Wan Rohaimi Sahut Cabaran Bimbing Penang

Pengendali baharu Penang FC, Wan Rohaimi Wan Ismail sedia mendepani cabaran memulihkan prestasi pasukan itu untuk baki kempen Liga Malaysia (Liga M). Sejak meraih kemenangan ke atas Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) pada 1 Ogos lalu, Penang kini mengharungi tujuh perlawanan tanpa sebarang kemenangan. Selain itu, pasukan yang diberi jolokan Harimau Kumbang itu juga […]

Penang Umum Ketibaan Wan Rohaimi

Bekas penolong jurulatih KL City, Wan Rohaimi Wan Ismail diperkenalkan secara rasmi selaku ketua jurulatih Penang yang baharu. Menerusi satu hantaran di media sosial Penang FC, jurulatih berusia 48 tahun itu diumumkan bakal mengambil alih tugas yang dipegang oleh pengendali terdahulu, Akmal Rizal. Wan Rohaimi bin Wan Ismail kini dilantik sebagai Ketua Jurulatih baharu pasukan […]

Wan Rohaimi Bakal Kemudi Penang?

Bekas penyerang kebangsaan, Wan Rohaimi Wan Ismail semakin hampir menggalas peranan sebagai jurulatih baru Penang FC. Sebelum ini, pengurusan Harimau Kumbang memutuskan untuk merehatkan Akmal Rizal Ahmad Rakhli. Keputusan itu diambil kerana prestasi merudum pasukan itu dalam liga. Susulan itu, Mat Saiful Mohamad menggalas tugas sebagai pemangku jurulatih sambil dibantu pengarah teknikal pasukan, Merzagua Abderrazak. […]

Wan Rohaimi Lancar Buku Praktis Bola Sepak Terbaru

Nama nama bekas penyerang kebangsaan, Wan Rohaimi Wan Ismail terus dikenali dalam dunia buku menerusi buku terbarunya, Practice Dua. Practice Dua merupakan nukilan terbaru penolong jurulatih KL City FC itu. Ini sebagai sebahagian daripada usahanya untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam dunia bola sepak kepada orang ramai yang beraspirasi menceburi dunia bola sepak. Sebelum ini, […]

Dibanjiri Bakat Muda, Wan Rohaimi Sasar Lahirkan Bintang Bersama PDRM FC

Pada musim 2022, PDRM FC kekal bersaing di Liga Perdana namun kali ini ianya sedikit berbeza apabila skuad ini bakal ditunjangi rata-rata pemain yang masih muda. Ketua jurulatih PDRM FC, Wan Rohaimi Wan Ismail melaungkan keyakinan dengan potensi pemain-pemain muda dan tidak mahu bersandarkan kepada pemain-pemain yang sudah ada nama dalam kancah bola sepak tempatan. […]

Magis Wan Rohaimi Pacu PDRM, Kini 7 Perlawanan Tanpa Kalah

PDRM FC sebelum ini gagal memungut sebarang mata untuk 3 perlawanan pertama mereka dalam saingan Liga Premier. PDRM memulakan liga dengan kekalahan besar 0-3 kepada Selangor 2 dan meneruskan aksi longlai dengan kekalahan 0-2 kepada Kelantan United . Selepas aksi yang kurang memberangsangkan, pihak pengurusan mengambil keputusan drastik untuk mendapatkan khidmat Wan Rohaimi Wan Ismail […]