Justin Hubner Anggap Vietnam Lawan Yang Terlalu Mudah

Pemain kacukan Indonesia, Justin Hubner menganggap Vietnam adalah lawan yang terlalu mudah untuk dihadapi. Pemain pertahanan berusia 20 tahun itu antara pemain yang berada dalam kesebelasan utama Indonesia sewaktu menentang Vietnam dalam dua perlawanan kumpulan F Kelayakan Piala Dunia 2026. Indonesia mencatat dua kemenangan berturut-turut dengan rekod jaringan 1-0 dan 3-0 sekaligus memberikan 6 mata […]
Terkini: Jurulatih Vietnam Dipecat Selepas Dimalukan Indonesia

Jurulatih Vietnam, Philippe Troussier sah dipecat daripada jawatannya setelah mengalami kekalahan memalukan di tangan Indonesia di laman sendiri dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026. Berita ini dikongsikan oleh Asean Football menerusi satu hantaran di laman Instagram yang mengesahkan kontrak jurulatih kelahiran Perancis itu ditamatkan serta-merta selepas perlawanan. “Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) menamatkan kontrak dengan […]
Indonesia ‘Hentam’ Vietnam Tanpa Belas Kasihan

Meskipun beraksi di tempat lawan, itu bukan halangan buat Indonesia meraih kemenangan kedua ke atas Vietnam dalam aksi terbaru kelayakan Piala Dunia 2026. Selepas diaibkan 1-0 di Gelora Bung Karno pada 21 Mac lepas, Vietnam yang dibimbing Philippe Troussier berharap dapat merekodkan kemenangan di Stadium Nasional My Dinh. Sementara Tim Garuda pula mahu meneruskan rentak […]
“Kualiti Liga Thailand Jauh Di Atas Indonesia” – Asnawi Mangkualam

Kapten pasukan Indonesia, Asnawi Mangkualam berpendapat bahawa tahap kualiti liga Thailand kini jauh berada di atas liga Indonesia. Pemain pertahanan berusia 25 tahun itu telah berkongsikan perkara tersebut dalam sebuah temu ramah yang dimuat naik di laman media sosial X milik Goal Indonesia. Asnawi Mangkualam menyertai pasukan Port FC pada awal tahun ini setelah hampir […]
Penjaga Gol Akui Vietnam Makin Hilang Arah

Penjaga gol Vietnam, Filip Nguyen mula gelisah melihat pasukannya menjelang pertemuan semula berdepan Indonesia dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026. Beliau yang gusar melihat penyudah tumpul pasukannya ketika perlawanan lalu menggesa agar jentera serangan lebih tajam di hadapan gawang Indonesia bagi memastikan jaringan dapat dihasilkan untuk meraih kemenangan dalam perlawanan selepas ini. Mengikut rekod data […]
Ketenangan Memukau Jay Idzes Buatkan Penyokong Indonesia Cair Hati

Pemain warisan terbaharu Indonesia, Jay Idzes tidak perlu menunggu masa yang lama untuk membuatkan penyokong Indonesia cair hati dengan aksi terbaik dipamerkan di atas padang. Dalam aksi menentang Vietnam untuk saingan pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026 tempoh hari, Idzes telah beraksi penuh 90 minit perlawanan dan Indonesia menang tipis 1-0 hasil jaringan tunggal Egy […]
Indonesia Lakar Kejutan Benam Vietnam

Indonesia mengekalkan rekod tanpa kalah ke atas Vietnam untuk tahun 2024 selepas Indonesia sekali lagi memenangi perlawanan di antara kedua-dua pasukan bagi aksi pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026 sebentar tadi. Indonesia menurunkan barisan terkuat bagi meraih kemenangan manakala Vietnam meletakkan dua bintang utama pasukan, Nguyen Quang Hai dan Nguyen Tien Linh di bangku simpanan. […]
Doan Van Hau: Kalau Mereka Bagus, Mereka Takkan Pilih Indonesia

Pertahanan kental Vietnam, Doan Van Hau menganggap kualiti pemain naturalisasi Indonesia hanyalah bertaraf Asia Tenggara. Memetik laporan VNExpress, pemain berusia 25 tahun itu menganggap tiada sebab untuk Vietnam takut berdepan Indonesia bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026. Sang Garuda dan Vietnam berada dalam Kumpulan F dengan Indonesia menghuni tangga tercorot kumpulan hasil satu mata bertemu […]
Indonesia Sisihkan Jordi Amat Lawan Vietnam

Pertahanan Indonesia, Jordi Amat bakal terlepas peluang untuk membantu Indonesia berdepan Vietnam dalam aksi kumpulan F Kelayakan Piala Dunia 2026 / Piala Asia 2027. Perkhabaran ini disahkan oleh Persatuan SepakBola Seluruh Indonesia (PSSI) menerusi kenyataan di laman web rasmi tanpa dinyatakan secara terperinci kecederaan yang dialami pemain JDT itu. Selain Jordi Amat, Indonesia juga tempang […]
Marc Klok: Vietnam Sedang ‘Ketar-Ketir’

Pemain tengah naturalisasi Indonesia, Marc Klok mengatakan pasukan Vietnam sedang ‘Ketar-Ketir’ dengan perubahan positif yang dipamerkan pasukan Indonesia sejal kebelakangan ini. Sebelum ini, tular satu kenyataan yang mencetuskan kontroversi yang mana pemain tengah Vietnam, Do Duy Manh mengatakan berdepan dengan Indonesia seperti bertemu dengan pasukan Belanda. Do Duy Manh menjelaskan ini kerana pasukan Vietnam tidak […]
Vietnam & Palestine ‘Pintas’ Kedudukan Malaysia

Dua buah negara handalan bola sepak Asia, Vietnam dan Palestine memintas kedudukan Malaysia bagi nilai pasukan selepas Piala Asia 2023. Skuad kendalian Kim Pan-gon mengharungi kempen yang agak cemerlang selepas memungut satu mata hasil keputusan seri berdepan Korea Selatan. Harimau Malaya mara ke Qatar dengan menghuni tangga ke-19 Asia selaku pasukan paling bernilai dengan 6.73 […]
“Kami Akan Lawan Belanda Atau Indonesia?” – Do Duy Manh

Pemain Vietnam, Do Duy Manh sempat menyindir mengenai lawannya, Indonesia menjelang pertemuan kedua-dua negara dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 / Piala Asia 2027. Beliau berkata, melalui maklumat yang mereka dapati, Indonesia kini berbeza apabila diperkuat dengan ramai pemain yang beraksi di luar negara seperti Justin Hubner, Sandy Walsh, Rafael Struijk dan lain-lain. “Menerusi maklumat […]
Nilai Skuad Indonesia Meningkat RM21 Juta, Hampiri Finalis Piala Asia 2023

Nilai skuad Indonesia catat peningkatan memberangsangkan selepas naik sekitar 4.08 Juta Euro (RM21 Juta) sejak Piala Asia 2023. Skuad kendalian Shin Tae-yong mempamerkan aksi membanggakan di Qatar selepas berjaya mara ke pusingan kalah mati. Sang Garuda bagaimanapun terpaksa akur dengan kehandalan Australia apabila ditundukkan 4-0 untuk menamatkan perjuangan hebat di Asia. Ketika memasuki fasa Piala […]
Vietnam Sisih 5 Pemain Tunjang Hadapi Indonesia

Skuad kebangsaan Vietnam tempang tanpa lima tonggak utama menjelang dua aksi kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Indonesia. Ini selepas Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) mengumumkan senarai pemain yang dipanggil untuk tugasan antarabangsa pada Mac ini. Lima pemain yang terpaksa disisihkan Philippe Troussier menurut TheThao247 ialah Dang Van Lam, Que Ngoc Hai, Doan Van Hau, Nguyen […]
Pertembungan Malaysia & Vietnam Jadi Kenyataan

Skuad futsal Malaysia bakal menjadi lawan Vietnam dalam dua aksi persahabatan pada bulan April. Menerusi satu hantaran oleh Asean Football, skuad negara menjadi pilihan Vietnam bagi dua aksi pemanas badan sebagai persiapan pasukan ke Piala Asia Futsal 2024. Perlawanan persahabatan ini dijadualkan berlangsung pada 6 dan 8 April hadapan namun venue masih belum diumumkan. “Perlawanan […]
Jepun Malukan Vietnam 10-0

Skuad bola sepak wanita Jepun Bawah 20 Tahun (B-20) mempamerkan dominasi mereka apabila membelasah Vietnam 10-0 hari ini. Kejayaan itu dicapai dalam aksi pertama Kumpulan B Piala Asia Wanita B-20 yang berlangsung di Stadium JAR, Tashkent, Uzbekistan. Dengan Jepun berstatus pasukan pilihan, Vietnam selaku pasukan bukan pilihan berusaha memastikan gawang mereka tidak bocor awal. Malangnya, […]