WSL: MBSJ Tepati Ramalan, Kalahkan Selangor

Selangor membuka saingan kumpulan A Women Super League (WSL) dengan kekalahan kepada MBSJ FC pada Sabtu. MBSJ yang mencatatkan kemenangan minggu lalu ke atas MBPJ turun berdepan Selangor yang hadir bagi aksi pertama mereka. MBSJ bermula garang dengan mendahului seawal minit keempat menerusi penyerang tumpuan, Intan Sarah yang menyudahkan hantaran lolos cantik dari rakan sepasukan. […]

WSL: Man United Ubati Prestasi Hambar, Bedil Spurs 4-0

Kesedihan penyokong Man United terubat apabila skuad wanita mereka mengalahkan Tottenham Hotspur dalam aksi terbaru Liga Super Wanita (WSL). Skuad wanita United yang dibimbing Marc Skinner mahu meneruskan rentak kemenangan selepas mengalahkan Bristol City pada minggu lepas. Sementara Spurs pula mahu segera bangkit selepas tidak meraih kemenangan dalam lima perlawanan terakhir liga. Begitupun, keinginan tuan […]

WSL: Man City ‘Ratah’ Tottenham Hotspur 7-0

Pasukan wanita Man City membuktikan mereka dominan seperti skuad lelaki dengan membelasah Tottenham Hotspur 7-0 dalam aksi terbaru WSL hari ini. Selepas diikat 1-1 oleh Leicester City pada 19 November lalu, Spurs berharap dapat bangkit untuk aksi kali ini. Sementara City pula mahu meneruskan rentak kemenangan selepas mengalahkan musuh setempat, Manchester United 3-1 pada minggu […]

WSL: Man United Jadi Mangsa Belasahan Man City

Pasukan wanita Man United berkongsi nasib sama dengan pasukan lelaki mereka apabila tewas kepada musuh setempat, Manchester City dalam aksi terbaru WSL semalam. Selepas mengalahkan West Ham 5-0 pada minggu lepas, The Red Devils mahu meneruskan rentak kemenangan ke atas The Citizens. Sementara City pula mahu bangkit selepas dikecewakan Brighton 1-0 pada minggu lepas. United […]

Malang Berganda Buat Liverpool

Kelab gergasi Merseyside, Liverpool ditimpa malang berganda gara-gara pemain sayap Toulouse dari Norway, Aron Donnum. Selepas menjadi arkitek kemenangan 4-3 Les Violet ke atas The Reds pada Khamis lepas, nama bekas pemain sayap Valerenga itu kembali menghantui pasukan itu. Atau lebih tepat, pasukan wanita Liverpool yang turun menentang pasukan wanita Tottenham Hotspur dalam Liga Super […]