TNB Cup: TNB Muncul Juara, Tundukkan THT

Tenaga Nasional Berhad (TNB) memastikan mereka menggondol tiga trofi untuk musim 2024 dengan menewaskan Terengganu Hockey Team (THT) di pentas final TNB Cup. Final hari ini merupakan final trofi buat kali ketiga berturut-turut yang menemukan dua pasukan sama iaitu THT dan TNB. Selepas melihat TNB merampas dua trofi daripada mereka untuk musim 2024 iaitu Piala […]

TNB Cup: THT & TNB Sahkan Kemaraan Ke Final

Pasukan dari Pantai Timur, Terengganu Hockey Team (THT) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan kemaraan ke final TNB Cup. Ini selepas THT dan TNB berjaya mengatasi lawan masing-masing dalam aksi separuh akhir kedua yang berlangsung pada hari ini. THT yang dibimbing Mohd Harfizi Baharom terlebih dahulu layak selepas menewaskan Maybank dalam aksi separuh akhir kedua […]

“TNB Banyak Sia-Siakan Peluang” – Nor Saiful Zaini

Jurulatih TNB, Nor Saiful Zaini mengakui aspek serangan perlu diberi perhatian anak-anak buahnya meskipun berjaya menundukkan UiTM HA-KPT di separuh akhir pertama TNB Cup 2024. Beliau yang ditemui selepas perlawanan separuh akhir pertama TNB Cup 2024 berkata, kegagalan menjaringkan lebih banyak gol menjadi antara perkara yang menggusarkan beliau menjelang aksi kedua nanti. “Kita bermain dengan […]

TNB Cup: TNB ‘Sekolahkan’ UiTM HA-KPT

Aksi separuh akhir pertama TNB Cup 2024 menyaksikan keunggulan TNB untuk menundukkan UiTM HA-KPT di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil. TNB yang menyingkirkan Kuala Lumpur City pada perlawanan suku akhir yang lalu terlebih dahulu memimpin permainan menerusi penjaring terbanyak, Azrai Aizad pada minit ke-10. Azrai terus menggandakan kelebihan buat TNB dengan gol kedua tiga minit […]

Piala TNB: TNB Gah Ke Separuh Akhir, Singkirkan KL City

Skuad hoki Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan kemaraan ke separuh akhir Piala TNB edisi 2024 hari ini. Ini selepas pasukan yang dibimbing Nor Saiful Zaini itu menewaskan wakil Kuala Lumpur, KL City dalam aksi suku akhir kedua di Stadium Hoki Nasional 2. TNB memiliki kelebihan agregat yang selesa selepas membelasah KL City 7-0 dalam aksi […]

Piala TNB: TNB Berpesta Gol Ke Atas KL City

Skuad hoki Tenaga Nasional Berhad (TNB) meraih kelebihan dalam aksi suku akhir Piala TNB hari ini. Ini selepas TNB mengalahkan wakil Kuala Lumpur, Kuala Lumpur City (KL City) dalam aksi yang berlangsung di Stadium Hoki Nasional 1. Selepas dibelasah 13-0 oleh TNB dalam aksi Liga Hoki Malaysia (MHL) sebelum ini, KL City berusaha untuk memastikan […]

MHL: TNB Muncul Juara Liga, Kenduri Gol Tewaskan JM Antsbees

Tenaga Nasional Berhad (TNB) menggondol trofi kedua mereka untuk musim 2024 apabila bergelar juara Liga Hoki Malaysia (MHL). Kejayaan itu dicapai selepas mereka meraih kemenangan terbesar dalam liga untuk musim 2024 dengan membelasah Jiwa Mohan (JM) Antsbees 22-1. Firhan Ashari, Jang Jong-hyun dan Najib Abu Hassan memastikan TNB mendahului dalam tempoh tiga minit suku pertama […]

MHL: TNB Kenduri Gol Tumbangkan Liaoning Men’s HT

Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengekalkan rekod tanpa kalah mereka setelah membelasah Liaoning Men’s HT dalam saingan Malaysia Hockey League (MHL) 2024. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil menyaksikan Azrai Aizad Abu Kamal muncul wira TNB dengan lima jaringan beliau pada minit pertama, ke-26, ke-44, ke-51 dan ke-56. Selain Azrai, dua jaringan Azril […]

MHL: TNB Tepati Ramalan, Atasi Young Elephants-Pahang

Tenaga Nasional Berhad (TNB) meneruskan momentum kemenangan setelah menumbangkan Young Elephants-Pahang dalam aksi Malaysia Hockey League (MHL). TNB yang baru sahaja menjuarai Piala Sumbangsih MHL pada Rabu dilihat tiada masalah untuk menguasai perlawanan sejak minit pertama permainan. Hasilnya, pemain kebangsaan, Azrai Aizad berjaya membuka tirai jaringan menerusi pukulan kilas yang gagal diselamatkan penjaga gol lawan. […]

“Saya Tak Puas Hati Dengan Aksi Ini” – Nor Saiful Zaini

Meskipun gembira kerana berjaya merangkul gelaran juara Piala Sumbangsih Liga Hoki Malaysia (MHL), pengendali Tenaga Nasional Berhad (TNB), Nor Saiful Zaini kurang berpuas hati dengan prestasi pasukan itu. TNB muncul juara Piala Sumbangsih selepas mengatasi Terengganu Hockey Team (THT) menerusi penentuan penalti. Kedua-dua pasukan sebelum itu terikat 2-2 dalam aksi perlawanan penuh. Jang Jong-hyun dan […]

Piala Sumbangsih MHL: TNB ’Rampas’ Kejuaraan, Tewaskan THT

Tenaga Nasional Berhad (TNB) bergelar juara Piala Sumbangsih setelah menewaskan Terengganu Hockey Team (THT) pada Rabu. THT yang turun sebagai pasukan pilihan dikejutkan dengan jaringan awal oleh pemain import TNB, Jang Jong Hyun seawal minit ketiga permainan. Jaringan itu terhasil menerusi pukulan sudut penalti yang diberikan. Suku pertama perlawanan tamat dengan keputusan 1-0. Menuju ke […]