Shin Tae-yong Akui Posisi Penyerang Indonesia Adalah Posisi Terlemah

Indonesia terpaksa akur dengan kehebatan Thailand selepas tewas dengan agregat 6-2 dalam final Piala AFF Suzuki 2020 yang melabuhkan tirainya semalam. Pengendali Indonesia, Shin Tae-yong memberitahu kepada wartawan selepas perlawanan bahawa terdapat kelemahan yang membuatkan mereka gagal menjulang trofi ‘agung’ bola sepak Asia Tenggara itu. Pengendali dari Korea Selatan itu akui bahawa posisi penyerang dalam […]

Shin Tae-yong: Mereka Tidak Boleh Pecat Saya

Ketua jurulatih Timnas Indonesia, Shin Tae-yong menutup khabar angin situasi kontraknya bersama Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI). Kerisauan mula timbul dalam kalangan penyokong bola sepak Indonesia yang risau seandainya jurulatih tersebut meninggalkan pasukan atau dipecat selepas dilihat menghampiri kegagalan menjuarai Piala AFF 2020 selepas tewas 0-4 kepada Thailand dalam aksi perlawanan akhir pertama. Seperti […]

Vlogger Indonesia Halunisasi Thailand Terjerat Doping, Berharap Perlawanan Diulang Semula

Media bukan arus perdana dan v-blogger Indonesia mula berhalunisasi bahawa perlawanan akhir pertama di antara Thailand dan Indonesia dibatalkan mahupun diulang semula gara-gara terdapat pemain Thailand tertangkap isu penggunaan dadah terlarang. Video dengan tajuk “AFF GEMPAR THAILAND DI DISKUALIFIKASI PERTANDINGAN HARUS DI ULANG” telahpun ditonton lebih 800 ribu kali dan kini diulang siar oleh pencipta […]

Shin Tae-yong Anggap Bola Itu Bulat, Polking Tak Puas Hati Lagi

Pertembungan akhir pertama Piala AFF 2020 di Stadium Nasional Singapura jelas memihak kepada Thailand dengan kemenangan mutlak buat pasukan bimbingan AlexandrĂ© Pölking dengan kemenangan 0-4. Timnas Indonesia dilihat sukar untuk bangkit dalam perlawanan akhir timbal balik yang dijadualkan berlangsung Sabtu ini 1 Januari 2022 dengan 4 defisit gol namun ketua jurulatih Timnas, Shin Tae-yong masih […]

Laman Sesawang PSSI Digodam, Tinggalkan Pesanan Kepada Ketum

Sejurus perlawanan akhir pertama Piala AFF 2020 tamat di antara Indonesia dan Thailand, laman sesawang rasmi Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) terus digodam oleh pasukan AnonSec. Sebuah hantaran blog dihasilkan dan artikel tersebut mengeluarkan lagu penuh semangat menjelaskan Indonesia pasti bangkit. Hantaran bertajuk “Ayo, tetap semangat di laga kedua” dicipta dan ianya membawa ke […]

Aksi Chanathip Hulur Kaki ‘Saat Akhir’ Selamatkan Gawang Thailand Menentang Indonesia

Berkelebihan 1 jaringan menerusi jaringan awal Thailand yang dihasilkan oleh Chanathip Songkrasin pada minit ke-2 perlawanan, Indonesia lantas bertali arus melakukan serangan untuki mencari gol pernyamaan. Sehinggalah pada minit ke-22, Indonesia memiliki peluang keemasan untuk menjaringkan gol, Chanathip Songkrasin sekali lagi menjadi wira buat Thailand selepas berjaya menghulur kakinya pada saat-saat akhir sebelum pemain Indonesia […]

Shin Tae-yong Bagi Amaran Keras Kepada Pemain Indonesia Yang ‘Lupa Diri’

Sejurus tamat perlawanan separuh akhir ke-2 di antara pasukan Indonesia dan Singapura, ketua jurulatih Timnas Indonesia, Shin Tae-yong ternyata berang dengan tindakan pemainnya yang melakukan provokasi. Beliau ternyata tidak selesa dengan tindakan pemain Indonesia yang beraksi di Liga Korea, Asnawi Mangkualam melakukan provokasi kepada Faris Ramli yang gagal menyempurnakan sepakan penalti pada minit-minit terakhir perlawanan. […]

Joget ‘Sekolah’ Hiasi Kemaraan Timnas Indonesia ke Final Piala AFF

Sejurus tamat perlawanan menentang Singapura, para pemain Indonesia dilihat meraikannya dengan joget persis hari pertama masuk ke sekolah. Menerusi satu ciapan yang dimuat naik oleh laman Twitter rasmi Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), para pemain berjalan sambil berjoget meraikan kejayaan mereka mara ke perlawanan akhir. Kejayaan Indonesia mara ke perlawanan akhir turut menarik perhatian […]

Egy Maulana Vikri Laung Keyakinan Indonesia Julang Piala AFF

Tahap keyakinan para pemain Indonesia semakin memuncak selepas berjaya lolos ke final Piala AFF Suzuki 2020. Indonesia berjaya menumbangkan ‘tuan rumah’ Singapura dengan agregat 5-3. Pemain muda sensasi Indonesia, Egy Maulana Vikri yakin dengan kemampuan rakan sepasukannya untuk membawa pulang Piala AFF ke Indonesia. “Target peribadi saya ialah untuk julang Piala AFF. Tetapi kita harus […]

Shin Tae-Yong Gembira Dengan Perkembangan Pemain Muda Indonesia

Ketua jurulatih Timnas Indonesia, Shin Tae-Yong berpuas hati dengan perkembangan pemain mudanya yang semakin matang menyerap tekanan. “Sebelum perlawanan akan ada perjumpaan dengan semua pemain dan saya tegaskan kepada mereka jika bolos perlu kekalkan ketenangan dan teruskan arahan barisan jurulatih.” “Saya juga minta pemain kuatkan mental dan jangan tewas berhadapan situasi satu lawan satu ketika […]

Shin Tae-Yong: Indonesia Berpotensi Menjuarai Piala AFF

Ketua Jurulatih skuad kebangsaan Indonesia, Shin Tae-Yong ingin anak buahnya bekerja keras kerana skuad kali ini dianggap berpotensi untuk menjuarai kejohanan bola sepak terbesar rantau Asia Tenggara ini. Bukan melepasi separuh akhir mahupun final sebaliknya mensasarkan menjadi juara Piala AFF 2020. “Setiap perlawanan kami akan bekerja keras dengan memikirkan kami berpotensi juara. Ia juga penting […]

Indonesia Rangka Strategi Untuk Pintas Ranking FIFA Malaysia

Ketua Umum Pasukan Kebangsaan Indonesia, Mochamad Iriawan dilihat menzahirkan rasa bangga dan terujanya dengan pencapaian terkini pasukan kebangsaannya yang berjaya melonjak beberapa anak tangga sekaligus memperbaiki kedudukan ketika ini. Sebelum ini, Indonesia berada di tangga ke-175 dunia apabila mereka memanfaatkan sebaik mungkin peluang yang terhidang apabila mencatatkan kemenangan ke atas Taiwan sebanyak dua kali dalam […]

Debut Ronaldo Kwateh Jadi Tumpuan Di Liga 1 Indonesia

Pemain muda berbakat Madura United, Ronaldo Joybera Kwateh menjadi pemain termuda dalam sejarah Liga 1 Indonesia apabila membuat penampilan bersama Madura United ketika seri menentang PS Tira hari ini. Beliau menjadi pemain termuda dalam liga itu sejak tahun 2017 ketika diberi kepercayaan untuk membarisi kesebelasan utama dalam aksi di Stadium Indomilik Arena, Tangerang. Pemain yang […]

Saddil Ramdani: Saya Mencari Rezeki Di Malaysia Dan Saya Hormati Negara Ini

Pemain sayap lincah dari Indonesia, Saddil Ramdani menjelaskan sebab beliau turut menyanyikan lagu kebangsaan Malaysia dalam aksinya ketika menyarung jersi Sabah FC musim ini. Sebuah rakaman tular yang menunjukkan Saddil turut serta menyanyikan lagu Negaraku bersama-sama pemain Malaysia yang lain ketika pasukannya menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 8 Ogos lalu. Kata Saddil kepada CNN […]

Saddil Ramdani Menyanyikan Lagu Negaraku

Dalam perlawanan Liga Super melibatkan pasukan Johor Darul Ta’zim menentang pasukan Sabah di Stadium Sultan Ibrahim, tular satu rakaman menunjukkan pemain kebangsaan Indonesia, Saddil Ramdani menyanyikan lagu Kebangsaan Malaysia, Negaraku. Pemain berumur 22 tahun ini menyertai pasukan Sri Pahang pada tahun 2019 sebelum kembali ke Liga Indonesia setahun kemudian. Baca juga: Liga Super Lonjak Nilai […]

‘Wonderkid’ Indonesia Curi Tumpuan Julang Kelantan FC

Pemain bintang muda Indonesia, Natanael Siringoringo semakin menjadi bualan hangat peminat ‘The Red Warrior’ apabila mencetak dua gol buat pasukannya, Kelantan FC. Kelantan FC berjaya menundukkan cabaran seteru terdekat, Kelantan United FC dengan jaringan 3-1 pada perlawanan ke-18 Liga Premier di Stadium Sultan Muhammad ke IV malam tadi. Gol pertama Kelantan FC hadir menerusi Nurshamil […]