UCL: Kylian Mbappe Pimpin PSG Tewaskan Real Sociedad

Paris Saint-Germain (PSG) meraih kelebihan awal dalam pusingan 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara UEFA (UCL) dengan mengatasi Real Sociedad 2-0 pada aksi pertama awal pagi ini. Dengan PSG beraksi di gelanggang sendiri, kelebihan ini mahu dimanfaatkan kelab gergasi Perancis itu sebelum aksi kedua di San Sebastian pada 6 Mac ini. Sebaik sepak mula, kedua-dua pasukan […]

UCL: Real Madrid & Man City Dapat Laluan Mudah Di Pusingan Kalah Mati

Pusingan 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara UEFA (UCL) yang berlangsung pada tahun hadapan menyaksikan Man City dan Real Madrid mendapat laluan mudah. City yang juga juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan UCL musim lepas bakal menentang wakil Denmark, FC Copenhagen. Manakala Los Blancos pula bakal bertandang ke tempat lawan untuk menentang wakil Jerman, RB […]

UCL: PSG Ke Pusingan 16 Pasukan Terbaik, Seri Dengan Borussia Dortmund

Paris Saint-Germain (PSG) bangkit daripada ketinggalan sebelum mengikat kelab gergasi Jerman, Borussia Dortmund 1-1 dalam aksi terakhir Kumpulan F hari ini. PSG perlu menang atau seri ke atas Der BVB sambil mengharapkan Newcastle United menghalang AC Milan daripada meraih kelebihan gol dalam satu lagi aksi kumpulan. Ini kerana itu yang diperlukan anak-anak buah Luis Enrique […]

UCL: AC Milan Bangkit Singkirkan Newcastle United Dari Saingan Eropah

Newcastle United gagal melepasi peringkat kumpulan dalam saingan Liga Juara-Juara UEFA (UCL) selepas kecundang di tangan jaguh Itali, AC Milan di laman sendiri. Dalam aksi yang berlangsung di St James Park, Newcastle United yang turun untuk meraih tiga mata bagi melayakkan diri ke pusingan seterusnya dilihat beraksi cemerlang dengan asakan bertali arus ke kubu lawan. […]

UCL: Manchester City Menang Tipis Ke Atas Crvena Zvezda

Perlawanan terakhir peringkat kumpulan G bagi saingan Liga Juara-Juara Eropah menyaksikan Manchester City mudah melakar kemenangan ke atas Crvena Zvezda dengan keputusan 3-2.  Rata-rata kesebelasan utama Manchester City dibarisi dengan beberapa bintang muda di bahagian serangan seperti Oscar Bobb (20 tahun) dan Micah Hamilton (20 tahun).  Tiga gol dijaringkan oleh M. Hamilton (19), Oscar Bob (69) […]

UCL: Bayern Munich ‘Hadiahkan’ Man United Penyingkiran Awal

Man United terpaksa menelan kepahitan apabila tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara UEFA (UCL) hari ini. Ini selepas mereka tewas tipis 1-0 kepada Bayern Munich dalam aksi terakhir Kumpulan A di Old Trafford. United perlu menang hari ini jika mahu layak ke pusingan 16 pasukan terbaik UCL sebagai naib juara Kumpulan A. Begitupun, Die Roten turun […]

UCL: Galatasaray Bangkit Ikat Man United

Man United sekali lagi membazirkan peluang meraih kemenangan apabila sekadar seri 3-3 dengan kelab gergasi Turki, Galatasaray dalam aksi kelima Kumpulan A. Kedua-dua pasukan amat memerlukan kemenangan untuk mengintai peluang layak ke pusingan 16 pasukan terbaik sebagai naib juara Kumpulan A. Bagaimanapun, United terlebih dahulu di hadapan menerusi pemain sayap Argentina, Alejandro Garnacho pada minit […]

UCL: PSG Bergelut Diikat Newcastle United

Paris Saint-Germain (PSG) semakin hampir layak ke pusingan 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara UEFA (UCL) apabila seri 1-1 dengan Newcastle United awal pagi ini. Dengan persaingan dalam Kumpulan F masih terbuka, PSG memerlukan kemenangan bagi memperkukuh kedudukan sebagai pendahulu kumpulan. Sementara The Magpies pula perlu menang sekiranya mahu merampas tempat kedua daripada gergasi Jerman, Borussia […]

UCL: Man City Pamer Kebangkitan Luar Biasa Benam RB Leipzig

Liga Juara-Juara Eropah (UCL) meneruskan saingannya dengan wakil England, Manchester City melayan kunjungan kelab Jerman, RB Leipzig dalam aksi yang penuh dengan debaran awal pagi tadi. Leipzig dilihat menurunkan kesebelasan utama terbaik mereka namun sedikit berbeza buat Man City yang dilihat menurunkan penjaga gol simpanan mereka, Stefan Ortega. Perlawanan dimulakan oleh Man City. Leipzig terlebih […]

Cristiano Ronaldo & Al-Nassr Dijemput Bersaing Di Eropah

Peminat bola sepak berpeluang melihat kelibat Cristiano Ronaldo kembali beraksi dalam bola sepak Eropah. Ini selepas satu laporan yang dibawa wartawan Arab Saudi, Ali Al-Harbi menyatakan UEFA sedang berkira-kira menjemput kelab Arab Saudi itu. “UEFA berniat untuk menjemput Al-Nassr untuk menyertai UCL 2024 kerana merupakan salah satu daripada tiga kelab terkenal dalam bola sepak dan […]

Jurulatih Copenhagen Malukan Man United Secara Terbuka

Menjelang aksi EPL Man United menentang Luton Town malam ini, mereka diingatkan betapa teruknya musim mereka setakat ini. Jurulatih FC Copenhagen, Jacob Neestrup menyifatkan kemenangan 4-3 mereka ke atas United baru-baru ini sebagai perlawanan paling lemah yang perlu diharungi dalam Kumpulan A UCL. Jika tidak kerana nasib, mereka mungkin saja memiliki lebih banyak mata berbanding […]

UCL: FC Copenhagen Tundukkan Man Utd

Man Utd berdepan kemungkinan tersingkir awal dari UCL selepas tewas 4-3 kepada FC Copenhagen di Copenhagen hari ini. Barisan pemain The Red Devils tahu hanya kemenangan saja yang dapat menghidupkan peluang mara ke pusingan 16 terbaik sebagai naib juara Kumpulan A. Sementara The Lions pula memerlukan kemenangan bagi membolehkan mereka memintas kelab gergasi Turki, Galatasaray. […]

UCL: AC Milan Bangkit Tundukkan PSG

Kelab gergasi Itali, AC Milan menghidupkan peluang mara ke pusingan 16 terbaik UCL dengan menewaskan kelab gergasi Perancis, PSG hari ini. Dengan kedudukan dalam Kumpulan F masih terbuka, kedua-dua pasukan tahu kemenangan dalam perlawanan hari ini penting jika mahu layak ke pusingan seterusnya. Babak pertama menyaksikan Milan bermula dengan langkah kiri. Bekas pemain Inter Milan, […]

UEFA Mahu Denda Celtic Kerana Pertahankan Palestin

Celtic berpotensi dikenakan denda oleh UEFA susulan tindakan penyokong mereka mengibarkan bendera Palestin dalam stadium beberapa hari lepas. Terbaru, ribuan penyokong The Hoops bertindak mengibarkan bendera negara Asia Barat itu sepanjang perlawanan. Malah sebelum perlawanan UCL membabitkan Celtic dan Atletico Madrid bermula, 24 bendera Palestin bersaiz besar turut dikibarkan. Tindakan ini dilakukan biarpun Celtic mengingatkan […]

UCL: PSG Menang Bergaya Ke Atas AC Milan

Kapten Perancis, Kylian Mbappe memastikan PSG pulang dengan tiga mata dari aksi ketiga Kumpulan F UCL selepas menewaskan AC Milan 3-0 di Parc des Princes. PSG mahu bangkit semula selepas dimalukan Newcastle United dalam aksi sebelumnya di St James Park dua minggu lalu. Sementara Rossoneri pula memburu kemenangan pertama dalam Kumpulan F selepas dua kali […]

UCL: Harry Maguire & Onana Jadi Wira Man Utd Tewaskan Copenhagen

Kapten Man Utd, Harry Maguire menceriakan Old Trafford dengan menjaringkan gol kemenangan dalam perlawanan Kumpulan A UCL menentang FC Copenhagen. United berharap dapat meraih kemenangan sebagai tanda penghormatan kepada legenda mereka, Sir Bobby Charlton yang meninggal dunia pada Sabtu lepas. Sementara Copenhagen pula memburu kemenangan pertama dalam ACL musim ini selepas sebelum ini seri sekali […]