Vietnam Beri Tentangan Hebat Kepada Croatia Di Piala Dubai 2022

Pasukan bawah 23 tahun Vietnam memperagakan aksi yang cukup luar biasa apabila berjaya membuatkan pasukan Coratia cemas seketika sebelum tewas dengan keputusan 1-0. Keputusan itu dilihat sangat positif apabila kedua-dua pasukan beraksi dengan cukup bertenaga sepanjang 90 minit permainan. Pada perlawanan pertama tempoh hari, Vietnam memulakan aksi dengan menentang Iraq yang menyaksikan tentangan sengit berjaya […]
Vietnam Ikat Jepun, Cipta Sejarah Tersendiri

Vietnam mencatat sejarah tersendiri apabila berjaya mengikat pasukan Jepun dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2022 hari ini. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Saitama, Jepun menyaksikan anak buah Park Hang-Seo beraksi dengan cukup meyakinkan. Vietnam menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-19 perlawanan menerusi pemain sensasi, Nguyen Thanh Binh. Sepakan penjuru yang diambil Công Phượng meluru cantik […]
Bekas Pembantu Shin Tae-yong Kini Jurulatih Vietnam

Bekas pembantu jurulatih pasukan kebangsaan Indonesia, Gong Oh-kyun kini secara rasminya telah diumumkan sebagai jurulatih baharu pasukan Vietnam. Menurut satu kenyataan oleh media di Vietnam iaitu Zingnews, jurulatih kelahiran Korea Selatan itu bakal memperkuatkan pasukan bawah 23 tahun Vietnam sejurus sahaja Sukan Sea 2022. Jurulatih berusia 47 tahun itu sebelum ini difahamkan akan menjadi pembantu […]
Lesen Pro FIFA Halangan Mai Duc Chung Ke Piala Dunia Wanita 2023

Ada saja aral yang membelenggu pasukan bola sepak wanita Vietnam selepas layak ke Piala Dunia Wanita 2023. Jurulatih mereka Mai Duc Chung mahu bersara selepas Sukan SEA 2022. Dan jika Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) dapat memujuknya untuk menangguhkan keputusan itu, satu lagi halangan menanti: Lesen Kejurulatihan Pro FIFA. Mengikut peraturan FIFA, seseorang jurulatih kebangsaan […]
Vietnam Mahu Jurulatih Pasukan Bola Sepak Wanita Tangguh Persaraan

Vietnam masih dilanda euforia kerana berjaya layak ke Piala Dunia Wanita 2023. Tetapi seluruh negara dikejutkan dengan berita jurulatih pasukan wanita Mai Duc Chung mengumumkan temasya Sukan SEA pada Mei ini merupakan kejohanan terakhirnya sebagai jurulatih. Bagaimanapun, Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) mahu beliau mempertimbang semula keputusan itu. Keputusan persaraan itu diumumkan sehari selepas Vietnam […]
Vietnam Malukan China 3-1

Selepas 8 perlawanan, wakil Asia Tenggara di pusingan ke-3 Kelayakan Piala Dunia, Vietnam berjaya menewaskan China 3-1 di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi, Vietnam. Jaringan Vietnam dihasilkan oleh Ho tan Tai 9′, Nguyen Tien Linh 16′ dan Phan Van Duc 76′ manakala gol tunggal China dijaringkan oleh Xu Xin pada masa kecederaan separuh masa ke-2. […]
Saigon FC Hantar Pemain Ke Liga J2 & J3

Pembangunan akar umbi terus menjadi keutamaan kelab-kelab Liga Vietnam terutama dengan menghantar mereka beraksi di luar negara. Mereka berharap dengan pendedahan beraksi di liga asing, ia dapat memantapkan kemahiran bola sepak dan mematangkan mentaliti mereka sebagai pemain. Antara kelab yang berbuat demikian ialah Saigon FC. Dua pemain berusia 22 tahun iaitu Pham Van Luan dan […]
Cerezo Osaka Lanjut Kontrak Dang Van Lam

Penjaga gol Vietnam, Dang Van Lam berpeluang meneruskan kariernya di Liga J1 Jepun. Ini selepas Cerezo Osaka memutuskan untuk melanjutkan kontraknya selama setahun lagi. Kontrak beliau yang sepatutnya tamat Januari ini akan luput pada 31 Januari 2023. Sejak menyertai Osaka pada Januari tahun lepas, Lam hanya sempat membuat dua penampilan. Pertama, dalam saingan Liga Juara-Juara […]
Kalah Sekali, Presiden VFF Ambil ‘Tanggungjawab’ Terus Letak Jawatan

Tidak lama selepas kegagalan Vietnam layak ke final Piala AFF, Presiden Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) Le Khanh Hai mengumumkan perletakan jawatan sebagai presiden badan bola sepak Vietnam itu. Keputusan itu dibuat walaupun beliau masih mempunyai baki penggal setahun sebagai presiden persatuan paling berjaya dekad ini di rantau Asia Tenggara. Bila ditanya oleh media Vietnam […]
Park Hang-seo Berang, Arahkan Pengadil Lihat Ulang Tayang

Pengendali pasukan kebangsaan Vietnam, Park Hang-seo menyatakan kekecewaan beliau selepas pasukan kendaliannya tewas dalam perlawanan separuh akhir pertama semalam namun kekecewaan itu jelas terpapar setelah beliau mempersoalkan tindakan pengadil dalam perlawanan tersebut. Dalam satu sidang media sejurus tamat perlawanan menentang Thailand semalam, beliau meluahkan kesedihannya apabila beberapa keputusan yang diambil oleh pengadil telah menghukum pasukannya […]
Piala AFF: Thailand ‘Kitai’ Vietnam

Separuh akhir pertama saingan Piala AFF Suzuki 2020 hari ini menyaksikan pertembungan di antara Vietnam menentang Thailand. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Singapura itu menyaksikan Thailand berjaya mencatat kemenangan keatas Vietnam. Gol pertama terhasil seawal minit ke-14 permainan menerusi pemain tengah sensasi Thailand, Chanathip Sokrasin. Kesilapan pertahanan Vietnam telah dihukum kapten pasukan Thailand itu […]
Perlu Tiru Vietnam Dan Thailand, Mulakan Semula Dengan Pemain Bawah-23

Kegagalan pasukan Harimau Malaya untuk mara ke separuh akhir Piala AFF Suzuki 2020 kekal menjadi buah mulut pencinta bola sepak negara. Pemerhati bola sepak negara, Serbageth Singh atau Shebby berpendapat langkah drastik perlu dilakukan bagi memperbaiki prestasi skuad bola sepak negara pada masa akan datang. “Dengan apa yang terjadi kepada pasukan negara ketika ini, saya […]
Tan Cheng Hoe Akui Vietnam Berada Selangkah Kehadapan Berbanding Malaysia

Perlawanan Piala AFF Suzuki 2020 yang menemukan Malaysia dan Vietnam ternyata menjadi perhatian para peminat bola sepak di Asia Tenggara khususnya. Lebih-lebih lagi, Malaysia memulakan kejohanan dengan langkah kanan dengan 2 kemenangan awal menewaskan Kemboja dan Laos. Para peminat ternyata mahukan konsistensi kemenangan ini diteruskan namun sebaliknya berlaku apabila kita mudah ditewaskan Vietnam dengan jaringan […]
Zaquan Adha: Kekuatan Mental Bakal Jadi Penentu Bertemu Vietnam

Tonggak utama pasukan Negeri Sembilan, Zaquan Adha optimis skuad Harimau Malaya mampu mencipta kemenangan menentang pasukan Vietnam esok. Dalam pada itu, bekas kapten skuad kebanggsaan menyatakan bahawa perlawanan esok adalah lebih kepada permainan mental. Beliau akui bahawa barisan pemain Vietnam akan cuba menggangu mental barisan pemain kebanggsaan sepanjang permainan berlangsung. Mengulas lanjut, pemain berusia 34 […]
Pemain Vietnam Berang Tak Dapat Makan Babi, Boleh Jadi Lemah Longlai

Pasukan kebangsaan Vietnam kini menghadapi saat-saat sukar dalam kehidupan mereka apabila dilaporkan hanya diberikan makan ayam dan ikan. Media di Vietnam menganggap ianya sebagai makanan yang teruk dan pemain mula menjadi gundah gelana. Semasa sesi sidang media Piala AFF 2020, Ketua Jurulatih Vietnam, Park Hang Seo berkongsi hal ini dan ianya adalah kesukaran hakiki yang […]
Ketum PSSI Mahu ‘Ajar’ Malaysia & Vietnam, Yakin Akan Menjuari Piala AFF

Dalam satu laporan di laman rasmi PSSI, ketua umum Persatuan Bolasepak Indonesia (PSSI) dalam pertemuan bersama skuad Indonesia petang tadi optimis bahawa skuad kebangsaannya itu bakal memberi saingan yang sengit dalam kejohanan Piala AFF Suzuki Disember depan. Iriawan dalam pada itu menyatakan rasa terujanya dapat bertemu dengan para pemain sebelum skuad Garuda ini berlepas ke […]