FAM Pastikan Operasi VAR Selaras Protokol FIFA

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Dato’ S. Sivasundaram memaklumkan operasi sistem bantuan video pengadil (VAR) mengikut protokol Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). Kritikan terhadap sistem VAR timbul susulan beberapa keputusan kontroversi yang dibuat sistem itu dalam beberapa perlawanan Liga Super. Ini termasuk kontroversi gol pemain tengah Selangor FC, Yohandry Orozco yang dibatalkan VAR […]

FAM Didik Peminat Liga Super Berkaitan VAR

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengambil inisiatif terbaik dengan mendidik peminat bola sepak tempatan berkaitan Video Bantuan Pengadil (VAR) yang digunakan dalam saingan Liga Super musim ini. Inisiatif yang digelar ‘Program Kenali VAR’ itu diperkenalkan FAM dengan beberapa siri akan dihebahkan melalui laman sosial rasmi badan induk bola sepak negara itu. Program tersebut akan diterbitkan secara […]

MFL Cadang Tambah VAR Di Liga Malaysia

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Datuk Stuart Ramalingam mendedahkan mahu menambah unit sistem bantuan video pengadil (VAR) untuk Liga Malaysia (Liga M). Ketika ini, Liga M memiliki empat unit VAR untuk setiap perlawanan liga. Walau bagaimanapun, dua aksi pembukaan liga tidak dapat menggunakan VAR kerana masalah teknikal. Atas sebab itu, Stuart […]

Masalah Teknikal VAR Punca Gol Manuel Ott Tidak Disemak Pengadil

Isu teknikal membabitkan sistem bantuan video pengadil (VAR) kembali menjadi bualan peminat bola sepak negara sejak semalam. Sebelum ini, sistem VAR tidak dapat digunakan akibat masalah teknikal untuk dua aksi pembukaan Liga Super pada minggu lepas. Dua perlawanan yang terkesan ialah perlawanan Sri Pahang FC-Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) dan Sabah FC-Penang FC. Disebabkan […]

VAR Batalkan Dua Hajat Besar Perak & PDRM

Sistem bantuan video pengadil (VAR) menjadi penghalang kepada Perak FC dan PDRM FC daripada mendapatkan kelebihan gol dalam aksi terbaru Liga Super hari ini. Perak dan PDRM berentap di Stadium Perak hari ini untuk mendapatkan kemenangan pertama dalam liga. Ini selepas The Bos Gaurus dan The Cops masing-masing tewas kepada Terengganu FC dan Kedah Darul […]

VAR Bakal Dimansuhkan Di EPL Musim Depan?

Liga Perdana Inggeris (EPL) bakal memutuskan sama ada sistem bantuan video pengadil (VAR) akan dimansuhkan atau tidak pada musim hadapan. Express & Star melaporkan pasukan yang berpangkalan di Black Country, Wolverhampton Wanderers telah menghantar usul mencadangkan pemansuhan VAR kepada EPL. Usul ini akan dibincangkan dan dibawa ke peringkat undian dalam mesyuarat agung 20 kelab EPL […]

Pendedahan Kos Sebenar VAR Liga Super Mengejutkan

Pendedahan sebenar kos bagi membawa masuk teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) ke Liga Super amat mengejutkan. Perkara ini dinyatakan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin ketika ditemui di Wisma FAM oleh Cakap Sukan. Liga Malaysia secara rasminya telah menggunakan VAR pada aksi pertama musim 2024/25 selepas mendapat kelulusan oleh FIFA. […]

VAR Belum Matang, MFL Jangka Masalah Teknikal Akan Berlaku

Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengakui memerlukan masa untuk memastikan perlaksanaan sistem bantuan video pengadil (VAR) berada pada tahap memuaskan. Aksi pembukaan Liga Super 2024/25 menyaksikan sistem VAR tidak dapat digunakan untuk dua aksi liga. Pertama, aksi di Stadium Temerloh membabitkan Sri Pahang FC dan Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) pada Sabtu lepas. Kedua, […]

VAR Gagal Berfungsi Dua Kali Kurang 24 Jam

Video Bantuan Pengadil (VAR) dilaporkan gagal berfungsi buat kali kedua kurang 24 jam di Liga Super. Perkara ini disahkan oleh pengulas perlawanan, Wan Khairil Azwa yang bertugas bagi aksi Sabah menentang Penang di Stadium Likas. Hal ini dimaklumkan oleh Match Commisioner mengenai status VAR yang menghadapi masalah teknikal sekaligus menyebabkan ia tidak dapat digunakan. Kejadian […]

VAR ‘Lumpuh’ Pada Aksi Sri Pahang & Kelantan DN

Aksi pertama Liga Super 2024/25 antara Sri Pahang dan Kelantan Darul Naim menyaksikan VAR tidak dapat digunakan seperti yang dirancang. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Temerloh, Pahang itu menyaksikan hasrat untuk melihat Video Bantuan Pengadil (VAR) tidak dapat digunakan. Hal ini susulan terdapat masalah teknikal yang menyebabkan VAR tidak dapat digunakan pada perlawanan ini. Sistem […]

Firdaus Saiyadi: Pemain Dah Tak Boleh Berlakon Lagi

Ketua Pasukan Perak FC, Firdaus Saiyadi menyambut baik pelaksanaan Video Bantuan Pengadil (VAR) bagi saingan Liga Super 2024/2025. Bagi Firdaus, sistem VAR adalah bagus untuk dilaksanakan di Liga Malaysia dan selepas ini segala tindakan pemain akan berjaya dikesan dengan lebih terperinci. “Sistem VAR ni bagus untuk dilaksanakan di Liga Malaysia. Pemain pun dah boleh berlakon […]

Stuart Ramalingam: Ketepatan Keputusan Pengadil Lebih Penting

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Stuart Ramalingam berpandangan ketepatan keputusan pengadil lebih penting apabila sistem bantuan video pengadil (VAR) dilaksanakan. Pandangan ini dibuat selepas wujud rungutan daripada penyokong tentang tempoh masa yang diambil pengadil semasa melakukan semakan VAR dalam beberapa perlawanan pra-musim 2024/25. Tempoh semakan yang lama mengakibatkan tempoh masa tambahan […]

Penggunaan VAR Di Liga Malaysia Diluluskan FIFA

Liga Malaysia (Liga M) bakal menggunakan sistem video bantuan pengadil (VAR) bermula pada musim 2024/25. Ini selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memaklumkan penggunaan sistem berkenaan telah mendapat kelulusan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada 29 April lalu. Menurut Timbalan Presiden FAM, Dato’ S. Sivasundaram, pengiktirafan ini dilihat satu kebanggaan buat Malaysia. Ini kerana Malaysia […]

Brendan Gan Terima Hakikat

Pemain tengah KL City FC, Brendan Gan tidak melatah apabila menjadi pemain pertama yang dilayangkan kad merah menerusi semakan sistem bantuan video pengadil (VAR) semalam. Perlawanan Piala Menteri Wilayah Persekutuan 2024 antara KL City dan Negeri Sembilan FC semalam menyaksikan beberapa insiden dikesan oleh VAR. Salah satu daripadanya ialah insiden kekasaran membabitkan Brendan dan penyerang […]

Shahrom Kalam: Pengadil Lebih Dilindungi Kerana VAR

Bekas pemain pertahanan kebangsaan, Shahrom Kalam menyifatkan sistem bantuan video pengadil (VAR) amat membantu pengadil menjelang saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/25. Beliau berpandangan demikian selepas melihat sistem tersebut digunakan dalam perlawanan Piala Menteri Wilayah Persekutuan 2024 membabitkan KL City FC dan Negeri Sembilan FC semalam. Perlawanan tersebut merupakan sebahagian daripada lapan perlawanan pra-musim […]

Brendan Gan ‘Mangsa’ Pertama VAR

Pemain tengah KL City, Brendan Gan menjadi pemain pertama yang dilayangkan kad merah menerusi ulang tayang Video Bantuan Pengadil (VAR) yang baru diperkenalkan di Liga Malaysia. Perlawanan Piala Menteri Wilayah Persekutuan 2024 menemukan KL City dan Negeri Sembilan FC di Stadium Bola Sepak Cheras yang juga menjadi perlawanan ujian sistem VAR yang bakal digunakan dalam […]