Bintang AS Roma Sertai Urawa Red Diamonds

Bintang AS Roma, Ola Solbakken sah menyertai Urawa Red Diamonds secara pinjaman sehingga Jun 2024. Ola Solbakken merupakan pemain kelahiran Oslo, Norway dan dominan bermain diposisi sayap kanan selain sayap kiri pasukan. Berita perpindahan tersebut disahkan oleh Fabrizio Romano dan laman web rasmi AS Roma turut memuat naik ucapan selamat maju jaya kepada Ola Solbakken. […]
ACL: Hanoi Pastikan Juara Bertahan, Urawa Reds Tersingkir Awal

Perlawanan ke-6 peringkat kumpulan antara juara bertahan, Urawa Reds dan juga Hanoi FC menyaksikan aksi berakhir dengan kemenangan buat Hanoi. Perlawanan yang berlangsung di gelanggang kelab Vietnam itu ternyata memberi kelebihan buat mereka untuk memperagakan aksi terbaik. Urawa Reds memperoleh peluang awal apabila dihadiahkan sepakan penalti hasil kealpaan lawan namun rembatan Alexander Shclolz mudah ditempis […]
ACL: Urawa Reds Bangkit Tewaskan Wuhan Three Town

Aksi ke-5 Liga Juara-Juara AFC (ACL) menyaksikan Urawa Reds mencatatkan kemenangan dengan keputusan 2-1. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Saitama menyaksikan anak buah RafaĆ Janas turun dengan kesebelasan terbaik untuk mengesahkan slot tempat kedua terbaik kejohanan. Aksi babak pertama bermula dengan baik apabila kedua-dua pasukan saling bertukar serangan. Urawa Reds memperoleh peluang terbaik namun dinafikan […]
Penjaga Gol Urawa Red Dipercayai ‘Hilang’ Ketika Dibolosi

Hasrat Urawa Red Diamonds untuk mengejar dua pasukan teratas Liga J1 kelihat semakin mustahil apabila mereka tewas 1-2 di laman sendiri kepada pendahulu liga, Vissel Kobe. Namun disebalik kekalahan tipis yang menimpa Urawa Red itu, tindakan penjaga gol veteran mereka, Shusaku Nishikawa di minit-minit akhir perlawanan menimbulkan tanda tanya. Pada minit ke-94, Nishikawa dilihat meninggalkan […]
Urawa Reds Dalam Keadaan ‘Tenat’

Harapan Urawa Reds untuk mengejar pendahulu J1 League, Vissel Kobe terkubur apabila mereka tewas 2-1 dalam aksi terbaru liga hari ini. Dengan perbezaan mata sekitar lapan mata, juara ACL musim 2022 itu berharap dapat merapatkan jurang dengan Kobe dan Yokohama F. Marinos yang berada di tempat kedua. Babak pertama menyaksikan Kobe banyak mendominasi permainan. Bagaimanapun, […]
Jepun Hilang Tonggak Piala Dunia

Pemain pertahanan berpengalaman Jepun, Hiroki Sakai terpaksa disisihkan selama 3 bulan akibat kecederaan lutut belah kanan. Sakai merupakan tonggak penting Jepun sewaktu kejohanan Piala Dunia 22 Qatar tahun lalu dimana pasukan Samurai Biru tewas kepada Croatia menerusi penentuan sepakan penalti dalam pusingan 16. Pemain berusia 33 tahun itu merupakan sebahagian daripada skuad utama ketika Jepun […]
Gol Debut Bintang AFF Thailand Terjadi Di Asia

Bintang muda Thailand, Ekanit Panya menggamit minat peminat bola sepak ASEAN dengan gol debut dalam ACL bersama Urawa Red Diamonds. Ekanit yang menyarung jersi nombor 27 membuat kemunculan pertama ACL musim ini sebagai pemain gantian pada minit ke-73. Dan bekas pemain Muangthong United itu tidak mengecewakan apabila menyumbat gol keenam yang menembusi gawang Hanoi pada […]
ACL: Urawa Reds Bergelut Ikat Wuhan Three Towns

Juara bertahan ACL, Urawa Reds bangkit daripada ketinggalan sebelum berjaya mengikat juara Liga Super China (CSL) musim lepas, Wuhan Three Towns dalam aksi pertama Kumpulan J ACL. Urawa yang dibimbing Maciej Skorza berharap dapat mempertahankan kejuaraan ACL yang dimenangi pada musim lepas. Sementara Wuhan pula yang membuat kemunculan debut dalam kejohanan ingin mencipta kejutan terhadap […]
Bintang Piala AFF Thailand Taruhan Utama Urawa Reds Di ACL

Juara bertahan Liga Juara-Juara AFC (ACL), Urawa Reds telah menamakan bintang Thailand, Ekanit Panya dalam senarai pemain yang beraksi dalam kejohanan itu. Ini susulan keputusan AFC pada musim lepas yang membenarkan pasukan-pasukan ACL mempunyai enam pemain import. Bagaimanapun, satu kuota mestilah diisi oleh pemain Asia. Justeru, langkah Urawa menyenaraikan Ekanit sebagai satu langkah bijak sekaligus […]
Pusingan Play-Off ACL: Bali United Dibelasah Kelab Hong Kong

Kelab Liga 1 Indonesia, Bali United terlepas peluang layak ke pusingan play-off Liga Juara-Juara AFC (ACL) selepas dibelasah kelab Hong Kong, Lee Man 5-1 dalam aksi pertama play-off Stadium Hong Kong hari ini. Kedua-dua kelab sedar hanya kemenangan yang membantu mereka selangkah lebih hampir ke peringkat kumpulan ACL. Justeru, tidak hairanlah kedua-dua pasukan berusaha mencari […]
Insiden Gaduh Besar Cemari Pertembungan Dua Kelab Gergasi Jepun

Pertembungan antara dua kelab gergasi Jepun, Urawa Reds menentang Nagoya Grampus berlangsung dengan cukup baik namun insiden pergaduhan telah mencemari perlawanan tersebut. Perlawanan pusingan keempat Emperor Cup menyaksikan Nagoya Grampus mencatatkan keputusan bersejarah untuk menundukkan Urawa Reds dengan keputusan 3-0. Gol yang dijaringkan oleh Mateus, Kasper Junker, dan Ryuji Izumi menyaksikan pasukan bimbingan K. Hasegawa […]
Dibuang Tanpa Sebab, Dendam Bekas Bintang Urawa Reds Terhadap Kelabnya Terbalas

Bekas pemain Urawa Reds, Kasper Junker berjaya menebus kekecewaan terhadap bekas kelabnya sendiri apabila menjadi watak penting dalam aksi pusingan keempat Emperor Cup. Pemain berusia 29 tahun itu menerima nasib malang apabila dilepaskan oleh kelabnya ke kelab J1 League, Nagoya Grampus secara pinjaman selama satu musim. Perpindahan tersebut menjadi tanda tanya tatkala beliau memainkan peranan […]
Mengganas Di ACL, Peledak Berbisa Urawa Reds Terpaksa Tinggalkan Pasukan

Khidmat pemain serangan Urawa Red Diamonds, David Moberg Karlsson kini tidak lagi bersama The Reds selepas beliau sah berhijrah ke kelab baharu. Bintang kelahiran Sweden itu merupakan tunjang utama buat gergasi Jepun itu terutamanya ketika mengharungi kempen Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim lalu. Kelibat pemain lincah berusia 29 tahun ini sering menjadi mimpi ngeri lawan […]
Jaguh Asia, Urawa Reds Sambar Bintang Piala AFF Thailand

Kelab gergasi Jepun, Urawa Red Diamonds membuat keputusan mengejut apabila mendapatkan khidmat perancang tengah berbakat Thailand, Ekanit Panya. Juara AFC Champions League 2022 ini tertarik untuk membawa masuk bintang Asia Tenggara bagi memantapkan cabaran pasukan. Pemain berusia 23 tahun itu merupakan bintang yang cukup menyerlah dalam saingan domestik bersama Muangthong United. Beliau yang turut memperkuat […]
AFC Champions League: Urawa Reds Muncul Juara Tewaskan Al-Hilal

Pasukan gergasi J1 League, Urawa Reds secara rasminya dinobatkan selaku juara AFC Champions League (ACL) apabila menewaskan gergasi Al-Hilal. Anak didik M. Skorza bijak untuk memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri bagi aksi separuh kedua selepas terikat 1-1 di Arab Saudi. Sungguhpun 30 minit pertama jelas merupakan detik sukar buat Urawa Red Diamonds apabila dipaksa […]
Jurulatih Urawa Reds Anggap BG Pathum Lawan Yang Sebenar

Gergasi bola sepak Thailand, BG Pathum bakal beradu kekuatan dengan juara dua kali Asia, Urawa Red Diamonds dalam kejohanan Liga Juara-Juara Asia (ACL), Isnin ini ketika jurulatih kelab Jepun itu, Ricardo Rodriguez menganggap pertemuan ini cukup istimewa. Perlawanan yang bakal berlangsung di Stadium Saitama ini bakal menjanjikan kehangatan tatkala wakil dari Korea Selatan, Jeonbuk Motor […]