Yunus Alif Bakal Kekal Bimbing PDRM

Sentuhan magis Datuk Yunus Alif bersama PDRM FC menyaksikan pasukan itu menjulang Challenge Cup untuk musim 2023. Dan kini, khidmat jurulatih berusia 65 tahun itu bakal dikekalkan bersama The Cops selama semusim lagi. Perkara ini dinyatakan oleh pengurus pasukan PDRM, Shamshul Hisham Abd Razak kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi hari ini. Beliau memaklumkan perbincangan […]
PDRM Tumpu Pembangunan Jangka Panjang Pasukan

Keadaan kewangan PDRM FC yang sederhana menyebabkan pasukan itu tidak dapat berbelanja besar seperti pasukan-pasukan Liga Super lain. Situasi ini mendorong The Cops menggilap bakat barisan pemain yang ada dan memberi tumpuan kepada pembangunan jangka panjang pasukan. Bagi pengendali PDRM, Datuk Yunus Alif, langkah ini bukan saja membantu pasukan itu memberi saingan sengit dalam liga. […]
Yunus Alif Mahu Lebih Ramai Jurulatih Muda Di Liga Malaysia

Jurulatih PDRM FC, Dato’ Yunus Alif mengharapkan lebih ramai jurulatih muda di Malaysia untuk mendapatkan lesen kejurulatihan. Beliau menggalakkan lebih ramai jurulatih muda yang berbakat khususnya dalam kalangan pemain untuk mengembangkan kerjaya dalam bidang kejurulatihan. ”Bagi saya, inilah peluang mereka selepas karier sebagai pemain bola sepak sudah tamat, jadi hala tuju (mereka) di mana? Kalau […]
Yunus Alif: Saya Jangka 2-0, Rupanya 3-0

Pengendali PDRM FC, Datuk Yunus Alif mengakui tidak menjangkakan pasukannya meraih kelebihan selesa dalam aksi final pertama Challenge Cup. Aksi final pertama Challenge Cup menyaksikan Sang Saka Biru mengatasi cabaran Kuching City FC 3-0 di Stadium MBPJ hari ini. Tiga gol mereka disumbang oleh Nabil Ahmad Latpi, Uche Agba dan kapten, Amir Saiful Badeli pada […]
Yunus Alif Mahu PDRM Berjuang Habis-Habisan Di Final

Pengendali PDRM FC, Datuk Yunus Alif mahu anak-anak buahnya mempamerkan semangat juang yang tinggi pada aksi final pertama Challenge Cup. PDRM tampil di aksi final pertama dengan semangat membara selepas tewas 2-0 di tangan Negeri Sembilan FC beberapa hari yang lalu. Biarpun lawan mereka, Kuching City FC menduduki tangga ke-13 Liga Super ketika ini, pasukan […]
Yunus Alif: Saya Berharap Pemain Dapat Belajar Dari JDT

Jurulatih PDRM FC, Datuk Yunus Alif berharap kejayaan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) menjulang Liga Super musim ini dapat dicontohi anak-anak buahnya. JDT muncul juara selepas berjaya membelasah The Cops 4-0 di hadapan penyokong mereka sendiri hasil jaringan Bergson da Silva, Juan Muniz, Arif Aiman Hanapi dan pemain gantian, Fernando Forestieri. Yunus melihat kejayaan […]
Yunus Alif Buat PDRM Sukar Digugat

Selepas dua perlawanan, PDRM FC tampak sukar digugat di bawah kendalian bekas jurulatih Sri Pahang FC, Dato’ Yunus Alif. Selepas mengejutkan Selangor FC dalam aksi kedua pusingan 16 terbaik Piala Malaysia, giliran Penang pula jadi mangsa The Cops. Pasukan pelawat yang dibimbing Chong Hee Fat itu tunduk 3-0 dalam aksi Liga Super di Stadium MBPJ […]
Yunus Alif Jurulatih Baru PDRM

PDRM FC akhirnya berjaya mencari pengganti jurulatih sebelumnya, Azzmi Aziz dengan membawa masuk legenda bola sepak negara, Dato’ Yunus Alif. Pengumuman ini dibuat Sang Saka Biru menerusi laman media sosial rasmi mereka hari ini. Sebelum ini, nama Yunus sudah dikaitkan dengan kerusi panas PDRM FC menerusi perkongsian wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi. Ini merupakan tugas […]