Indonesia Pecah Rekod ASEAN

Skuad kebangsaan Indonesia kendalian Shin Tae-yong telah memecahkan rekod Asia Tenggara dengan menjadi pasukan terbaik di pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia Zon Asia. Indonesia mencipta kejutan apabila berjaya menewaskan pasukan di ranking ke-59 dunia iaitu Arab Saudi dengan keputusan 2-0 di laman sendiri. Dengan kemenangan itu, Indonesia kini mengumpul 6 mata selepas mengharungi 6 perlawanan […]

Konsert Dorong Vietnam & Singapura Tukar Venue ASEAN Cup

Isu konsert memaksa Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) dan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) menukar venue untuk aksi ASEAN Cup 2024. ASEAN Football melaporkan kedua-dua badan induk itu telah membuat permohonan menukar venue kerana khuatir konsert yang diadakan bakal menggugat kualiti padang stadium pilihan mereka. Mengikut perancangan, Singapura akan beraksi di Stadium Nasional Singapura. Manakala […]

Legenda Korea Selatan Perkuat Barisan Kejurulatihan Vietnam

Legenda bola sepak Korea Selatan, Lee Woon-jae sah menyertai barisan kejurulatihan Vietnam sebagai jurulatih penjaga gol. Perkara ini didedahkan sendiri bekas pemenang Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2001/02 itu kepada portal Sisa Journal baru-baru ini. Keadaan ini menyaksikan Woon-jae kembali bekerjasama dengan jurulatih Pahlawan Bintang Emas, Kim Sang-sik. Ini bukan kali pertama kedua-duanya bekerjasama dalam satu […]

Kejuaraan Futsal Asean: Malaysia Tumpas Di Tangan Vietnam

Malaysia terpaksa akur tumbang di tangan Vietnam dalam aksi kedua peringkat kumpulan A Kejuaraan Futsal Asean 2024 pada Isnin. Setelah cemerlang membelasah Brunei pada Ahad, pasukan negara kendalian Rakhpol Sainetngam turun pada aksi kedua peringkat kumpulan berdepan negara di ranking ke-34 dunia, Vietnam. Skuad kebangsaan menampilkan barisan yang sama dengan Syawal Sabaruddin di pintu gol […]

Hanoi Mahu Bina Stadium Kapasiti 60,000, Cecah RM19 Bilion

Kelab gergasi Vietnam, Hanoi FC merancang untuk membina sebuah stadium baru berkapasiti 60,000 orang dengan kos AS$4.5 bilion (RM19 bilion). ASEAN Football melaporkan usaha ini terhasil pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara pemilik kelab, T&T Group dengan entiti pelaburan Qatar, JTA Group. Pemeteraian ini dibuat semasa lawatan tiga Perdana Menteri Vietnam, Pham Minh Chinh ke Qatar […]

Jurulatih Vietnam Anggap Malaysia Antara 5 Pencabar Di Kejuaraan Futsal Asean

Pengendali Vietnam, Diego Giustozzi melihat skuad Malaysia antara 5 pasukan pencabar yang hebat di Kejuaraan Futsal Asean 2024. Kejuaraan Futsal Asean disertai oleh 9 buah negara di rantau Asia Tenggara dengan lima negara diketuai oleh tuan rumah, Thailand menghuni kumpulan A dan 4 lagi negara berada di kumpulan B. Vietnam, Malaysia, Brunei dan Timor Leste […]

Vietnam Sasar ‘Takluk’ ASEAN

Pengendali Vietnam, Kim Sang-sik yakin dapat merealisasikan sasaran pasukan itu layak ke final ASEAN Championship 2024. Harapan tersebut dinyatakan beliau apabila ditemu bual portal Vietnam, Tuoi Tre Online baru-baru ini. Berdasarkan empat edisi ASEAN Championship yang lalu, Vietnam telah layak ke final sebanyak dua kali. Ini termasuk kejayaan bergelar juara pada edisi 2018 dengan menewaskan […]

3 Wakil ASEAN Ke Piala Asia B-17

Thailand, Vietnam dan Indonesia bakal membawa cabaran ASEAN dalam saingan Piala Asia Bawah 17 Tahun (B-17) 2025. Ini selepas ketiga-tiga negara itu berjaya melepasi cabaran peringkat kumpulan kelayakan masing-masing. Thailand layak selaku juara Kumpulan D. Manakala Indonesia dan Vietnam masing-masing layak selaku naib juara Kumpulan G dan I. Thailand mengatasi cabaran India 3-2 dalam aksi […]

Vietnam Asah Taji Di Korea Selatan

Vietnam mengikut jejak negara serantau, Singapura dengan memilih mengadakan kem latihan di luar negara. Tidak seperti Singapura yang memilih Jepun sebagai negara pilihan, Pahlawan Bintang Emas pula memilih Korea Selatan sebagai destinasi pilihan. ASEAN Football melaporkan anak buah Kim Sang-sik bakal menjadikan Busan, Korea Selatan sebagai kem pusat mereka dari 21 November hingga awal Disember […]

Badi Penjaga Gol Vietnam Belum Terhapus

Penjaga gol Vietnam, Filip Nguyen masih belum dapat menghapuskan badi setiap kali diturunkan dalam perlawanan yang melibatkan skuad kebangsaan Vietnam. Pemain berusia 32 tahun itu masih belum merasai kemenangan bersama Vietnam ketika mana beliau diturunkan sebagai penjaga gol utama. Pada aksi persahabatan antarabangsa menentang India yang berlangsung di laman sendiri pada Sabtu, Filip Nguyen diturunkan […]

Farouk Choudhary Muncul Wira Bantu India Ikat Vietnam

Aksi antara Vietnam menentang India berakhir dengan keputusan seri 1-1 bagi perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium My Dinh. Kim Sang Sik mempertaruhkan Nguyen Filip selaku penjaga gawang utama Vietnam manakala Que Ngoc Hai memakai lilitan kapten bagi aksi ini. India pula turun dengan formasi 4-1-4-1 dengan Farouk Choudhary memegang peranan penyerang utama pasukan. Aksi separuh […]

Jurang Ranking Malaysia & Vietnam Makin Kecil

Jurang ranking Malaysia & Vietnam makin mengecil menjelang penghujung tahun 2024. Skuad kendalian Pau Marti dalam momentum cemerlang apabila menundukkan Lubnan 1-0 untuk muncul juara Pestabola Merdeka 2024. Harimau Malaya mengekalkan rekod bersih di bawah kendaliannya dengan melonjak dua tangga ke kedudukan 132 dunia. Vietnam pula tidak mengalami nasib seperti yang diharapkan apabila mengalami penurunan […]

Lubnan Bakal Terlepas Aksi Lawan Vietnam?

Naib juara Pestabola Merdeka 2024, Lubnan berpotensi terlepas aksi persahabatan antarabangsa menentang Vietnam pada 15 Oktober ini. ASEAN Football melaporkan Persatuan Bola Sepak Lubnan (LFA) memaklumkan kepada Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) bahawa mereka tidak dapat memenuhi komitmen perlawanan tersebut. Ini berlaku disebabkan tindakan rejim Israel melancarkan serangan ganas ke atas Lubnan dan menceroboh selatan […]

Kelayakan Piala Asia B-20: Syria Leburkan Rekod Tanpa Kalah Vietnam

Syria berjaya menewaskan Vietnam dalam perlawanan terakhir kumpulan A saingan Kelayakan Piala Asia B-20 2025. Vietnam sebelum ini meraih kemenangan selesa 4-1 ke atas Bangladesh manakala Syria pula menang besar 10-1 menewaskan Guam. Perlawanan antara Vietnam dan Syria bakal menentukan siapakah juara kumpulan A kempen kelayakan Piala Asia B-20 2025 setelah kedua-dua pasukan berkongsi 9 […]

Kelayakan Piala Asia B-20: Vietnam Menang Besar Atasi Bhutan

Aksi Kumpulan A kempen Kelayakan Piala Asia B-20 hari ini melibatkan pertembungan antara pasukan Vietnam dan Bhutan. Vietnam berjaya mencatat tiga mata penting dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan selepas menewaskan Bhutan dengan keputusan 5-0. Gol pembukaan perlawanan hadir seawal minit kelapan permainan menerusi Bao Long Nguyen. Jaringan awal yang diperolehi Vietnam itu menutup aksi di […]

Ranking Vietnam Jatuh 21 Tangga Tanpa Park Hang-seo

Ranking pasukan kebangsaan Vietnam jatuh kira-kira 21 anak tangga selepas ketiadaan Ketua Jurulatih, Park Hang-seo. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu berkhidmat sejak September 2017 hingga Januari 2023 berjaya memberikan kesan besar kepada kedudukan skuad Bintang Emas. Hang-seo membantu Vietnam untuk melonjak hampir 35 anak tangga daripada kedudukan ke-130 untuk memasuki kelompok 100 terbaik dunia kurang […]