EPL: Penalti Bantu West Ham Tewaskan Manchester United

Manchester United terpaksa akur apabila tewas pada saat akhir kepada West Ham United dalam saingan Premier League. Anak buah Erik Ten Hag sebelum ini meraih keputusan seri 1-1 menentang Fenerbahce manakala West Ham tewas 4-1 kepada Tottenham Hotspur. Rasmus Hojlund menjadi penyerang utama untuk pasukan United dibantu pemain serangan seperti Marcus Rashford, Alejandro Garnacho dan […]

EPL: Chelsea Rampas Kedudukan Kedua, Bedil West Ham

Perlawanan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) malam ini menyaksikan Chelsea terus mengekalkan rentak kemenangan menewaskan West Ham dengan keputusan 3-0. Pemain terbaharu Chelsea, Jadon Sancho terus diberi kepercayaan membarisi kesebelasan utama selepas aksi memukau minggu lepas.  Sementara, skuad kendalian Julen Lopetegui mahu mencari kemenangan kedua dalam saingan EPL musim ini.  Seawal empat minit pertama, Chelsea […]

EPL: Erling Haaland Buat West Ham Terkulai Layu Di Tangan Man City

Man City meneruskan rentak cemerlang dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) setelah menumbangkan West Ham United di laman lawan pada awal pagi Ahad. Setelah bangkit dari kekalahan di aksi pertama, West Ham dijadualkan menerima kunjungan juara bertahan, Man City di London dalam perlawanan ketiga liga. Erling Haaland kekal menjadi sandaran utama City setelah meledak hatrik […]

Aaron Wan-Bissaka Tinggalkan Man United

Pertahanan kanan Manchester United, Aaron Wan-Bissaka dilaporkan bakal meninggalkan Old Trafford dan menyertai pasukan baharu hari ini. Pemain berusia 26 tahun itu bakal menyertai West Ham United secara perpindahan tetap dengan kontrak selama lima tahun dan beliau kini berada di London untuk menjalani ujian perubatan. Perkara tersebut disahkan oleh wartawan bola sepak terkemuka antarabangsa, Fabrizio […]

Man City Muncul Juara EPL 4 Kali Berturut-Turut, Hampakan Arsenal Saat Akhir

Kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) bagi musim 2023/2024 telah melabuhkan tirainya dengan menyaksikan Man City dinobatkan sebagai juara sekaligus mengecewakan pesaing terdekat, Arsenal di hari terakhir perlawanan. Man City ditabalkan sebagai juara liga selepas dua gol awal dari bintang muda pasukan pastikan wakil London, West Ham United tersungkur pada Ahad di Stadium Etihad. Pada aksi […]

EPL: Chelsea Kenduri Gol Baham West Ham

Chelsea menghidupkan peluang untuk beraksi di pentas eropah selepas mencatatkan kemenangan besar ke atas West Ham United di Stamford Bridge sebentar tadi. Kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik dengan Chelsea mempertaruhkan Nicolas Jackson sebagai peledak manakala West Ham pula meletakkan harapan yang tinggi kepada pemain veteran, Michail Antonio. Perlawanan dimulakan dengan Chelsea mempamerkan pengusaaan bola menyeluruh […]

EPL: Tottenham Hotspur Diikat West Ham United

Tottenham Hotspur kecewa tidak dapat menghambat Aston Villa yang menduduki tempat keempat liga selepas diikat West Ham United 1-1 di Stadium London awal pagi ini. Dengan Spurs hanya dipisahkan tiga mata dengan Villa, pasukan yang dibimbing Ange Postecoglou itu perlu menang ke atas The Hammers untuk terus menghambat pasukan Midlands itu. Sementara West Ham yang […]

Penyerang EPL Anggap Penyokong Arsenal Kuat Berkhayal

Penyerang West Ham United, Michail Antonio menyifatkan penyokong kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal sebagai kuat berkhayal. Pandangan panas penyerang berusia 33 tahun itu dinyatakan dalam program The Footballer’s Football Podcast terbitan BBC baru-baru ini. Antonio amat terganggu dengan sikap kuat berkhayal penyokong The Gunners lebih-lebih lagi jika mereka berada pada kedudukan yang baik […]

Jesse Lingard Sertai Kelab Gergasi Korea

Bekas pemain Manchester United, Jesse Lingard sah sertai kelab gergasi Korea, FC Seoul yang beraksi dalam saingan K League 1. Perkara ini diumumkan oleh wartawan terkenal Eropah, Fabrizio Romano yang menyatakan bahwa pemain kebangsaan England itu baru sahaja selesai ujian kesihatan semalam. Pengumuman rasmi bakal dibuat tidak lama lagi. Difahamkan, kelab gergasi Korea, FC Seoul […]

EPL: Manchester United Gah Tundukkan West Ham

Manchester United gah menundukkan cabaran West Ham United untuk mendapatkan tiga mata berharga dalam saingan liga. United turun dengan misi besar untuk menewaskan West Ham yang dibimbing oleh David Moyes setelah The Red Devils tumpas ditangan West Ham pada aksi Disember lalu. Rasmus Hojlund membuka tirai jaringan apabila rembatan beliau berjaya menewaskan penjaga gol West […]

EPL: Manchester United Lemau ‘Diketuk’ West Ham United

Manchester United mencatatkan kekalahan kesembilannya di liga apabila tumpas di tangan West Ham United dalam aksi Liga Perdana Inggeris Perlawanan berlangsung seimbang di awal permainan dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan bagi mencari jaringan pendahuluan. Peluang terbaik untuk Manchester United membuka tirai jaringan hadir menerusi percubaan jarak dekat Alejandro Garnacho minit ke-35 namun berjaya dinafikan […]

EPL: Manchester City Pamer Kebangkitan Tundukkan West Ham

Aksi Liga Perdana Inggeris malam ini menyaksikan pertembungan antara West Ham dan Manchester City yang berkesudahan dengan keputusan 3-1.  The Citizen dan The Hammers turun dengan reputasi terbaik selepas tidak pernah tewas dalam 5 perlawanan sebelum ini.  Bintang baharu The Hammers, James Ward-Prowse membuka jaringan pada minit ke-36 dengan tandukan deras menewaskan Ederson selepas mudah […]

Safee Sali ‘Ayam-ayamkan’ Bintang EPL Di USA

Ramai kini mengikuti perkembangan The Soccer Tournament (TST) yang sedang berjalan di Amerika Syarikat kerana Safee Sali. Dan bekas penyerang Harimau Malaya itu membuktikan dirinya masih berbisa dengan mengakali barisan bintang Liga Perdana Inggeris (EPL) yang mewakili West Ham United. Diberi peluang menyarung lilitan kapten untuk pasukan Far East United, Safee Sali menjadi duri dalam […]

Safee Sali Teruja Beraksi Menentang Pemain Berkelas Dunia

Bermula hari ini sehingga 4 Jun, kejohanan The Soccer Tournament (TST) bakal berlangsung di Las Vegas, Amerika Syarikat dengan menampilkan 32 pasukan antarabangsa. Bagi bekas penyerang Harimau Malaya, Safee Sali, beliau amat teruja kerana ini memberi peluang kepadanya menentang pemain-pemain berkelas dunia. Safee mewakili Far East United di mana para pemainnya berasal atau pernah beraksi […]

Kim Pan-gon ‘Cedok’ Ilmu Dari Pengurus EPL

Walaupun kalendar antarabangsa Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) hanya bersambung pada Julai ini, jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon tidak duduk diam. Selepas sibuk menimba ilmu dengan beberapa kelab di Sepanyol, beliau tidak keberatan berguru dengan beberapa pengurus Liga Perdana Inggeris (EPL) termasuk pengurus West Ham United, David Moyes. Seperti mana lawatan di Sepanyol, Pan-gon disertai […]

Michail Antonio Percaya Man Utd Bakal Menjuarai Liga Perdana Inggeris

Dengan Piala Carabao berada dalam tangan, tiga lagi trofi menjadi buruan Man Utd termasuk Liga Perdana Inggeris (EPL). Dan walaupun Arsenal ketika ini mendahului carta EPL, ada yang percaya United mampu mengejar dan menjulang trofi tersebut pada akhir musim. Hal ini dinyatakan oleh penyerang West Ham United, Michail Antonio semasa menjadi tetamu The Footballer’s Football […]