TMJ: Ramai ‘Pakar’ Dalam Selangor FC Sekarang & Mereka Tak Perlukan Bantuan

Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Idris hari ini tampil menjelaskan berkenaan bantuan yang pernah beliau salurkan kepada pasukan Selangor FC. Menurut TMJ, baginda pernah memberi sumbangan kepada pasukan Selangor suatu masa dahulu ketika Selangor dibawah kepimpinan Dato Subahan. “Saya memberi bantuan pada masa Dato Subahan dulu. Zaman-zaman Selangor masih […]

Dr. Johan Dakwa Selangor Tak Pernah Terima Bantuan Luar

Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr. Johan Kamal Hamidon menyatakan bahawa pasukan Selangor FC sebelum ini tidak pernah menerima apa-apa bantuan daripada pasukan lain. Johan Kamal tampil di laman Twitternya hari ini menjelaskan bahawa sejak kehadiran Tunku Amir Shah yang mula menerajui Selangor pada Julai 2018, Selangor FC tidak pernah menerima dana daripada pesaing-pesaing Liga […]

TMJ: Kos Padang RM7 Juta – RM10 Juta Adalah Penipu

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris mendedahkan sekali lagi anggaran kos pemasangan padang baru rumput jenis Zeon Zoysia dalam satu sesi sidang media pengumuman usahasama JDT bersama Universal Music di Johor Bahru. TMJ turut menyelar nilai asal yang digembar-gemburkan bernilai RM10 juta dan menganggapnya sebagai penipu dan membelakangi rakyat. “Awak bayangkan, sesiapa saja di sini […]

Rahsia Disebalik Dana Bantuan TMJ Ganti Padang SNBJ Dan Kaitannya Dengan Barcelona

Penyokong bola sepak Malaysia rata-ratanya berterima kasih kepada TMJ kerana membantu Perbadanan Stadium Negara menggantikan rumput sedia ada yang menggunakan rumput kerbau kepada Zoysia yang turut digunakan di Stadium Sultan Ibrahim. Umum mengetahui kualiti rumput terbaru di Stadium Sultan Ibrahim yang jelas berkualiti tinggi dan bertaraf antarabangsa yang turut dijaga rapi sehinggakan ‘benih’ rumput dari […]

Perviz Qureshi: Malaysia Miliki Seorang Yang Sangat Bagus Iaitu TMJ

Ketika diminta menjelaskan permasalahan berkaitan anaknya, Jaami Qureshi dan pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Perviz Qureshi sempat memuji DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor yang disifatkannya sebagai seorang yang berilmu dan bersemangat menguruskan bola sepak. Disebalik kekecewaannya terhadap apa yang berlaku, beliau percaya masih ada harapan buat Malaysia. Selain memuji […]

Tunku Ismail: Saya Diam Pasal Ramai Sangat Orang Pandai Yang Komen Pasal Bola Sepak

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Idris hari ini mengeluarkan satu ciapan di Twitter bagi mengulas isu yang sedang melanda bola sepak kini. Menurut Tunku Ismail, baginda kini sedang giat mengurus dan membantu mangsa-mangsa yang terlibat dengan bencana banjir. Situasi banjir di Johor ketika ini menjadi fokus utama bagi Tunku Ismail namun terdapat […]

Tunku Ismail: Saya Suka Serie A

Dalam satu hantaran di laman media sosial rasmi Tunku Ismail Idris, pemilik kelab Johor Darul Ta’zim itu menyatakan rasa teruja terhadap liga bola sepak utama di Itali, iaitu Serie-A. Tunku Ismail menzahirkan kesukannya itu dalam satu ciapannya di Twitter. “I like Serie A”, kata Tunku Ismail. Ciapan itu dibuat TMJ ketika memberi respon kepada pemilik […]

Syafiq Ahmad Zahir Penghargaan Kepada TMJ

Bagai sirih pulang ke gagang, peribahasa tersebut sinonim dengan apa yang berlaku pada pemain baru Kedah, Syafiq Ahmad. Beliau sah pulang ke pangkuan pasukan Hijau Kuning itu sebagai pemain pinjaman daripada pasukan JDT. Menurut kenyataan daripada Syafiq, beliau akui berasa terharu kerana dapat kembali ke pangkuan Kedah FC oleh kerana komitmen yang diberikan oleh pihak […]

Tunku Ismail Nafi Dakwaan Memilih Bojan Hodak Sebagai Jurulatih Harimau Malaya

Baru-baru ini telah tular satu kenyataan daripada beberapa pihak berhubung isu pemilihan ketua jurulatih Harimau Malaya. Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Idris dikatakan memilih Bojan Hodak untuk mengemudi pasukan kebangsaan. Namun hari ini Tunku Ismail telah mengeluarkan kenyataan rasmi di IG Story dimana baginda menafikan dakwaan yang dikeluarkan itu. Pemilik JDT itu menjelaskan […]

Tunku Ismail Tunaikan Impian Shukor Adan Yang Tertangguh

Setelah lebih 20 tahun bergelar pemain bola sepak profesional, Shukor Adan dengan gemilangnya mengumumkan persaraan beliau setelah membantu kelabnya, KL City FC menumpaskan Johor Darul Ta’zim untuk merangkul Piala Malaysia 2021. Persaraan beliau kini boleh dianggap sebagai persaraan yang ‘sempurna’ apabila bukan sahaja bersara dengan sebuah piala malah impian terakhir beliau sebagai pemain bola sepak […]

Tunku Ismail Tidak Mahu Ambil Pemain Bintang Berperangai Diva

Dalam satu kenyataan di laman rasmi media sosial kelab Johor Darul Ta’zim, Tunku Ismail Idris menjelaskan bahawa pasukannya sama sekali tidak berminat untuk membawa masuk pemain-pemain bintang yang berperangai diva. Menerusi kenyataan yang diterbitkan, Tunku Ismail dilihat amat tegas dalam isu pemilihan pemain. Semalam, Tunku Ismail telah mengadakan perjumpaan bersama beberapa penyokong JDT yang terdiri […]

Tunku Ismail: JDT Bukan Kelab Beri Janji Manis Dan Palsu

Dalam hantaran di IG Story Tunku Ismail Idris tempoh hari, Tunku telah tampil dengan lantang menjelaskan prinsipnya sebagai individu penting dalam mengurus sesebuah kelab. Sebagai pemilik Johor Darul Ta’zim, Tunku Ismail telah menyelar beberapa persepsi dan tanggapan negatif sesetengah masyarakat yang mengaggap JDT menjadi pasukan yang kaya melalui hasil projek-projek pembangunan di Johor. Tunku Ismail […]

Tunku Ismail: Ref Teruk, Bukan ‘Game’ Ini Sahaja

Pertembungan hangat saingan separuh akhir pertama Piala Malaysia 2021 yang menyaksikan Terengganu FC menentang Johor Darul Ta’zim telah menjadi bualan ramai. Walaupun keputusan perlawanan seri 1-1, namun banyak aksi panas yang telah mewarnai perlawanan malam tadi. Terdapat beberapa insiden kekasaran yang berlaku ketika permainan berlangsung. Tindakan pengadil yang dilihat tidak keras dalam memberi amaran dan […]

Tunku Ismail: Beri Penyokong Kebebasan Suara

Dalam satu hantaran di IG Story Tunku Ismail Idris baru-baru ini, Tunku Ismail Idris telah memberi nasihat kepada pihak pengurusan yang mengurus sesebuah kelab. Tunku menjelaskan bahawa kejayaan sesebuah kelab itu amatlah penting dalam arena bola sepak tempatan. Pemilik Johor Darul Ta’zim itu turut menyelar pihak pengurusan yang mengambil sambil lewa tentang kejayaan pasukan. Tunku […]

Datuk Justin Lim Jadikan ‘Aura’ Tunku Ismail Pacu Melaka United

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Melaka United FC, Datuk Seri Justin Lim tempoh hari telah tampil mendedahkan tentang peribadi Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang dilihat sebagai penyumbang terbesar dalam industri bola sepak Malaysia. Dalam satu video di Youtube Cakap Sukan, Datuk Seri Justin Lim berkata Tunku Ismail selalu berpesan kepada dirinya untuk sentiasa menitik beratkan soal […]