Lee Zii Jia ‘Tekan’ Posisi Viktor Axelsen

Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia semakin menghampiri kedudukan pemenang pingat emas Sukan Olimpik 2024, Viktor Axelsen. Kemas kini terbaru ranking Persekutuan Badminton Sedunia (BWF) menunjukkan pemain berusia 26 tahun itu kini menduduki ranking ketiga dengan 83,716 mata. Sementara bekas pemain nombor satu dunia itu kekal berada di ranking kedua dunia dengan 88,910 mata. […]
Lee Zii Jia Beri Tekanan Hebat Kepada Viktor Axelsen

Kedudukan Lee Zii Jia kini mula memberi tekanan hebat buat jaguh dari Denmark, Viktor Axelsen. Menerusi kemas kini ranking oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Selasa menyaksikan Zii Jia mencatatkan kenaikan 2 anak tangga ke kedudukan keempat dunia. Kejayaan di kejohanan terdahulu termasuklah merangkul pingat gangsa di Olimpik Paris membantu jaguh berusia 26 tahun ini […]
Singapore Open: Viktor Axelsen Sekat Impian Separuh Akhir Leong Jun Hao

Hasrat wakil tunggal perseorangan lelaki Malaysia, Leong Jun Hao untuk mara ke separuh akhir Singapore Open 2024 disekat jaguh nombor satu dunia, Viktor Axelsen. Selepas berjaya mengejutkan juara bertahan dari Indonesia, Anthony Sinisuka Ginting pada pusingan kedua, anak jati Setapak, Kuala Lumpur itu berharap dapat meneruskan momentum hari ini. Menanti beliau di pusingan suku akhir […]
Info Siaran Langsung Singapore Open: Leong Jun Hao vs Viktor Axelsen (Live Streaming)

Saingan suku akhir Singapore Open 2024 bakal berlangsung pada Jumaat dengan beberapa wakil negara bakal turun seperti Leong Jun Hao yang akan berentap menentang jaguh nombor satu dunia, Viktor Axelsen. Selepas berjaya melakar kejutan menewaskan juara bertahan Singapore Open, Anthony Ginting pada peringkat suku akhir semalam, Jun Hao sekali lagi akan berdepan pemain pilihan yang […]
Malaysia Masters: Hasrat Kilauan Emas Lee Zii Jia Musnah, Dihentikan Viktor Axelsen

Perlawanan akhir perseorangan lelaki Malaysia Masters 2024 menyaksikan jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia mempamerkan persembahan memukau sebelum akur tumpas di tangan pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen. Lee Zii Jia yang difahamkan mengalami sedikit kecederaan semalam tampil penuh cemerlang menahan kesakitan ketika menewaskan wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long dalam aksi dua […]
Info Siaran Langsung Malaysia Masters: Lee Zii Jia vs Viktor Axelsen (Live Streaming)

Final acara perseorangan lelaki Malaysia Masters 2024 menemukan jaguh perseorangan negara, Lee Zii Jia dan pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen. Final ini disifatkan istimewa buat anak jati Alor Setar, Kedah itu kerana ini final kejohanan badminton antarabangsa pertamanya di Malaysia. “Final ini amat bermakna buat saya kerana ia diadakan di tanah air saya, di […]
Adab Tinggi Viktor Axelsen Bantu Mop Lantai Gelanggang Terima Pujian

Gelagat pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen membantu mengemop lantai gelanggang mencuri perhatian warga maya baru-baru ini. Menerusi satu video yang dikongsikan akaun TikTok Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF), jaguh Denmark itu pada awalnya memberi ruang kepada atendan untuk mengelap gelanggang. Axelsen kemudiannya meminta mop diserahkan kepadanya bagi membolehkan beliau mengelap bahagian gelanggang yang dirasakan licin. […]
Lee Zii Jia & Axelsen Terima Pujian Hebat BWF

Aksi menghiburkan di antara jaguh negara, Lee Zii Jia dan bintang Denmark, Viktor Axelsen telah mendapat perhatian Persekutuan Badminton Dunia (BWF). Selasa lalu, Lee Zii Jia dan Viktor Axelsen turun ke gelanggang sebagai perseorangan pertama dalam aksi peringkat kumpulan D Thomas Cup yang menemukan Malaysia dan Denmark. Dalam aksi itu, Lee Zii Jia terpaksa akur […]
World Tour Finals: Viktor Axelsen Muncul Juara, Benam Cabaran Shi Yuqi

Pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen menamatkan kalendar tahun 2023 dengan trofi kejohanan BWF yang ketujuh selepas bergelar juara World Tour Finals (WTF) 2023. Axelsen berjaya melakukannya selepas mengatasi cabaran pemain perseorangan China, Shi Yuqi di pentas final WTF 2023. Dari segi rekod pertemuan, pemain Denmark itu berjaya mengatasi Yuqi lapan kali daripada 10 rekod […]
Japan Masters: Viktor Axelsen Hantar Pulang Ng Tze Yong

Hasrat Ng Tze Yong mencipta kejutan ke atas jaguh nombor satu dunia, Viktor Axelsen dalam pusingan kedua Japan Masters 2023 tidak kesampaian hari ini. Ini selepas jaguh Denmark itu terpaksa bekerja keras sebelum menyingkirkan pemain nombor 15 dunia itu dalam pusingan kedua kejohanan. Set pertama menyaksikan Axelsen mendahului seketika Tze Yong pada kedudukan 11-10. Bagaimanapun, […]
Terbuka Denmark: Viktor Axelsen ‘Tumbang Awal’ Berdepan Lee Zii Jia

Hasrat peminat badminton melihat Lee Zii Jia beradu dengan pemain nombor satu dunia dari Denmark, Viktor Axelsen dalam pusingan kedua Terbuka Denmark tidak kesampaian hari ini. Ini selepas bekas juara dunia perseorangan lelaki 2022 itu terpaksa menarik diri akibat kecederaan pada kaki kirinya. Berita ini turut disahkan oleh Badminton Denmark menerusi satu kenyataan ringkas di […]
Terbuka Denmark: Lee Zii Jia Nyaris Diaibkan Pemain Belgium

Juara Arctic Open 2023, Lee Zii Jia nyaris dimalukan pemain Belgium, Julien Caraggi sebelum mara ke pusingan kedua Terbuka Denmark 2023 awal pagi tadi. Anak jati Alor Setar, Kedah itu masih segar daripada kejayaan menjulang gelaran juara Arctic Open pada minggu lepas. Selain itu, dari segi ranking, Zii Jia jauh di hadapan dengan kedudukan ke-13 […]