Zhafri Yahya Antara 4 Pemain Menanti Kaps Sulung Harimau Malaya

Tonggak tengah Harimau Malaya, Zhafri Yahya antara empat pemain yang sedang menanti bagi melakukan penampilan sulung buat pasukan kebangsaan. Pengendali negara, Pau Marti Vicente memanggil seramai 26 pemain bagi menghadapi 2 aksi persahabatan bertemu Laos dan India pada Jendela Antarabangsa FIFA bulan November ini. Walau bagaimanapun, 3 pemain tersebut terpaksa disisihkan iaitu pemain Johor Darul […]

3 Watak Berbisa Bantu Harimau Malaya Di Thailand

3 watak berbisa bakal membuat kemunculan dan membantu cabaran Harimau Malaya di Thailand. Skuad kendalian Pau Marti bakal berdepan cabaran hebat dua pasukan pada dua venuw berbeza bagi aksi persahabatan Tier 1 FIFA bulan November ini. Ujian pertama bakal berlangsung di Thailand apabila skuad negara bakal menentang pasukan ke-187 dunia, Laos bagi aksi pertama pada […]

Liga Super: Terengganu Beri Penang Kekalahan Ke-7

Aksi saingan Liga Super malam ini menyaksikan Terengganu berjaya merakamkan kemenangan ke atas Pulau Pinang di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Kedua-dua pasukan membarisakan kesebelasan utama terbaik bagi memburu kemenangan dalam minggu ke-15 Liga Super. Selepas setengah jam permainan, Ubaidullah Shamsul membuka jaringan pertama Terengganu menerusi tandukan selepas hantaran lintang daripada Azam Azmi Murad.  Peluang […]

Ubaidullah Shamsul Yakin Taktikal Perak Akan Berbeza

Pemain pertahanan muda Terengganu, Ubaidullah Shamsul yakin taktikal Perak akan berbeza untuk pertembungan kali kedua menentang Terengganu. Terengganu dan Perak akan bertemu sekali lagi dalam perlawanan pusingan 16 Piala FA pada 14 Jun kelak setelah bertemu pada 11 Mei lalu untuk aksi pertama Liga Super. Perlawanan lalu berkesudahan dengan kemenangan selesa 3-1 Terengganu ke atas […]

Safee Sali Harap Ubaidullah Shamsul Segera Bangkit

Bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali berharap bek tengah Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23), Ubaidullah Shamsul Fazili kembali bangkit apabila musim 2024/25 bermula. Safee berpandangan sedemikian selepas melihat kempen hambar Malaysia dalam Piala Asia B-23 2024 di Qatar baru-baru ini. Malaysia gagal merealisasikan sasaran layak ke suku akhir Piala Asia B-23 apabila menamatkan kempen Kumpulan D […]

“Muka Dia Emosi, Dua Tangan Tarik Lawan” – Mahali Jasuli

Bekas pertahanan kebangsaan, Mahali Jasuli melihat tindakan yang dilakukan oleh barisan pertahanan skuad Malaysia B-23 sedikit beremosi ketika beraksi. Beliau menjelaskan dalam sesi siaran langsung Astro Arena berkenaan keadaan perlawanan menentang Vietnam apabila anak buah Juan Torres tewas dengan keputusan 2-0. Tindakan pertahanan muda negara, Ubaidullah Shamsul yang menarik lawan ketika cuba bertahan disifatkan sebagai […]

Ubaidullah Shamsul Antara 3 Watak Kapten Di Piala Asia B-23

Pemain pertahanan meningkat naik Terengganu FC, Ubaidullah Shamsul antara tiga watak yang diberikan lilitan kapten Harimau Malaya sepanjang kempen Piala Asia B-23 di Qatar. Bek tengah versatil yang turut mampu bermain selaku pemain tengah bertahan itu berjaya meraih kepercayaan ketua jurulatih, Juan Garrido Torres bagi memikul tugas berat tersebut. Selain Ubaidullah, dua lagi pemain yang […]

Harimau Muda Tempang Tanpa Ubaidullah Shamsul

Cabaran skuad bawah 23 tahun (B-23) Malaysia di China tempang tanpa kelibat bek tengah Terengganu FC, Ubaidullah Shamsul Fazili Skuad yang dibimbing Juan Torres Garrido itu terpaksa melupakan khidmat beliau selepas mengalami kecederaan ligamen krusiat anterior (ACL) Tahap 1 dalam aksi final Piala Malaysia 2023. Biarpun kecederaan tersebut tidak memerlukan Ubaidullah menjalani pembedahan, bek tengah […]

3 Pemain Berisiko Terlepas Tiket Ke Piala Asia Saat Akhir

Tatkala persiapan Malaysia ke Piala Asia berbaki kurang sebulan sahaja lagi, beberapa pemain memberi kegusaran kepada kem negara susulan kecederaan yang dialami pada saat akhir. Aksi final Piala Malaysia 2023 antara pasukan JDT dan Terengganu FC menjadi detik yang merisaukan selepas keadaan padang yang teruk menjejaskan rentak permainan kedua-dua pasukan. Kecederaan pertama berlaku kepada pertahanan […]

Terengganu ‘Ikat’ Ubaidullah & Safwan Lebih Lama, Halang Cubaan Kelab Lembah Klang

Terengganu FC membuat tindakan pantas untuk mengekalkan khidmat duo pertahanan muda pasukan, Ubaidullah Shamsul dan juga Safwan Mazlan untuk dipancing kelab lain. Menerusi satu perkongsian rasmi oleh Terengganu FC, pasukan telah membuat keputusan untuk memgekalkan khidmat tiga pemain berbakat besar dalam tempoh yang lebih lama. Skuad Peteh berjaya memperagakan aksi cemerlang musim 2023 selepas mara […]

Ubaidullah Shamsul Disahkan Cedera ACL

Terengganu FC terpaksa melupakan khidmat pemain pertahanan yang semakin meningkat naik, Ubaidullah Shamsul Fazili. Penganalisis bola sepak, Cafiq Sahari mendedahkan Ubaidullah terpaksa berehat sekitar sebulan hingga dua bulan selepas mengalami kecederaan ligamen krusiat anterior (ACL) semasa aksi final Piala Malaysia 2023. Kecederaan tersebut dialami beliau susulan keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang kurang […]

Corbin-Ong & Ubaidullah Sah Cedera, Shane Lowry Menangis Tinggalkan Padang

Khabar duka menyelubungi kem pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC selepas beberapa bintang utama seperti La’Vere Corbin-Ong dan Ubaidullah Shamsul mengalami kecederaan. Aksi yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) menyaksikan kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik namun terpaksa membayar harga yang mahal selepas kecederaan beberapa pemain utama menjadi masalah. Keadaan pertama terjadi […]

“Sebagai Pemain Muda Memang Tak Boleh Memilih” – Ubaidullah

Pemain pertahanan muda Terengganu FC, Muhammad Ubaidullah Shamsul mengakui beliau tidak boleh bersikap memilih dan sentiasa berikan yang terbaik supaya momentum yang diingini berjaya dicapai. Ketika ditanya mengenai perubahan posisi sebelum ini akan mengganggu keselesaannya untuk turun beraksi di pentas akhir, beliau berkata, sebagai pemain muda, beliau perlu menerima cabaran itu tanpa perlu memilih mengenai […]

“Kim Pan-Gon Boleh Beri Dia Peluang” – Sulaiman Hussin

Nama Ubaidullah Shamsul bukanlah nama yang asing buat peminat bola sepak tempatan apatah lagi pemian muda itu beraksi dengan baik bersama Terengganu FC musim ini. Bekas pembantu jurulatih Kuching City FC, Sulaiman Hussin mempunyai pendapat beliau yang tersendiri mengenai kebolehan pemain muda berusia 20 tahun itu. Bagi Sulaiman, beliau melihat Ubaidullah mempunyai keistimewaan sebagai pertahanan […]

Malaysia Miliki 3 Pertahanan Muda Kelas Pertama

Skuad kebangsaan Malaysia kini memiliki 3 pertahanan muda kelas pertama yang semakin menonjolkan sisi kematangan setiap kali tampil beraksi. Malah ketiga-tiga nama ini berada dalam pantauan rapi ketua jurulatih Kim Pan-gon dan telah tersenarai dalam senarai bersedia skuad kebangsaan. 1. Harith Haiqal (21 tahun) Harith Haiqal semakin mendapat tempat selaku pertahanan tengah Selangor apabila telah […]

“Tiada Yang Mustahil Dalam Bola Sepak” – Ubaidullah Shamsul

Pertahanan muda Terengganu, Ubaidullah Shamsul kekal optimis dalam menghadapi cabaran menentang pasukan JDT apabila bakal bertemu dalam dua kejohanan berbeza. Ubaidullah yang merupakan pemain terbaik perlawanan akhir Piala MFL berjaya membantu TFC II muncul juara dan beliau turut bakal menghadapi skuad senior JDT untuk aksi akhir Piala Malaysia kelak. “Bagi saya anugerah itu bukan untuk […]