SAC 2024: Selangor Julang Trofi Pertama, Belasah Young Elephants

Naib juara Liga Super 2023, Selangor FC berjaya menjuarai Selangor Asia Challenge 2024 selepas membenam Young Elephants. Perlawanan yang berlangsung di Stadium MBPJ menyaksikan skuad kendalian Nidzam Jamil tidak berdepan masalah untuk memperagakan rentak terbaik. Ketajaman jentera serangan The Red Giants muka terserlah apabila pemain sayap sensasi, Alvin Fortes membuka tirai jaringan pada minit ke-26 […]
Aksi Lucu Penjaga Gol Buat Young Elephants Derita

Kelab Laos, Young Elephants mengalami kekalahan pertama dalam saingan Selangor Asia Challenge (SAC) 2024 gara-gara kelalaian penjaga gol mereka hari ini. Young Elephants turun menentang kelab Singapore Premier League (SPL), Balestier Khalsa dengan misi mengutip tiga mata. Kedua-dua pasukan tahu selain tiga mata, gol juga bakal menjadi fokus. Ini kerana format baru SAC 2024 menyaksikan […]
SAC 2024: Penalti Bantu Balestier Khalsa Tundukkan Young Elephants

Kelab Singapura, Balestier Khalsa membuka kempen Selangor Asia Challenge (SAC) 2024 dengan langkah kanan apabila menewaskan kelab Laos, Young Elephants. Kedua-dua pasukan mahu beraksi dengan nota positif di Stadium MBPJ lebih-lebih lagi dengan format baru pertandingan yang diperkenalkan dalam SAC 2024. Selain meraih tiga mata apabila meraih kemenangan, pasukan juga berpeluang meraih satu mata tambahan […]
Selangor Cabar Tiga Pasukan Asia

Selangor FC terus meningkatkan persediaan pra-musim 2024/25 dengan berhadapan tiga pasukan dari Asia pada 26 dan 28 April ini. Tiga pasukan tersebut ialah Balestier Khalsa (Singapura), Young Elephants (Laos) dan Duli Pengiran Muda Mahkota FC (DPMM FC) (Brunei Darussalam). Ketiga-tiga pasukan ini bakal mencabar Selangor untuk kejohanan pra-musim Selangor Asia Challenge (SAC) yang kini memasuki […]