Perak Nyatakan Sokongan Kepada Yusri Che Lah

Jurulatih Perak FC, Yusri Che Lah terus mendapat sokongan daripada pengurusan kelab itu meskipun berdepan prestasi yang kurang memberangsangkan sejak kebelakangan ini. Musim 2024/25 menyaksikan Perak merekodkan empat kekalahan daripada lima perlawanan Liga Super. Terbaru, pasukan itu tunduk 2-0 kepada Penang FC. Satu-satunya kemenangan yang dilakar The Bos Gaurus dalam liga ialah pasukan Kedah Darul […]

Yusri Che Lah: Keyakinan Pemain Tak Boleh Diubati Dengan Panadol Actifast

Pengendali Perak FC, Yusri Che Lah menyatakan bahawa keyakinan para pemainnya tidak boleh diubati dengan panadol actifast. Jurulatih The Bos Gaurus itu menzahirkan kekecewaan selepas pasukan kendaliannya tunduk 0-2 di tangan seteru terdekat, Penang FC di laman sendiri. Katanya, beliau sudah hilang sabar dengan persembahan pasukannya yang seolah-olah beraksi tanpa hala tuju dan semangat. Kesilapan […]

Yusri Che Lah: Perak Seakan Takut Beraksi Di Laman Sendiri

Pengendali Perak FC, Yusri Che Lah mengakui merasa pelik melihat anak-anak buahnya seakan takut beraksi di gelanggang keramat mereka, Stadium Perak. Aksi terbaru Liga Super membabitkan Perak dan Penang FC berlangsung di Stadium Perak. Perlawanan ini disifatkan peluang buat kedua-dua pasukan untuk memburu kemenangan dalam liga. Meskipun banyak mencipta peluang jaringan, The Bos Gaurus ketinggalan […]

Yusri Che Lah: Pemain Perak Tak Perlu Malu Walaupun Tewas

Ketua Jurulatih Perak FC, Yusri Che Lah akur dengan kehebatan Selangor apabila pasukannya tunduk kali ke-3 musim ini. Perak bertandang dengan harapan besar ke Stadium MBPJ namun tidak berjaya menterjemahkan deretan peluang untuk mencipta kemenangan. Beliau bagaimanapun memuji impak yang dipamerkan oleh anak buahnya untuk mengekang asakan bertali-arus tuan rumah terutamanya pada babak pertama. “Pemain […]

“3 Aksi, 9 Jaringan Tanpa Bolos Pamer Kekuatan Selangor ” – Yusri Che Lah

Pengendali Perak FC, Yusri Che Lah mengakui Selangor FC bakal memberi cabaran sukar kepada anak buahnya untuk aksi minggu keempat Liga Super musim 2024/25. Sejak pasukan itu dibimbing Nidzam Jamil selepas menggantikan pengendali sebelumnya, Tan Cheng Hoe pada Mac lalu, Selangor menunjukkan prestasi baik dalam Liga Malaysia (Liga M). Dalam tiga perlawanan Liga M termasuk […]

Pandangan Berbeza Dua Jurulatih Terkemuka Tentang Pasukan Terkuat Liga Super

Dua jurulatih terkemuka Liga Super merungkaikan pandangan masing-masing berkenaan pasukan terkuat bagi musim 2024/25. Saingan Liga Super memasuki minggu ke-4 dengan beberapa pasukan dapat mengekalkan rentak terbaik sejak awal musim. Prestasi sama juga berjaya dibawa memasuki kempen Piala FA sungguhpun terdapat beberapa keputusan perlawanan yang mengejutkan. Menurut pandangan Ketua Jurulatih Perak FC, Yusri Che Lah, […]

Yusri Che Lah: Saya Tak Mahu Perak Dilabel Pasukan Agresif

Ketua jurulatih Perak FC, Yusri Che Lah menuntut anak buahnya agar lebih bersabar dalam mengawal emosi ketika beraksi di atas padang. Pasukan Perak terpaksa bermain dengan 10 pemain setelah Firdaus Saiyadi dilayangkan kad merah pada minit ke-69 ekoran mengasari Safawi Rasid. Yusri Che Lah meminta para pemainnya lebih berhati-hati dalam mengendalikan emosi ketika bermain memandangkan […]

Perak Tagih Kudrat Pemain Import Di Terengganu

Pengendali Perak FC, Yusri Che Lah berharap kesemua pemain import pasukan itu kekal cergas menjelang aksi pusingan 16 pasukan terbaik Piala FA 2024 malam ini. Kalendar antarabangsa Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menyaksikan dua tonggak Perak dipanggil menyertai skuad kebangsaan masing-masing. Dua tonggak tersebut ialah Adilet Kanyebekov (Kyrgyzstan) dan Jesper Nyholm (Filipina). Kedua-duanya mengalami nasib […]

“Kita Ayam Itik Je Dengan Dia” – Yusri Che Lah

Pengendali Perak FC, Yusri Che Lah akui komunikasi merupakan satu masalah yang dihadapi pemain sayap, Lee Tae-min dan diumpamakan seperti komunikasi ‘ayam dan itik’. Pemain muda dari Korea Selatan itu dikatakan tidak mampu berbahasa inggeris dengan baik dan kebanyakan komunikasi di antara beliau dan kesemua rakan sepasukan adalah melalui bahasa tubuh. Yusri walau bagaimanapun bersyukur […]

Yusri Che Lah Anggap Kemenangan Perak Bukan Kerana Nasib

Ketua jurulatih Perak FC, Yusri Che Lah menegaskan bahawa kemenangan pertama pasukannya pada malam tadi bukan kerana nasib.  Beliau akui tidak mampu berbuat apa-apa dengan kata-kata atau dakwaan yang dilontarkan oleh para peminat. Namun, beliau percaya setiap keputusan perlawanan adalah ketentuan daripada tuhan. ‘Derbi Utara’ milik Perak selepas menewaskan Kedah dengan jaringan dua gol tanpa […]

Liga Super: Perak Raih Kemenangan Sulung, Dua Gol Lee Tae-Min Tumbangkan Kedah

Perlawanan saingan Liga Super malam ini menyaksikan pertembungan diantara Kedah dan Perak di Stadium Darul Aman berakhir dengan keputusan 2-0. Skuad kendalian Yusri Che Lah ketika ini dalam misi memburu kemenangan pertama saingan Liga dengan menurunkan beberapa barisan terbaik seperti Wan Zack Haikal dan Luka Milunovic.  Sementara Kedah mahu bangkit  mencari kemenangan kedua aksi Liga […]

Siaran Langsung Liga Super: Kedah Darul Aman vs Perak (Live Streaming)

Kedah Darul Aman bakal melayan kunjungan Perak di Stadium Darul Aman bagi perlawanan derbi utara untuk aksi Liga Super minggu ketiga. Skuad kendalian Nafuzi Zain yang tewas tipis kepada Selangor tempoh hari pastinya mahu bangkit meraih kemenangan lebih-lebih lagi beraksi di gelanggang sendiri. Perak pula telah tewas dua perlawanan berturut-turut kepada Terengganu dan PDRM sekaligus […]

“Perak Pasukan Besar, Tekanan Itu Biasa” – Yusri Che Lah

Pengendali Perak FC, Yusri Che Lah melihat anak buahnya tidak tergugat dengan tekanan yang dihadapi ketika ini. Ketika ini, Perak berada di tangga tercorot liga selepas mengalami dua kekalahan dalam dua aksi awal Liga Super musim 2024/25. The Bos Gaurus tewas 3-1 kepada Terengganu FC dalam aksi pertama liga pada 11 Mei lalu. Ini disusuli […]

Liga Super: Gol Saat Akhir PDRM Pastikan Perak Tersungkur Kali Kedua

PDRM meraih kemenangan pertama setelah menewaskan Perak dalam aksi yang cukup sengit di gelanggang Ipoh untuk aksi kedua Liga Super 2024/2025. Yusri Che Lah menurunkan skuad terbaik yang dibarisi pemain seperti Haziq Nadzli, Shivan Pillay, Azalinullah Alias, Tommy Mawat dan Luciano Guaycochea selaku kapten pasukan. PDRM pula mempertaruhkan pemain berpengalaman seperti Bruno Suzuki, Fadi Awad, […]

Siaran Langsung Liga Super: Perak vs PDRM (Live Streaming)

Perak akan turun bertemu dengan PDRM di Stadium Perak untuk aksi Liga Super minggu kedua. Skuad kendalian Yusri Che Lah kini dalam misi meraih tiga mata pertama selepas tewas 3-1 kepada Terengganu dalam perlawanan pertama liga. PDRM juga pastinya tidak mahu keciciran mata lagi setelah tewas tipis kepada Kedah Darul Aman tempoh hari dan jurulatih […]

“Pemilihan Pemain Baru Perak Mengejutkan” – Zaquan Adha

Bekas pemain kebangsaan, Zaquan Adha akui terkejut dengan barisan pemain pasukan Perak pada musim baru ini.  Bekas pemain Negeri Sembilan ini percaya pemilihan pemain kali ini memiliki kualiti yang terbaik meskipun bukan bergelar bintang.  “Kalau ikutkan musim lepas, Perak agak tenggelam. Mungkin ada masalah pemain atau sebagainya. Tapi untuk aksi pra-musim kali ini, Saya agak terkejut […]