Willian Lira Sertai Kelab UAE, Hatta Club

Bekas penyerang Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Willian Lira sudah memiliki destinasi baru selepas meninggalkan kelab Thai League 1, Chonburi FC. Sebelum ini, Lira menjadi sebahagian daripada empat bekas penyerang Liga Super yang belum mendapat pasukan baru selepas bergelar ejen bebas pada 1 Julai lalu. Selain penyerang berusia 30 tahun itu, turut tersenarai ialah […]
4 Bekas Penyerang Berbisa Liga Super Kini Tiada Kelab

Empat bekas penyerang berbisa Liga Super Malaysia kini difahamkan telah meninggalkan kelab masing-masing dan bergelar ejen bebas. Ada di antaranya baru sahaja meninggalkan kelab pada awal bulan Julai 2024 selepas kontrak sedia ada tamat. 1. Ayron Del Valle Bekas pemenang kasut emas Liga Super 2023 ini telah mengejutkan banyak pihak selepas bertindak meninggalkan Selangor FC […]
Dua Bekas Penyerang Liga Super Ikut Jejak Tan Cheng Hoe Di Thailand

Dua bekas penyerang berbisa Liga Malaysia iaitu Herlison Caion dan Willian Lira alami nasib serupa seperti jurulatih Police Tero FC yang juga bekas pengendali skuad kebangsaan Malaysia, Tan Cheng Hoe. Caion dan Lira merupakan penyerang untuk kelab Chonburi FC dan kelab tersebut disahkan tersingkir ke divisyen dua Thailand selepas menduduki tangga ke-14 liga. Walaupun Lira […]
Dua Bekas Mesin Gol Bakal Kembali Ke Malaysia Dengan Tugas Berbeza

Nama dua penyerang Chonburi FC dijangka dikenali peminat bola sepak Malaysia apabila mereka diturunkan menentang Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) nanti. Dua penyerang yang dimaksudkan ialah duo Brazil, Herlison Caion dan Willian Lira. Meskipun Caion dan Lira kini beraksi di Thailand, bisa mereka sebagai peledak dalam Liga Malaysia (Liga M) masih diingati sehingga hari […]
Dua Bekas Penyerang Liga Malaysia Kekal Berbisa Di Asean

Meskipun tidak lagi beraksi di Liga Malaysia (Liga M), nama David da Silva dan Willian Lira masih diingati ramai peminat bola sepak negara. Ini kerana dua penyerang Brazil itu menyerlah bersama kelab masing-masing di Liga 1 Indonesia dan Thai League 1. Da Silva yang kini beraksi untuk Persib Bandung menjadi penjaring terbanyak Liga 1 Indonesia […]
Buriram United Nyaris Kalah, Willian Lira Dihukum Pijak Lawan

Juara bertahan Liga 1 Thailand, Buriram United nyaris tewas dalam aksi ke-6 liga berdepan Chonburi di laman sendiri. Buriram United yang diketuai oleh bintang Malaysia, Dion Cools dilihat sedikit bergelut untuk mendapatkan rentak terbaik menjelang aksi antarabangsa tidak lama lagi. Tuan rumah bagaimanapun membuka tirai jaringan menerusi ledakan penyerang berbisa, Lonsana Doumboya yang mudah menanduk […]
Dion Cools Dan Willian Lira Sama Hebat

Pemain pertahanan Malaysia yang juga merupakan pemain Buriram United, Dion Cools berjaya membuktikan bahawa kehadiran beliau ke kelab gergasi Thailand itu nyata membuka mata ramai pihak. Ini kerana, nama Dion Cools telah terpilih sebagai kesebelasan terbaik Liga Thailand untuk kesemua perlawanan yang dilalui pada bulan Ogos. Selain Dion Cools, bekas penyerang Kedah Darul Aman FC […]
Willian Lira Kekal Berbisa Di Thailand

Bekas penyerang Kedah Darul Aman FC, Willian Lira terus membuktikan dirinya kekal berbisa dengan menyumbat dua gol untuk Chonburi pada perlawanan pertama Thai League 1 baru-baru ini. Diturunkan dalam perlawanan menentang Trat pada 13 Ogos lalu, Lira dan Chonburi ketinggalan dua gol pada babak pertama menerusi dua gol Nattawut Sombatyotha pada minit ke-11 dan 38. […]
Bekas Bintang Kedah Sertai Chonburi

Selepas beberapa minggu meninggalkan Kedah Darul Aman (KDA) FC secara persetujuan bersama, Willian Lira kini sudah mendapat kelab baru. Ini selepas kelab Thai League 1, Chonburi mengesahkan penyerang Brazil itu sebagai penyerang baru mereka. Perkara sama turut dilaporkan wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi. Sebelum ini, beliau turut mendedahkan khidmat bekas penyerang Ventforet Kofu itu diintai […]
Kedah Umum Berpisah Dengan Willian Lira

Peminat pasukan Kedah Darul Aman (KDA) FC hari ini dikejutkan dengan berita Willian Lira tidak lagi bersama Sang Kenari. Ini selepas kedua-dua pihak bersetuju menamatkan kontraknya secara persetujuan bersama. Perkara ini diumumkan oleh pengurusan KDA FC di laman media sosial rasmi pasukan. Sepanjang bersama Kenari dalam Liga Super, Lira merekodkan lapan gol dalam 14 perlawanan. […]
Kepala Ajaib Willian Lira Tutup Mulut Pengkritik

Selepas dikritik hebat kerana mempamerkan aksi yang kurang bertenaga dalam beberapa perlawanan bersama Kedah Darul Aman FC (KDA FC), penyerang dari Brazil, Willian Lira menjawab kritikan penyokong dengan meledak dua gol dalam aksi Liga Super menentang Negeri Sembilan semalam. Perlawanan yang berakhir dengan keputusan 2-1 memihak Kedah itu menyaksikan Lira beraksi untuk 86 minit perlawanan […]
3 Pemain Dijangka Mampu Bantu Kedah Kejutkan JDT

Perlawanan Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Kedah dijangka menjadi tumpuan kerana ramai ingin tahu sama ada Kenari mampu mengekang pendahulu Liga Super itu. Tetapi bagi bekas penyerang kebangsaan, Nizaruddin Yusof, ada tiga pemain yang boleh membantu Kedah mengejutkan Harimau Selatan. Tiga pemain tersebut ialah penjaga gol Kalamullah Al-Hafiz, penyerang Brazil, Willian Lira dan bekas pemain […]
Liga Super: Kedah Catat Kemenangan Ke Atas Penang

Walaupun terpaksa bermain dengan 10 orang, itu tidak menghalang Kedah daripada mencatatkan kemenangan ke atas Penang dalam perlawanan ‘derby’ utara tanah air di Stadium Darul Aman hari ini. Walaupun turun sebagai pasukan pelawat, anak-anak buah Manzoor Azwira Abdul Wahid langsung tidak gentar dengan tuan rumah. Malah, mereka sudah menguji gawang Kedah seawal minit pertama menerusi […]
“Kalau Tak Boleh Pi, Kena Cari Penyerang Lain” – Azraai Khor

Prestasi kurang memberangsangkan dua penyerang import Kedah, Willian Lira dan Jonathan Balotelli sejak beberapa perlawanan mula meresahkan penyokong kelab itu. Bagi bekas jurulatih Kenari, Azraai Khor Abdullah, ia mengundang persoalan tentang keupayaan menjaringkan gol mereka yang sebenar. Azraai bercakap dari pengalaman kerana pernah melatih bekas penyerang Kenari, Marlon Alex James. Kelibat James amat ditakuti lawan […]