China Raih Tiga Mata Pertama, Kecewakan Indonesia

China berjaya merakamkan tiga mata berharga di laman sendiri selepas menundukkan Indonesia dalam saingan Kelayakan Piala Dunia 2026 malam ini. Jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong membariskn nama-nama seperti Celvin Verdonk, Ivar Jenner, Witan Sulaeman dan juga Rafael Struick dalam kesebelasan utama. Perlawanan bermula rancak apabila seawal 10 minit permainan pasukan pelawat lebih menguasai permainan.  Selepas 20 […]

Rakyat Indonesia Berganding Bahu Demi Witan Sulaeman

Rakyat Indonesia sedang berganding bahu dalam memberikan undian kepada jaringan yang dihasilkan Witan Sulaeman ketika bertemu Jordan dalam perlawanan peringkat kumpulan Piala Asia Bawah 23 Tahun (B-23) tempoh hari. Jaringan menarik Witan itu disenaraikan sebagai salah satu jaringan terbaik bagi saingan peringkat kumpulan namun begitu untuk dinobatkan sebagai jaringan terbaik, undian adalah diperlukan. Sehingga artikel […]

Reputasi Besar Witan Sulaeman Tercalar Di Liga Indonesia

Pemain Persija Jakarta FC, Witan Sulaeman berharap mendapatkan lebih banyak minit permainan bersama jurulatih baharu itu selepas Mario Gomez dipecat oleh Bhayangkara FC. Mario Gomez kini tidak lagi mengendalikan Bhayangkara selepas beberapa siri keputusan yang kurang memuaskan dengan hanya mendapat satu kemenangan, lima seri dan tiga kekalahan musim ini. Bekas jurulatih Persib Bandung itu dianggap […]

Witan Sulaeman Jadi Wira AS Trencin Di Liga Slovakia

Pemain kebangsaan Indonesia, Witan Sulaeman berjaya menjadi wira AS Trencin selepas pemain muda itu meledak gol penyamaan untuk membolehkan pasukannya itu seri 1-1 dengan Liptovsky Mikula bagi saingan Liga Fortuna Slovakia. Pemain sayap Indonesia itu memulakan perlawanan hanya di bangku simpanan dan beliau dimasukkan pada minit ke-68 sejurus selepas Liptovsky Mikula mendapatkan gol melalui Erin […]

Witan Sulaeman Dan Egy Maulana Kini Tanpa Kelab

Pemain timnas Indonesia, Witan Sulaeman mengikut jejak seorang lagi pemain Indonesia, Egy Maulana Vikri di mana kedua-dua mereka kini tanpa kelab. Seharusnya, kontrak Witan masih lagi berbaki setahun bersama kelab Lechia Gdansk di Poland namun beliau memutuskan untuk menamatkan kontrak lebih awal iaitu seawal 26 Julai 2022 (Selasa). Ini bermakna beliau mengikut jejak Egy Maulana […]

Witan Sulaeman Ledak Gol Debut Di Liga Utama Slovakia

Wonderkid Indonesia, Witan Sulaeman berjaya mencetak gol pertamanya dalam aksi saingan Liga Utama Slovakia. Ini membuktikan kredibiliti yang ada pada pemain berusia 20 tahun ini tidak boleh dipandang remeh. Pemain muda skuad kebangsaan Indonesia ini diturunkan dalam kesebelasan utama bermain di posisi sayap kiri. Beliau berjaya meledak gol seawal minit ke tujuh permainan. Sementara itu, […]

Gol Witan Sulaeman Pacu Kemenangan FK Senica

Pemain muda berbakat Indonesia, Witan Sulaeman kini menjadi bualan hangat apabila menjadi watak penting ketika membantu pasukan merakam kemenangan semalam. Beliau turun dalam kesebelasan utama ketika menentang SK Sasova tidak menunggu lama apabila berjaya memecah kebuntuan seawal minit ketiga permainan. Bekas pemain PSIM Yogyakarta ini bijak mencuri ruang menerusi satu gerakan balas pantas yang direncanakan […]

‘Wonderkid’ Indonesia, Witan Sulaeman Jaring Gol Debut Bersama FK Senica

Pemain skuad kebangsaan Indonesia, Witan Sulaeman tidak menunggu lama untuk menjaringkan gol dalam aksi pertamanya bersama FK Senica. Jaringan tersebut dihasilkan dalam perlawanan persahabatan menentang GKS Jastrzebie yang berkesudahan kemenangan kepada FK Senica 2-1. Witan Sulaiman dan Egy Maulana yang juga merupakan ‘Wonderkid’ Indonesia diberi kepercayaan diturunkan dalam kesebelasan utama perlawanan semalam. Ketenangan yang ada […]

Witan Sulaeman Mahu Rakan-Rakan Terus Bekerja Keras

Pemain tengah pasukan Indonesia, Witan Sulaeman melaungkan semangat juang yang cukup tinggi sungguhpun impian pasukan Indonesia untuk menjulang kejohanan tersebut buat kali pertama tidak kesampaian. Pemain muda berbakat ini jelas menjadi watak penting pasukan apabila memperagakan aksi yang cukup cemerlang untuk membawa pasukan sehingga ke pentas akhir pada edisi kali ini. Sungguhpun begitu, hasrat Indonesia […]