Perak Sambung Kontrak Luciano Guaycochea?

Penyokong Perak FC bakal menerima suntikan semangat menjelang aksi pusingan 16 terbaik Piala Malaysia 2024/25. Ini selepas pengurusan The Bos Gaurus dilaporkan sudah memperbaharui kontrak kapten pasukan dari Argentina, Luciano Guaycochea sehingga tamat musim 2024/25. Khabar ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi. Untuk rekod, kontrak asal bekas pemain tengah Alianza FC itu bakal […]
Wan Rohaimi Bakal Kemudi Penang?

Bekas penyerang kebangsaan, Wan Rohaimi Wan Ismail semakin hampir menggalas peranan sebagai jurulatih baru Penang FC. Sebelum ini, pengurusan Harimau Kumbang memutuskan untuk merehatkan Akmal Rizal Ahmad Rakhli. Keputusan itu diambil kerana prestasi merudum pasukan itu dalam liga. Susulan itu, Mat Saiful Mohamad menggalas tugas sebagai pemangku jurulatih sambil dibantu pengarah teknikal pasukan, Merzagua Abderrazak. […]
Sony Norde Bakal Ke Liga 1 Indonesia

Kapten Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Sony Norde bakal berkelana ke Indonesia pada Disember ini. Ini selepas wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi mendedahkan pemain sayap Haiti berusia 35 tahun itu bakal menyertai kelab Liga 1 Indonesia, Malut United. Berita ini sekaligus menamatkan tempoh empat tahun Norde mewarnai saingan Liga Malaysia (Liga M) sejak 2020. […]
Al-Hilal Tolak Ronaldo, Buru Mo Salah

Kelab gergasi Arab Saudi, Al-Hilal dilaporkan tidak menjadikan Cristiano Ronaldo sebagai sasaran utama mereka dalam pasaran perpindahan Januari 2025. Ini kerana menurut wartawan Give Me Sport, Ben Jacobs, sasaran sebenar pasukan yang dibimbing Jorge Jesus itu ialah penyerang berbisa Liverpool dari Mesir, Mohamed Salah. Ini bukan kali pertama Salah dikaitkan dengan perpindahan ke Saudi Pro […]
Penyerang Real Madrid, Mariano Diaz Kini Ejen Bebas

Bekas bintang Real Madrid, Mariano Diaz masih lagi belum mendapat kelab dengan tahun 2024 semakin menghampiri penghujung. Nama Diaz mula dikenali selepas menyertai pasukan remaja Los Blancos pada 2012. Sejak itu, penyerang Republik Dominica itu tidak menoleh ke belakang dan meraih 84 penampilan bersama mereka. Selain Real Madrid, Diaz juga pernah beraksi untuk kelab Perancis, […]
Selangor Bayar Pampasan Kekalkan Nooa Laine

Selangor membayar pampasan kepada SJK Seinajoki untuk menukar status Nooa Laine daripada perpindahan pinjaman kepada perpindahan tetap. Perkara ini disahkan sendiri Pengarah Teknikal SJK, Richard Dorman apabila ditanya tentang status terkini pemain berusia 21 tahun itu. Beliau memaklumkan Selangor sudah mengaktifkan klausa perpindahan tetap Nooa sekaligus membolehkannya menyertai pasukan gergasi Lembah Klang itu. “Semasa musim […]
Mario Balotelli Kembali Warnai Serie A

Bekas penyerang Manchester City, Mario Balotelli kembali mewarnai saingan Serie A dengan menyertai kelab Genoa. Sebelum ini, penyerang Itali berusia 34 tahun itu berstatus ejen bebas selepas meninggalkan kelab Turkiye, Adana Demirspor pada 1 Julai lalu. Balotelli dikatakan mencari satu lagi cabaran dalam dunia bola sepak sebelum mengumumkan persaraan. Pada satu ketika, graduan akademi Inter […]
Jese Rodriguez Jadi Import Ke-8 Perkuat JDT

Bekas bintang Real Madrid, Jese Rodriguez sah menjadi tonggak import terbaru Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC). Ini selepas pengurusan Harimau Selatan mengumumkan perpindahan penyerang berusia 31 tahun itu di platform media sosial Johor Southern Tigers. “Beliau (Jese Rodriguez) sudah bermain di kelab-kelab besar dan semua divisyen utama. Pemenang Liga Juara-Juara UEFA dua kali kini […]
Selangor Sambar Nikola Jambor

Selangor terus memperkukuh cabaran musim 2024/25 dengan mendapatkan khidmat pemain tengah Croatia, Nikola Jambor. Perpindahan bekas pemain tengah Hajer FC itu diumumkan pengurusan Merah Kuning di platform media sosial rasmi mereka. “Nikola Jambor telah diumumkan secara rasmi hari ini sebagai pemain tengah terbaru untuk Selangor FC selepas Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC) beliau diluluskan yang membolehkannya […]
Ricardo Pires Sandaran Baru Gol Negeri Sembilan

Selepas melepaskan Mika Junco, Negeri Sembilan FC sah membawa masuk penyerang baru dari Brazil, Ricardo Pires. Perpindahan penyerang berusia 37 tahun itu diumumkan pengurusan Sang Rusa menerusi satu kenyataan di platform media sosial rasmi mereka. Sebelum menyertai Negeri Sembilan, Pires pernah beraksi untuk beberapa kelab Asia Tenggara. Antara kelab-kelab berkenaan ialah Persiraja Banda Aceh (Indonesia), […]
Jung Byung-ju Tinggalkan Kelantan DN

Pemain tengah Korea Selatan, Jung Byung-ju sah tidak lagi bersama pasukan Kelantan Darul Naim FC (KDN FC). Perkara ini disahkan pengurusan Sang Kijang Emas menerusi satu kenyataan di platform media sosial rasmi mereka. Byung-ju dan pengurusan Kelantan DN memutuskan untuk menamatkan kontrak yang dimeterai secara persetujuan bersama. Keputusan ini menyaksikan pemain tengah berusia 21 tahun […]
PDRM Bawa Masuk 3 Watak Baharu

PDRM FC menambah kekuatan pasukan itu dengan mengumumkan kehadiran tiga pemain baharu. Tiga pemain tersebut ialah Imran Samso dan dua pemain import dari Korea Selatan, Um Deuk dan Chang Jae-hyeok. Perpindahan ketiga-tiga pemain ini diumumkan pada 23 September lalu, sehari selepas tamat tarikh tutup tetingkap perpindahan kedua liga. Imran bukan asing dalam saingan Liga Malaysia […]