Filipina Lantik Albert Capellas Sebagai Ketua Jurulatih

Filipina bertindak pantas mendapatkan pengganti Tom Saintfiet dengan mengumumkan Albert Capellas sebagai jurulatih baru pasukan itu. Pelantikan ini diumumkan pengurusan Persekutuan Bola Sepak Filipina (PFF) menerusi satu hantaran di platform media sosial rasmi pasukan itu. Dengan pengumuman ini, pengendali interim, Norman Fegidero dijangka kembali menggalas peranan penolong jurulatih skuad senior dan jurulatih skuad Filipina Bawah […]
Norman Fegidero Galas Pemangku Jurulatih Filipina

Filipina mengumumkan Norman Fegidero sebagai pemangku jurulatih skuad senior negara itu menjelang Pestabola Merdeka 2024. Persiapan The Azkals untuk menghadapi kejohanan berprestij itu terjejas apabila Tom Saintfiet meletak jawatan sebagai ketua jurulatih. Perkara ini diumumkan Persekutuan Bola Sepak Filipina (PFF) pada 29 Ogos lalu. Menurut Pengarah Pasukan Senior Kebangsaan PFF, Freddy Gonzalez, Saintfiet berbuat demikian […]
Tom Saintfiet Tinggalkan Filipina Sebelum Hadapi Malaysia

Bekas ketua jurulatih Filipina, Tom Saintfiet mengambil keputusan untuk meninggalkan pasukan seminggu sebelum menghadapi Malaysia. Pengumuman ini dibuat oleh Pengarah Skuad Kebangsaan Filipina, Freddy Gonzalez pada Rabu yang memaklumkan Saintfiet telah meninggalkan peranan ketua jurulatih serta merta. “Tom Saintfiet akan meninggalkan peranannya sebagai ketua jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan lelaki Filipina berkuat kuasa serta-merta,” ujar […]
Jurulatih Filipina Akui Indonesia Lawan Yang Kuat

Ketua jurulatih Filipina, Tom Saintfiet mengakui Indonesia merupakan lawan yang kuat setelah pasukannya tewas 2-0 di Stadium Gelora Bung Karno. Jaringan Thom Haye dan Rizky Ridho menyaksikan Indonesia meraih tiga mata penting ke atas Filipina dan berjaya menduduki tangga kedua kumpulan F untuk ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026. Tom Saintfiet mengucapkan tahniah buat […]
Filipina Merendah Diri, Anggap Indonesia Antara Pasukan Terkuat Di Asia

Jurulatih Filipina, Tom Saintfiet menganggap lawannya, Indonesia sebagai pasukan pilihan menjelang pertemuan kedua-dua negara dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 pada Selasa. Kedua-dua pasukan pastinya mahu bangkit setelah tewas dalam aksi terdahulu kepada Iraq dan Vietnam dengan kemenangan pastinya menjadi misi mustahak buat Sang Garuda bagi memastikan tempat ke peringkat seterusnya. Ketika sidang media pra […]
Filipina Ajak Vietnam Bersatu Hati Tewaskan Indonesia

Pengendali Filipina, Tom Saintfiet mengharapkan sokongan penyokong Vietnam apabila turun menentang Indonesia nanti. Selepas lima perlawanan, slot kelayakan kedua Kumpulan F masih lagi terbuka membabitkan Indonesia dan Golden Star Warriors. Vietnam menghidupkan kembali peluang untuk layak selepas menewaskan Filipina 3-2 di Stadium Nasional My Dinh pada Khamis lepas. Situasi mereka turut dibantu dengan kejayaan Iraq […]
Filipina Bawa 10 Pemain Eropah Kekang Kemaraan Indonesia & Vietnam

Sebagai persiapan menghadapi baki dua aksi kelayakan Piala Dunia 2026 pada bulan hadapan, Filipina memanggil 10 pemain yang berpangkalan di Eropah dan Amerika Utara. ASEAN Football melaporkan antara yang menerima panggilan jurulatih Belgium, Tom Saintfiet ialah Neil Etheridge (Birmingham City), Santiago Rublico (Atletico Madrid), Paul Tabinas (Vukovar 1991), Adrian Ugelvik (Levanger) dan Scott Woods (Eik […]
Bekas Jurulatih Belgium Dilantik Bimbing Filipina

Jurulatih Belgium, Tom Saintfiet dilantik sebagai jurulatih baru skuad bola sepak Filipina berkuatkuasa hari ini. Pengumuman ini dibuat Persekutuan Bola Sepak Filipina (PFF) menerusi satu hantaran ringkas di platform media sosial rasmi mereka. Saintfiet dibawa masuk PFF menggantikan pengendali sebelumnya, Michael Weiss. “Persekutuan Bola Sepak Filipina mengalu-alukan kehadiran jurulatih baru skuad bola sepak lelaki kebangsaan […]