Kedudukan Ulsan HD Belum Selamat

Meskipun Ulsan HD mendahului carta K-League 1 ketika ini, ini bukan bermakna gelaran juara liga sudah berada dalam genggaman mereka. Ini kerana kelab yang diberi jolokan The Tigers itu perlu melepasi kumpulan Final A atau pusingan kejuaraan liga untuk musim 2024. Selepas 31 perlawanan, 12 pasukan sudah ditentukan mengikut kumpulan Final A dan Final B. […]

ACLE: Ulsan HD Tanggung Kekalahan Kepada Kawasaki Frontale

Ulsan HD membuka kempen Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) dengan langkah kiri apabila tewas 1-0 kepada Kawasaki Frontale. The Tigers semakin berkeyakinan selepas berjaya merampas takhta pendahulu K-League 1 musim 2024. Manakala Frontale pula terumbang-ambing di tangga ke-13 J1 League dan dibolosi sebanyak 42 kali musim ini. Joo Min-kyu menjadi sandaran pengendali Ulsan, Kim Pan-gon […]

Bintang Ulsan HD Dibeli Kelab UAE

Ulsan HD bakal membuka kempen Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) tanpa kelibat pemain tengah, Won Du-jae. Ini selepas Sports Chosun melaporkan pemain tengah berusia 26 itu bakal berpindah ke kelab Emiriah Arab Bersatu, Khor Fakkan. Perpindahan pemain ini timbul tatkala pasukan yang dibimbing bekas pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon bersedia menghadapi kelab Jepun, Kawasaki Frontale […]

Ulsan Kini Rampas Carta Pendahulu K-League

Ulsan HD kembali merampas carta pendahulu K-League 1 apabila mengalahkan pencabar terdekat, Gangwon FC 2-0 dalam aksi terbaru liga pada 13 September lalu. Ulsan yang dibimbing bekas pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon perlu menang ke atas Gangwon. Ini kerana kemenangan itu membantu mereka menghampiri matlamat bergelar juara liga buat kali ketiga berturut-turut. Separuh masa pertama […]

Sentuhan Kim Pan-gon Pimpin Ulsan Atasi Pohang Steelers

Magis bekas jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon terus membantu Ulsan HD memperkukuh cengkaman di persada K-League 1. Kali ini, giliran juara Korean FA Cup 2023, Pohang Steelers pula menjadi mangsa The Tigers di Stadium Bola Sepak Munsu dalam aksi terbaru liga. Perlawanan ini juga dilihat prekuel untuk final Korean FA Cup 2024 buat kedua-dua pasukan. […]

Magis Kim Pan-gon Pastikan Ulsan HD Hampiri Puncak Liga

Magis Ketua Jurulatih Ulsan HD, Kim Pan-gon membantu pasukannya menghampiri kedudukan puncak liga. Ulsan HD sekali lagi bertemu Gwangju tetapi kali ini bagi perlawanan ke-28 K-League di tempat lawan. Jaguh Korea Selatan itu beraksi dengan cukup cemerlang namun hanya mencatatkan kemenangan tipis ke atas Gwangju hasil gol tunggal Yago Cariello. Kemenangan itu membolehkan Ulsan HD […]

Gwangju Jadi ‘Mangsa’ Ulsan HD & Kim Pan-gon

Kelab Korea Selatan, Gwangju FC menjadi mangsa terbaru Ulsan HD dan Kim Pan-gon. Aksi Korean Cup itu menyaksikan Ulsan HD bergelut pada babak pertama untuk mendapatkan rentak terbaik beraksi di laman lawan. Beberapa percubaan cuba dilakukan oleh barisan serangan Ulsan menerusi Yago Cariello, Lustav Gudwigson dan juga Um Wong-sang namun menemui jalan buntu. Aksi babak […]

Komen Kim Pan-gon Selepas Tewas Kali Pertama Bersama Ulsan HD

Jurulatih Ulsan HD, Kim Pan-gon mengakui kesukaran beraksi dengan 10 orang pemain membawa kepada kekalahan pertamanya dalam saingan K-League 1 musim 2024. Ulsan berharap dapat meneruskan rentak cemerlang menentang Suwon FC selepas menewaskan Daegu pada 10 Ogos lalu. Malangnya, rentak juara K-League 1 musim 2023 itu terjejas apabila pegawai sistem bantuan video pengadil (VAR) mengesan […]

Kim Pan-gon & Ulsan HD Tanggung Kekalahan Kepada Suwon

Kim Pan-gon dan kelabnya, Ulsan HD menaggung kekalahan kepada Suwon FC. Perlawanan di laman sendiri itu menyaksikan Ulsan HD turun dengan barisan terkuat menghadapi pasukan tangga kelima liga itu. Hasrat untuk melakar kemenangan terbantut awal selepas penyerang tuan rumah, Joo Min-kyu dikayangkan kad merah pada minit ke-40. Kelebihan itu dimanfaatkan oleh Suwon apabila membuka tirai […]

Ulsan HD Akui Sukar Beraksi Di Stadium Sultan Ibrahim

Jaguh Korea Selatan, Ulsan HD mengakui detik sukar setiap kali turun beraksi di Stadium Sultan Ibrahim. Perkara ini dikongsikan oleh Pengurus Pasukan Ulsan HD, Kim Soo-hong kepada laman Harimau Malaya mengenai pertemuan kali ke-3 pasukan itu dengan skuad Harimau Selatan. Beliau mengakui bahawa kunjungan ke Stadium Sultan Ibrahim tidaklah semudah yang disangka kerana JDT sentiasa […]

Selamat Pulang Kim Pan-gon

Bekas jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon bakal kembali ke Malaysia bersama pasukan barunya, Ulsan HD. Ini selepas Ulsan bakal bersemuka dengan juara Liga Super 10 kali, Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) dalam saingan Liga Timur Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) musim 2024/25. Sebelum ini, Pan-gon memilih menyertai juara K-League 1 musim 2023 selepas mengumumkan […]

ACLE: Senarai Lengkap 4 Lawan JDT Di Stadium Sultan Ibrahim

Wakil tunggal Malaysia di AFC Champions League Elite (ACLE), Johor Darul Ta’zim (JDT) menghadapi 4 lawan hebat di Stadium Sultan Ibrahim. Berdasarkan undian yang telah dijalankan oleh AFC baru-baru ini, skuad kendalian Hector Bidoglio diundi berdepan 8 pasukan handalan Asia termasuklah jaguh Korea Selatan, Ulsan HD. Hal ini menyaksikan bekas pengendali Malaysia, Kim Pan-gon yang […]

Ulsan Hadiahkan Kim Pan-gon Kemenangan Pertama

Bekas jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon membuat permulaan baik dalam saingan K-League 1 apabila Ulsan HD merekodkan kemenangan ke atas FC Daegu. Selepas menerima tawaran juara K-League 1 musim 2023 itu sebagai pengganti jurulatih sebelumnya, Hong Myung-bo, jurulatih berusia 55 tahun itu mahu anak buahnya kembali mendapat rentak kemenangan. Ini selepas The Tigers sebelum ini […]

‘Messi Georgia’ Jadi Rekrut Pertama Kim Pan-gon Di Ulsan

Bekas jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon telah merekrut pemain import pertamanya bersama kelab Korea Selatan, Ulsan HD. Pemain kelahiran Georgia, Giorgi Arabidze disahkan menjadi pemain pertama yang dibawa masuk ke kelab gergasi Korea Selatan itu di bawah kepimpinan Pan-gon. Arabidze adalah seorang pemain yang mampu beraksi di pelbagai posisi seperti tengah menyerang dan juga di […]

Kim Pan-gon Tekad Kekalkan Penguasaan Trofi Ulsan HD

Bekas jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon mahu mengekalkan penguasaan trofi kelab barunya, Ulsan HD. Hasrat itu dinyatakan jurulatih berusia 55 tahun itu dalam satu sidang media khas yang diadakan pada 5 Ogos lalu. Tempoh empat tahun di bawah kendalian Hong Myung-bo menyaksikan The Tigers bukan saja bergelar juara K-League 1 pada 2022 dan 2023. Malah, […]

Kim Pan-gon Hadapi Ujian Berliku Di Ulsan HD

Ketua Jurulatih Ulsan HD, Kim Pan-gon menghadapi ujian awal penuh liku di Korea Selatan. Bekas pengendali Malaysia itu menamatkan tempohnya bersama Harimau Malaya lebih awal dengan hanya 2 tahun 6 bulan. Jurulatih berusia 55 tahun itu akhirnya membawa haluan ke negara kelahirannya membimbing kelab terbesar di sana. Beliau bagaimanapun bakal berdepan ujian mencabar untuk mengharungi […]