“Tawaran Zamsaham Tidak Realistik” – GSK

Gerakan Selamatkan Kelantan (GSK) menganggap bahawa tawaran pemilik kelab, Norizam Tukiman atau Zamsaham dianggap tidak realistik. Perkara ini dikongsikan oleh salah seorang pelabur The Red Warriors merangkap Pengerusi GSK, Nik Hafiz mengenai permintaan melampau oleh Zamsaham terhadap kelab tersebut. Katanya, GSK adalah gerakan sebahagian besar pelabur TRW Kelantan FC yang tidak bersetuju dan menolak Zamsaham. […]

Pelabur Mula Gerakan Tolak Zamsaham, Selamatkan TRW Kelantan?

Pelabur TRW Kelantan FC difahamkan sudah mula hilang sabar dengan Norizam Tukiman dan mahu menyelamatkan kelab. Beberapa sumber dalaman memaklumkan mengenai perkara ini selepas sebahagian besar pelabur TRW Kelantan FC yang tidak bersetuju dengan situasi semasa yang terjadi kepada kelab. Mereka juga menolak Zamsaham selain difahamkan menubuhkan Gerakan Selamatkan Kelantan FC (GSK) untuk mengembalikan TRW […]

3 Pemain Kelantan Bawa Diri Ke Indonesia

3 tonggak penting TRW Kelantan FC telah membawa diri untuk beraksi di Indonesia. The Red Warriors mengharungi musim 2023 yang cukup menghampakan apabila gagal untuk kekal bersaing dalam kancah Liga Super. Satu demi satu masalah melanda pasukan milik Norizam Tukiman sehingga tidak dapat bersaing dalam kancah Liga A1 Semi Pro. Beberapa pemain utama telah mengangkat […]

Dua Pemain Kelantan Kukuhkan Nama Di Sepanyol

Dua bekas pemain TRW Kelantan FC kini mula mencipta nama apabila beraksi di Sepanyol. The Red Warriors kini menghadapi masalah dan tidak lagi dapat beraksi dalam kancah bola sepak Malaysia. Usaha untuk menyertai saingan Liga A1 Semi Pro musim 2024/25 menemui jalan buntu apabila pasukan milik Norizam Tukiman itu tidak dapat mendaftarkan sekurang-kurangnya 20 pemain. […]

“Tinggal Kenangan” – Piya

Lagenda bola sepak Kelantan, Badhri Radzi atau mesra dikenali sebagai Piya sedih dengan keadaan yang menimpa TRW Kelantan FC. Nasib kelab gergasi Pantai Timur itu terus malang selepas tidak mampu untuk bersaing dalam kancah Liga A1 Semi Pro bagi musim 2024/25. The Red Warriors gagal melengkapkan senarai minimum 20 orang pemain untuk kekal bersaing dalam […]

Penyokong Rayu Pemilik Lepaskan Kelab

Penyokong dan bekas pemain merayu kepada Norizam Tukiman atau dikenali sebagai Zamsaham untuk melepaskan kelab TRW Kelantan FC kepada pihak yang lebih berkemampuan. Zamsaham membeli TRW pada tahun 2020 dengan harga RM6.8 juta. Beliau juga telah melangsaikan tunggakan gaji pemain dan jurulatih ketika itu bejumlah hampir RM3.8 juta. Zamsaham disambut seperti seorang hero ketika itu […]

AFL Beri Sebab TRW Kelantan Tarik Diri Saat Akhir

Amateur Football League (AFL) telah menyatakan sebab apabila TRW Kelantan FC telah membuat keputusan untuk menarik diri daripada saingan Liga A1 Semi Pro. Situasi ini juga menyebabkan saingan Liga A1 Semi-Pro MBSB Bank Championship 2024-2025 akan diteruskan dengan penyertaan 15 pasukan selepas TRW Kelantan FC menarik diri. Lima pasukan baharu dan 10 pasukan sedia ada […]

Terkini: TRW Kelantan Tarik Diri Sertai Liga A1 Semi Pro

Pasukan Pantai Timur, Kelantan FC mengumumkan telah menarik diri daripada menyertai saingan Liga A1 Semi Pro musim 2024/25. Pengumuman ini dibuat sendiri oleh pemilik pasukan itu, Norizam Tukiman menerusi satu hantaran di platform media sosial pasukan itu. Norizam yang turut dikenali dengan panggilan Zamsaham memaklumkan meskipun ini satu keputusan yang berat buat Kelantan, ia terpaksa […]

TRW Kelantan Dapat Lanjutan Masa Daftar Pemain

TRW Kelantan FC dan beberapa pasukan lagi diberikan lanjutan masa untuk mendaftar pemain bagi saingan Liga A1 Semi Pro musim ini. Perkara ini dinyatakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AFL, Mohd Raimi Fakri Mohd Fuad dalam satu sesi temubual bersama Wartawan Astro Arena, Fina Nasrom. “AFL beri lanjutan pendaftaran pemain hingga 24 Mei kpd 8 […]

Kelantan Diberi Peluang Akhir Sehingga 8 Mei

Nasib pasukan Kelantan masih belum selamat meskipun sudah mengesahkan tempat dalam saingan Liga A1 Semi Pro. Sebelum ini pihak Amateur Football League (AFL) yang diwakili oleh pengerusi, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi dan Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Raimi Fakri Mohd Fuad menjelaskan dua sebab Kelantan FC dibenarkan untuk bermain di Liga A1 Semi Pro musim […]

Kelantan Dapat Peluang Beraksi Di Liga A1 Semi Pro Dengan Dua Sebab

Penyertaan pasukan Kelantan FC dalam saingan Liga A1 Semi Pro telah mendapat penjelasan meskipun pasukan tersebut bergelut dengan isu tunggakan gaji. Sebelum ini, Amateur Football League (AFL) dalam satu kenyataan memberi nafas baharu buat Kelantan FC beraksi di Liga Malaysia apabila memberi peluang kepada pasukan milik Norizam Tukiman untuk beraksi di Liga A1 Semi Pro. […]

Lesen Kelantan Ditangguhkan, Ini 13 Kelab Bagi Saingan Liga Super 24/25

Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengumumkan bahawa 10 kelab berjaya mendapatkan Lesen Kebangsaan manakala 3 lagi kelab diberikan Lesen Kebangsaan berserta hukuman menyaksikan mereka layak bertanding dalam saingan Liga Super 2024-2025. Mesyuarat Pelesenan Kelab MFL First Instance Body (FIB) kali ke-6 yang dipengerusikan oleh Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif telah diadakan pada 18 Oktober […]

Sani Express Beri Bonus Khas Kepada Kelantan

Pemilik TRW Kelantan, Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham memaklumkan bahawa barisan pemain Kelantan mendapat bonus khas hasil kemenangan semalam, daripada Sani Express. Pasukan Kelantan telah memperoleh kemenangan yang kedua dalam saingan Liga Super musim ini selepas menewaskan Negeri Sembilan dengan keputusan 2-0 semalam. Perkara ini dikongsikan sendiri oleh Zamsaham di laman sosial Facebook miliknya […]

Bekas Tonggak Kelantan FC Diangkat Pertahanan Terbaik Di Indonesia

Kudrat bekas tonggak penting Kelantan FC kini mula menjadi bibit hangat yang diperkatakan selepas dinobatkan sebagai pemain terbaik mingguan Liga 1 Indonesia. Pemain kelahiran Filipina, Christian Rontini pernah bersama kelab Pantai Timur, Kelantan FC bermula pada awal musim 2023 selepas berpindah dari Penang FC. Perjalanan karier bintang muda berusia 23 tahun ini berdepan detik tidak […]

Bakal Pemilik Baharu Kelantan Miliki Perniagaan Lombong Emas

Entiti perniagaan yang dikatakan mahu mengambil alih pasukan Kelantan FC difahamkan memiliki kekayaan luar biasa dengan mempunyai perniagaan lombong emas. Seperti yang sedia maklum, ketika ini terdapat dua entiti perniagaan yang bersedia untuk mengambil alih The Red Warriors iaitu usahawan terkenal, Dato’ Seri Vida dan juga Erfan Gym & Fitness. Kelantan ketika ini berada dalam […]

Selangor vs Kelantan: “Tangkap Bang!” Pergaduhan Berlaku Di Luar Stadium?

Keadaan sedikit kecoh di luar Stadium MBPJ selepas dikhabarkan telah berlaku kekecohan di antara penyokong Selangor FC dan Kelantan FC. Di dalam video tersebut, terlihat beberapa anggota polis sedang mengejar individu yang terlibat. Berdasarkan apa yang dilihat kepada video tersebut, kumpulan penyokong yang melakukan kekecohan itu sememangnya agak ramai dan mereka sedang berlari sambil dikejar […]