Shin Tae-yong Bawa Pemain Muda Ke Piala ASEAN Mitsubishi Electric

Indonesia bakal menghantar skuad B-22 bagi menghadapi aksi Piala ASEAN Mitsubishi Electric 2024. Perkara ini disahkan oleh Ketua Jurulatih, Shin Tae-yong pada sesi perkenalan bersama Asean United di Indonesia baru-baru ini. “Ya, saya akan membawa pemain B-22 ke Piala AFF. Jadi, kemampuan pasukan akan berkurang berbanding pasukan lain. “Kami akan berusaha semaksimum mungkin dan berazam […]

Penyokong Malaysia Zahir Simpati, Jepun Pula Sudah Lali

Penyokong Malaysia menzahirkan simpati terhadap nasib Timnas Indonesia manakala Jepun seakan lali dengan situasi tersebut. Skuad kendalian Shin Tae-yong dihukum saat akhir apabila terpaksa berkongsi mata dengan pasukan ke-75 dunia, Bahrain selepas seri 2-2 awal pagi ini. Kekecewaan jelas terpancar pada reaksi pemain dan penyokong Timnas Indonesia selepas pengadil perlawanan, Ahmed Abu Bakar Al-kaf yang […]

Siaran Langsung Kelayakan Piala Dunia 2026: Indonesia vs Australia (Live Streaming)

Aksi kedua Kelayakan Piala Dunia 2026 melibatkan pertemuan antara Indonesia dan juga Australia. Pemain pertahanan kanan The Socceroos, Alessandro Circati akui kualiti yang ada pada jentera serangan Indonesia. Beliau dan rakan sepasukannya bersedia dengan ancaman itu. “Kami telah melihat mereka ditubuhkan dalam 5-4-1, sedikit blok. Mereka mempunyai beberapa pemain pantas yang cuba menyerang kami pada serangan […]

Pasukan Ke-25 Dunia ‘Tunggu’ Indonesia

Pasukan ke-25 dunia sedang menunggu Indonesia bagi aksi pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026. Skuad kendalian Shin Tae-yong berdepan dengan ujian hebat dalam menelusuri langkah ke Piala Dunia. Sang Garuda berjaya muncul naib juara pada pusingan kedua tempoh hari sekaligus melayakkan diri ke pusingan berikutnya. Indonesia bakal memulakan langkah dengan berdepan anak didik Roberto Mancini […]

Seorang Lagi Bintang Timnas Indonesia Hampiri Liga Super Malaysia?

Seorang lagi bintang Timnas Indonesia dijangka bakal menghangatkan saingan Liga Super Malaysia musim 2024/25. Umum mengetahui bahawa terdapat beberapa watak Indonesia sudah pun menghangatkan saingan di Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Antara pemain yang mengukuhkan reputasi di Liga Super ialah kapten pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Jordi Amat dan juga pemain sayap lincah Sabah, […]

3 Pasukan Gergasi Asia ‘Tunggu’ Indonesia

3 pasukan gergasi Indonesia bakal memberikan cabaran hebat kepada Sang Garuda pada pusingan Kelayakan Piala Dunia 2026. Skuad kendalian Shin Tae-yong mencatatkan pencapaian cemerlang apabila muncul naib juara kumpulan pada pusingan kedua tempoh hari. Undian oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menyaksikan ujian berliku menanti wakil tunggal Asia Tenggara apabila diundi dalam kumpulan yang begitu […]

PSSI Terbang Ke Belanda Kenal Pasti Pemain Warisan Dari Eropah

Persatuan Sepak Bola Indonesia (PSSI) telah terbang ke Belanda bagi mencari lebih ramai pemain warisan berpotensi mewakili Garuda. Indonesia kini rancak mencari pemain warisan di Eropah yany berpotensi besar untuk membantu Timnas Indonesia menjadi lebih baik. Pengarah Teknikal PSSI, Indra Sjafri dilaporkan telah terbang ke Belanda untuk mengenal pasti kelompok pemain yang berpotensi mewakili Sang […]

Ong Kim Swee Jelaskan Perbezaan Pemain Warisan Malaysia & Indonesia

Bekas pengendali Malaysia B-23, Datuk Ong Kim Swee menjelaskan perbezaan antara pemain warisan Malaysia dan Indonesia. Jurulatih pasukan Sabah FC itu kini dalam momentum terbaik apabila The Rhinos berjaya menjulang SMJ Cup selepas menundukkan KL City dengan keputusan 1-0. Beliau dalam satu temu bual bersama Harimau Malaya memberitahu bahawa terdapat jurang antara pemain warisan yang […]

Aset Inter Milan Bakal Jadi Pemain Terbaru Timnas Indonesia?

Penjaga gol Inter Milan, Emil Audero dilihat ketika ini menjadi bualan netizen tanah air berikutan kemunculan bendera Merah Putih di profil media sosial Instagram miliknya baru-baru ini. Emil Audero dalam pada itu berkongsi tentang pengalaman awal kariernya sehingga mendapat tempat ke peringkat Serie A bersama Inter Milan. Beliau menjelaskan karier awalnya bukan sebagai penjaga gawang, […]

Nilai Skuad Indonesia Meningkat RM21 Juta, Hampiri Finalis Piala Asia 2023

Nilai skuad Indonesia catat peningkatan memberangsangkan selepas naik sekitar 4.08 Juta Euro (RM21 Juta) sejak Piala Asia 2023. Skuad kendalian Shin Tae-yong mempamerkan aksi membanggakan di Qatar selepas berjaya mara ke pusingan kalah mati. Sang Garuda bagaimanapun terpaksa akur dengan kehandalan Australia apabila ditundukkan 4-0 untuk menamatkan perjuangan hebat di Asia. Ketika memasuki fasa Piala […]

Skuad Muda Indonesia Tunduk Bermaruah Kepada Uzbekistan

Skuad muda Indonesia mempamerkan aksi mengagumkan sebelum tewas kepada Uzbekistan dengan keputusan 3-2. Aksi yang berlangsung di Stadium Madyan itu menyaksikan dua gol yang dijaringkan oleh Sang Garuda tidak cukup untuk memberikan kemenangan buat pasukan. Dua gol Indonesia yang dicetak oleh Muhammad Kafiatur menit ke-32 dan Arlyansyah Abdulmanan menit ke-74 bagaimanapun dinafikan oleh lawan yang […]

Shin Tae-yong Bakal Tinggalkan Indonesia?

Ketua jurulatih Timnas Indonesia, Shin Tae-yong disebut-sebut bakal melepaskan peranannya pada bulan Jun ini selepas beberapa tahun mengemudi pasukan. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu berjaya membawa Sang Garuda ke pusingan kalah mati namun tewas besar kepada Australia dengan keputusan 4-0. Timnas Indonesia juga mengharungi tempoh yang cukup baik sejak dikendalikannya selepas naik ke kedudukan 142 […]

Detik Suram Jordi Amat & Justin Hubner

Dua pertahanan tengah Timnas Indonesia, Jordi Amat dan Justin Hubner melalui tempoh sukar selepas pasukan tewas di tangan Jepun dengan keputusan 3-1. Keadaan ini diburukkan selepas dua pemain utama pilihan ketua jurulatih, Shin Tae-yong telah berusaha sehabis baik namun sukar menandingi kehebatan lawan. Menerusi aksi antara Jepun menentang Indonesia pada 24 Januari 2024, Jordi Amat […]

AFC Asian Cup: Netizen Malaysia Sambut Baik Kemenangan Indonesia, Mohon Doa Kemenangan Malaysia Pula

AFC Asian Cup: Kemenangan Timnas Indonesia berdepan jaguh Asia Tenggara, Vietnam semalam telah mengetuk pintu hati netizen Malaysia untuk menzahirkan penghargaan kepada rakan serumpun itu. Skuad kendalian Shin Tae-yong berjaya bangkit selepas ditundukkan oleh Iraq dengan keputusan 3-1 tempoh hari. Kemenangan menerusi gol tunggal kapten pasukan, Asnawi Mangkualam sudah cukup untuk memastikan harapan Sang Garuda […]

Siaran Langsung AFC Asian Cup: Vietnam vs Indonesia (Live Streaming)

Aksi kedua peringkat kumpulan antara dua wakil Asia Tenggara, Vietnam dan Indonesia menjadi tumpuan peminat bola sepak rantau ini. Ketua jurulatih Timnas Indonesia, Shin Tae-yong tidak akan melihat kepada rekod pertemuan lalu apabila Indonesia menentang Vietnam Jumaat ini. Dalam empat pertemuan dengan Vietnam sejak mengemudi Indonesia, mereka merekodkan dua seri dan dua kekalahan tetapi bekas […]

‘Saham’ Saddil Ramdani Melonjak Tinggi Sejak Beraksi Di Liga Super Malaysia

Saham pemain sayap sensasi Indonesia, Saddil Ramdani terus melonjak sejak menapak di Liga Super Malaysia sejak beberapa musim. Pemain ini merupakan tunjang utama pasukan bimbingan Dato’ Ong Kim Swee setelah membawa cabaran pasukan untuk berada di tangga ketiga Liga Super Malaysia buat tahun kedua berturut-turut. Saddil diberi kepercayaan penuh oleh The Rhinos apabila tampil dalam […]