Shin Tae-Yong: Indonesia Akan Berjuang Habis-Habisan Bertemu Filipina

Ketua jurulatih Indonesia, Shin Tae-Yong menuntut agar para pemain Indonesia memberikan segalanya dalam aksi menentang Filipina. Indonesia wajib menewaskan cabaran Filipina sekiranya ingin melayakkan diri ke pusingan seterusnya kelayakan Piala Dunia 2026. Sang Garuda kini menghuni tangga kedua kumpulan F dengan mengumpul 7 mata manakala Vietnam berada di tangga ketiga dengan 6 mata. Situasi semasa […]

Kawalan Tentera Iringi Vietnam Di Iraq

Skuad kebangsaan Vietnam telah dikawal ketat sejak tiba di Iraq bagi perlawanan terakhir Kumpulan F Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Iraq yang pada 12 Jun ini. Dalam satu perkongsian oleh Asean Football, pasukan Vietnam telah dikawal oleh pihak ketenteraan Iraq dengan satu foto memperlihatkan kenderaan tentera Iraq mengiringi bas yang membawa pemain dan […]

Filipina Ajak Vietnam Bersatu Hati Tewaskan Indonesia

Pengendali Filipina, Tom Saintfiet mengharapkan sokongan penyokong Vietnam apabila turun menentang Indonesia nanti. Selepas lima perlawanan, slot kelayakan kedua Kumpulan F masih lagi terbuka membabitkan Indonesia dan Golden Star Warriors. Vietnam menghidupkan kembali peluang untuk layak selepas menewaskan Filipina 3-2 di Stadium Nasional My Dinh pada Khamis lepas. Situasi mereka turut dibantu dengan kejayaan Iraq […]

Vietnam Beri Harapan Palsu Sebelum Bangkit Tewaskan Filipina

Vietnam berjaya menewaskan cabaran Filipina dengan jaringan 3-2 dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026 bagi kumpulan F. Vietnam turun dengan formasi 3-4-3 di bawah kendalian ketua jurulatih baharu, Kim Sang-sik yang mempertaruhkan trio serangan Nguyen Quang Hai, Nguyen Tien Linh dan Nguyen Van Toan. Filipina pula tampil bermain formasi 4-2-3-1 dengan Patrick Reichelt mengetuai jentera […]

Pemain Vietnam Simpati Dengan Nasib Pengendali Baru, Kim Sang-sik

Ketua pasukan Vietnam, Do Hung Dung meluahkan rasa simpati terhadap pengendali baharu pasukan kebangsaan, Kim Sang-sik. Ini kerana Sang-sik hanya mempunyai masa lima hari sahaja untuk melatih pasukan Vietnam dalam menghadapi aksi pusingan Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Filipina esok (6 Jun). “Selepas 4 atau 5 hari latihan, semangat pemain sangat baik. Walaupun masanya singkat […]

Vietnam Bawa Dua Penjaga Gol Warisan Eropah Lawan Filipina

Vietnam mengatur persiapan kelayakan Piala Dunia 2026 dengan membawa masuk dua penjaga gol warisan Eropah, Dang Van Lam dan Filip Nguyen. Kedua-duanya menjadi sebahagian daripada 27 pemain yang dipanggil jurulatih baru Golden Star Warriors, Kim Sang-sik untuk perlawanan menentang Filipina dan Iraq. Ini menimbulkan persoalan dalam kalangan penyokong Vietnam siapa yang bakal menjadi pilihan utama […]

Vietnam Tolak Hajat Besar Malaysia

Pasukan kebangsaan Vietnam telah menolak hajat besar Malaysia. Harimau Malaya kini dalam persediaan untuk menghadapi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 untuk layak ke pusingan berikutnya. Hajat ketua jurulatih, Kim Pan-gon untuk mengadakan aksi persahabatan dengan negara Timur Tengah tidak kesampaian susulan aksi di luar kalendar FIFA. Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) juga mengesahkan bahawa terdapat […]

Nguyen Quang Hai Tinggalkan Vietnam Buat Kali Kedua

Bintang skuad kebangsaan Vietnam, Nguyen Quang Hai bakal tinggalkan negaranya buat kali kedua selepas cubaan kali pertamanya di Perancis menemui kegagalan. Media Vietnam melaporkan Quang Hai sedang diburu oleh kelab Jepun dan pemain lincah berusia 27 tahun itu bakal meninggalkan kelabnya Cong An Ha Noi (Hanoi Police FC) seawal bulan Jun ini. “Sumber berkata bahawa […]

Mano Polking Sah Bimbing Kelab Vietnam

Nama bekas jurulatih Thailand, Mano Polking kembali menjadi sebutan apabila beliau sah membimbing kelab V. League 1, Cong An Ha Noi (CAHN) FC. CAHN terpaksa mencari jurulatih baru selepas legenda Thailand, Kiatisuk Senamuang mengumumkan keputusan untuk meninggalkan pasukan itu secara mengejut baru-baru ini. Kiatisuk berbuat demikian atas alasan ingin kembali ke Thailand selepas beberapa tahun […]

Kiatisuk Senamuang Tinggalkan Vietnam Secara Mengejut

Bekas jurulatih skuad kebangsaan Thailand, Kiatisuk Senamuang telah mengutuskan sepucuk surat kepada pengerusi kelabnya, Cong An Ha Noi (CAHN) bagi menyatakan hasrat beliau untuk meletakkan jawatan sebagai ketua jurulatih kelab Vietnam tersebut. Keputusan itu agak mengejutkan banyak pihak lebih-lebih lagi Kiatisuk telah membawa CAHN dengan agak baik dan meletakkan kelab kini di kedudukan kedua Liga […]

WIAC: Malaysia Belasah Vietnam 25-0 Tanpa Bagi Peluang

Pasukan hoki dalam dewan wanita Malaysia membuka tirai kempen Women’s Indoor Asia Cup (WIAC) 2024 dengan langkah kanan apabila berpesta gol menundukkan Vietnam pada Isnin. Skuad wanita negara yang diundi di dalam kumpulan A tampil penuh berbisa untuk meledak 12 jaringan dalam separuh masa pertama manakala baki 13 gol lagi disumbat ketika babak kedua dimainkan. […]

Kerana Dadah, Lima Pemain Vietnam Ditahan

Arena bola sepak Vietnam dikejutkan dengan berita lima pemain kelab V. League 1, Hong Linh Ha Tinh ditahan pihak berkuasa kerana kesalahan dadah. Portal VNExpress melaporkan 10 orang individu termasuk lima pemain berkenaan ditahan atas kesalahan penyalahgunaan dadah. Kesemua 10 individu itu ditahan di sebuah hotel di Ha Tinh. Menurut pihak berkuasa Vietnam, kegiatan 10 […]

Insiden Safiq Rahim Tular Ke Vietnam

Insiden jenayah yang menimpa pemain tengah veteran negara, Safiq Rahim bukan saja menjadi bualan peminat bola sepak Malaysia tetapi di Vietnam. Nama pemain tengah Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) itu menjadi bualan ramai apabila beliau diserang dua orang individu tidak dikenali di Jalan Seri Gelam, Johor Bahru semalam. Kejadian ini berlaku pada jam 10.05 […]

Kim Sang-sik Sah Jurulatih Baharu Vietnam

Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) mengesahkan jurulatih Korea Selatan, Kim Sang-sik sebagai jurulatih baharu skuad senior Vietnam. Pengumuman ini disiarkan di laman sesawang rasmi VFF hari ini. Perlantikan ini menjadikan beliau jurulatih Korea Selatan kedua yang melatih Vietnam selepas rakan senegara, Park Hang-seo. “Selepas meneliti dan menyemak profil calon dengan segera, VFF telah melancarkan hubungan […]

Park Hang-seo Hambur Pujian Melangit Kepada Calon Jurulatih Vietnam

Bekas jurulatih Vietnam, Park Hang-seo mula menghamburkan pujian kepada bakal jurulatih Vietnam yang juga berasal dari Korea Selatan, Kim Sang-sik. Pada hemat Hang-seo, bakal jurulatih Vietnam itu merupakan jurulatih yang mampu merancang perjalanan kini dan juga perancangan pada masa akan datang. “Jurulatih Park Hang-seo menilai Kim Sang-sik sebagai seorang yang mempunyai kebolehan, perwatakan yang baik, […]

Vietnam Ikut Langkah Malaysia, Tagih Sentuhan Pengendali Korea Selatan

Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) bakal mengikut jejak Malaysia dengan mencari jurulatih Korea Selatan untuk mengisi jawatan jurulatih skuad senior Vietnam. ASEAN Football melaporkan VFF sedang mengadakan perbincangan dengan bekas jurulatih Jeonbuk Hyundai Motors, Kim Sang-sik. Rundingan antara kedua-dua pihak dilaporkan berjalan lancar dan berada di fasa akhir. Sekiranya VFF dan Sang-sik mampu mencapai persetujuan, […]