Che Lah sudah ada pelan permainan bagi membantu pasukan itu menambahbaik kedudukan dalam Liga Super. Dalam empat perlawanan terakhir, The Bos Gaurus hanya kalah sekali dan merekodkan dua kemenangan. Ini termasuk kemenangan mengejut 3-1 ke atas Kedah Darul Aman (KDA) FC dalam aksi Piala Malaysia. Walaupun mengakui bukan mudah dengan […]
Yusri Che Lah Beri Impak Besar Kepada Perak

Legenda bola sepak negara, Dato’ Zainal Abidin Hassan melihat kehadiran pengendali interim Perak FC, Yusri Che Lah telah menstabilkan pasukan itu dan meletakkannya kembali ke landasan kemenangan. Pandangan Pengarah Teknikal Imigresen FC itu dibuat selepas melihat The Bos Gaurus kelihatan tersusun dan mempunyai corak permainan cantik. Perubahan yang dibuat Yusri mengakibatkan pihak lawan berdepan kesukaran […]
Yusri Che Lah Memang Seorang Yang Tak Berkira

Pengendali sementara Perak FC, Yusri Che Lah sememangnya terkenal dengan kesungguhan beliau dalam memberikan arahan di tepi padang. Namun CEO Perak FC, Bobie Farid Shamsudin berkongsi apa yang lebih menarik mengenai sosok seorang Yusri Che Lah. Dalam satu muat naik status di laman Facebook, TBG Super Fan, Bobie berkongsi bahawa sepanjang bekerjasama dengan Yusri, beliau […]
Hadi Fayyadh Diketepikan Dari Skuad Utama Perak

Musim yang sukar buat bekas penyerang kebangsaan, Hadi Fayyadh sejak bermulanya kendalian baharu dibawah jurulatih interim, Yusri Che Lah apabila beliau telah diturunkan ke pasukan Perak FC II bagi aksi Piala MFL. Memetik laporan daripada wartawan Astro Arena, Karl Nunis menyatakan bahawa khidmat penyerang muda Perak itu tidak akan digunakan sepanjang pasukan dikendali oleh Yusri […]
Yusri Che Lah Percaya Kemampuan Ubi Muda Perak

Semua sedia maklum Perak ketika ini dilatih oleh jurulatih sementara Yusri Che Lah selepas merehatkan Datuk Lim Teong Kim. Dan walaupun sedar cabaran menentang naib juara Liga Super musim lepas, Terengganu di Ipoh esok, beliau masih percaya dengan kemampuan pemain-pemain muda Seladang. Yusri mengakui ramai pemain Perak terutama di barisan pertahanan berusia di bawah 25 […]
Yusri Che Lah Harap Perak Pertimbang Semula Cadangan Beliau

Selepas mengumumkan tidak lagi bersama ketua jurulatih, Datuk Lim Teong Kim, Perak FC kini memberi kepercayaan kepada jurulatih Perak FC II, Yusri Che Lah untuk mengambil alih posisi jurulatih skuad utama sebagai jurulatih sementara. Yusri bukanlah nama yang asing untuk pasukan Perak kerana pengendali berusia 47 tahun itu pernah mengendalikan Perak musim 2022 sebelum pihak […]
Yusri Che Lah Ganti Lim Teong Kim Kemudi Perak

Selepas melihat pasukan terus terumbang-ambing dalam saingan Liga Super musim ini, pengurusan Perak memutuskan untuk merehatkan pengendali mereka, Datuk Lim Teong Kim. Bagi ramai penyokong Seladang, perkara ini sudah dijangka akan berlaku. Susulan itu, pengendali Perak II, Yusri Che Lah dilantik sebagai jurulatih sementara buat masa ini. Pengumuman ini dibuat The Bos Gaurus menerusi laman […]
Yusri Che Lah Sampaikan Kata-kata Terakhirnya Kepada Penyokong Perak

Ketua jurulatih Perak FC, Yusri Che Lah telah memberikan kata-kata terakhir kepada pasukannya ketika mereka berjaya mengikat Kuching City FC dengan keputusan 1-1. Pengendali kelahiran Perlis ini berjaya memberi impak yang cukup penting buat pasukan The Bos Gaurus sejak mengambil alih pasukan dan berhadapan dengan pelbagai masalah sebelum ini. Walau bagaimanapun, beliau kelihatan seolah-olah telah memberikan amanat […]
Yusri Che Lah Diberikan Peranan Baru Kemudi Perak

Perlawanan diantara Perak menentang Kuching City dalam saingan Liga Perdana musim ini akan menjadi perlawanan terakhir buat Yusri Che Lah sebagai ketua jurulatih Perak. Perak FC sah mengumumkan ketua jurulatih baharu, Lim Teong Kim yang akan memulakan tugas pada 17 September ini. Menurut kenyataan media Perak FC di Instagram, khidmat Yusri Che Lah masih dikekalkan […]
CEO Perak Berang Yusri Che Lah Jadi Mangsa Kecaman

Bila menang disanjung, bila kalah dikecam. Lumrah dunia bola sepak ada sememangnya tidak dapat lari dari kritikan dan kecaman penyokong. Namun kecaman perlulah berpada-pada kerana setiap kekalahan pasti ada punca dan penyebabnya. Itulah yang terjadi kepada jurulatih Perak FC, Yusri Che Lah. Kekalahan mengejut kepada pasukan Skuad Projek FAM-MSN tempoh hari membawa kepada kegagalan pasukan […]