TMJ: Dulu Nak Mora Out, Sekarang Nak Mora Balik

Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim atau lebih dikenali dengan gelaran TMJ meluahkan rasa keinginan untuk ‘belajar’ dengan pakar-pakar sukan bola sepak tanah air. TMJ mengajak pakar-pakar bola sepak untuk hadir dalam sesi soal jawab bersama penyokong yang dijadualkan malam ini (20 September 2022) jam 8 malam. “Bagi […]

TMJ & RMS Duduk Semeja Bincang Pembangunan Bola Sepak

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) bertemu dengan DYTM Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafudin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor hari ini untuk tujuan perbincangan bola sepak.  Baginda Tunku yang turut disertai oleh para pegawai Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim mengadakan satu perjumpaan dengan delegasi Selangor FC di […]

TMJ Santuni Delegasi Pelajar SMK TTDI Selangor Ke JDT

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini telah meluangkan masa untuk menyantuni delegasi rombongan pelajar SMK TTDI, Selangor ke pusat latihan JDT. Kira-kira seramai 24 orang pelajar sekolah telah berpeluang untuk melihat sesi latihan skuad senior Johor Darul Ta’zim. Rombongan pelajar ini turut diiringi seramai 20 […]

“Bayar Gaji” – TMJ

Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) menyampai mesej yang cukup penting kepada Sarawak United berhubung dengan masalah tunggakan gaji para pemain mereka ketika ini. Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) ini mengingatkan Sarawak United agar segera melunaskan tanggungjawab untuk melangsaikan segala permasalahan gaji yang kini sudah pun membarah. Walau bagaimanapun, menerusi satu […]

JDT Jalin Kerjasama Antarabangsa Bernilai Jutaan Ringgit

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah pun memaklumkan bahawa mereka bakal mengadakan kolaborasi baharu dengan syarikat antarabangsa terkenal. Perjanjian ini dijangka akan diumumkan pada penghujung September tentunya menjadi perhatian oleh seluruh peminat bola sepak tanah air dan juga Asia. Menerusi satu kenyataan yang dimuat naik oleh Johor Southern Tigers, kolaborasi yang bakal diwujudkan ini […]

“Kroni Takkan Lepas Tangan?”- TMJ

Kekalahan demi kekalahan yang menimpa pasukan Selangor FC dalam saingan Liga Super musim ini jelas sekali mengundang kemarahan penyokong setia pasukan yang digelar Red Giants itu. Pada aksi Liga Super semalam, Selangor telah tewas 0-1 kepada Petaling Jaya City (PJ City) di laman sendiri. Kekalahan kepada PJ City itu merupakan kekalahan ke-4 berturut-turut Selangor dalam […]

TMJ Positif, Anggap ACL Jadi Pengajaran Terbaik Buat Pemain JDT

Pemilik Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli  Yang Amat Mulia Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyifatkan kehadiran JDT dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) memberi pengalaman berguna buat para pemain. Baginda yang lebih mesra disapa TMJ melihat kekalahan berguna 0-5 ke atas juara dua kali Asia, Urawa Red bakal menjadi pengajaran terbaik dalam usaha mereka mengorak langkah […]

TMJ: Kamu Perlu Ada Pengetahuan & Dedikasi Bagaimana Mahu Belanjakan Wang

Pemilik Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) menegaskan bahawa wang bukanlah segala-galanya bagi mengecapi kejayaan dalam bola sepak. Baginda tahu ada yang mengatakan bahawa wang mampu untuk membeli kejayaaan. TMJ dalam satu hantaran yang dimuat naik oleh Johor Southern Tigers memberi contoh mengenai situasi yang dialami oleh […]

Penyokong Kedah Tak Suka Sanusi Bertengkar Dengan TMJ

Sesi dialog di antara kelab penyokong, pengurusan, jurulatih dan pemain pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) telah dilangsungkan secara tertutup pada 14 Ogos yang lepas. Sesi dialog tersebut berlangsung dengan jayanya dan beberapa isu dalam pasukan telah dibincangkan demi menyampaikan kepada penyokong Kedah mengenai apa yang terjadi yang membuatkan prestasi tidak menentu pasukan Hijau […]

TMJ: Apa Yang Tuanku Takut Sangat Dengan Dia Ni?

Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) ada memuat naik satu kenyataan untuk menyelongkar mengenai masalah yang dialami oleh pasukan Selangor FC. Baginda dalam satu hantaran di laman Instagram rasminya mendedahkan mengenai individu yang dikatakan menjadi penyebab kepada situasi yang terjadi di Selangor ketika ini. Hal ini disebabkan prestasi terumbang-ambing pasukan telah meletakkan […]

Zamsaham Cadang MFL Atur Perlawanan Waktu Petang

Pemilik kelab Kelantan FC, Norizam Bin Tukiman memberi pendapat kepada MFL untuk mempertimbangkan perlawanan pada waktu petang sepertimana yang telah dicadangkan oleh Tunku Ismail Idris (TMJ) sebelum ini. TMJ ada meluahkan satu kenyataan dimana Baginda beranggapan perlawanan pada waktu siang memberikan waktu siaran langsung yang lebih pelbagai.  Nurizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham berpendapat […]

14 Cap Antarabangsa Argentina, TMJ Bagi Bayangan Papu Gómez Bakal Sertai JDT

Pemain pasukan kebangsaan Argentina, Papu Gomez memberi bayangan bahawa beliau bakal memperkuatkan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT). Perancang tengah berpengalaman berusia 34 tahun itu kini sedang menjadi watak utama buat pasukan yang berpangkalan di La Liga, Sevilla dan beraksi dengan cukup cemerlang buat negaranya. Walau bagaimanapun, pemilik kelab JDT, Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail […]

Media Perancis Teruja Dengan Perkembangan JDT

Prestasi memberangsangkan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) di pentas Asia telah membuka banyak pihak selain mendapat perhatian dunia. Ini juga telah menyebabkan salah sebuah portal gergasi antarabangsa, France24.com merungkai resipi kejayaan pasukan Harimau Selatan ini. Media Perancis ini telah memuat naik satu artikel yang bertajuk ‘With royal backing and a Snoop Dogg rap, Malaysia minnows […]

TMJ Dedah Cerita Sebenar Tentang Daniel Ting

Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar ibni Sultan Ibrahim (TMJ) menjelaskan berkenaan isu Daniel Ting menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT). Tujuan utama adalah untuk memberi saingan kepada Corbin Ong kerana bagi pandangan Baginda ketika ini tiada pemain yang mampu beri saingan di posisi tersebut. “Jika saya melihat posisi di pertahanan […]

TMJ Akui Gemar Perlawanan Diadakan Pada Waktu Siang

Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim (TMJ) akui menggemari suasana perlawanan Liga-M jika dilangsungkan pada waktu siang. TMJ beranggapan suasana perlawanan waktu siang (petang) memberikan suasana seperti di Eropah dengan pemandangan yang lebih baik sekaligus memberikan pilihan waktu siaran langsung yang lebih pelbagai. “Saya tiada kuasa berkenaan hal itu, itu keputusan MFL […]

Dion Cools Perkuat JDT Musim Depan

Pemain kacukan Malaysia-Belgium, Dion Cools difahamkan akan perkuat pasukan Johor Darul Ta’zim pada hujung tahun ini seperti yang dinyatakan oleh Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar ibni Sultan Ibrahim (TMJ). Menurut Tunku Ismail Idris, Baginda menyatakan bahawa Dion Cools mempunyai keinginan yang tinggi untuk menyarung jersi JDT. Dalam pada […]