TNB Cup: TNB Muncul Juara, Tundukkan THT

Tenaga Nasional Berhad (TNB) memastikan mereka menggondol tiga trofi untuk musim 2024 dengan menewaskan Terengganu Hockey Team (THT) di pentas final TNB Cup. Final hari ini merupakan final trofi buat kali ketiga berturut-turut yang menemukan dua pasukan sama iaitu THT dan TNB. Selepas melihat TNB merampas dua trofi daripada mereka untuk musim 2024 iaitu Piala […]

TNB Cup: THT & TNB Sahkan Kemaraan Ke Final

Pasukan dari Pantai Timur, Terengganu Hockey Team (THT) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan kemaraan ke final TNB Cup. Ini selepas THT dan TNB berjaya mengatasi lawan masing-masing dalam aksi separuh akhir kedua yang berlangsung pada hari ini. THT yang dibimbing Mohd Harfizi Baharom terlebih dahulu layak selepas menewaskan Maybank dalam aksi separuh akhir kedua […]

THT Enggan Pandang Enteng Cabaran Maybank

Meskipun memiliki kelebihan selesa agregat 3-0, Terengganu Hockey Team (THT) tetap berwaspada dengan cabaran Maybank. Perkara ini dinyatakan oleh kapten THT, Fitri Saari selepas perlawanan separuh akhir pertama TNB Cup dengan Maybank hari ini. Selepas melihat cabaran yang diberi anak buah Azrul Affendy Bistamam hari ini, Fitri enggan memandang rendah cabaran Maybank. Ini kerana keputusan […]

TNB Cup: THT Ketepikan Cabaran Hebat Maybank

Pasukan Terengganu Hockey Team (THT) terpaksa bekerja keras sebelum menewaskan Maybank dalam aksi separuh akhir pertama TNB Cup di Stadium Hoki Nasional 1, Bukit Jalil. Maybank melihat perlawanan hari ini sebagai medan membalas dendam selepas tewas 4-3 kepada lawan sama dalam saingan Liga Hoki Malaysia (MHL). Sementara THT pula melihat Maybank sebagai halangan terakhir untuk […]

Piala TNB: THT Bermaharajalela Singkirkan Liaoning Men’s HT

THT mudah mara ke separuh akhir selepas menumbangkan wakil China, Liaoning Men’s HT dalam aksi suku akhir kedua Piala TNB 2024. THT yang cemerlang menundukkan Liaoning 5-2 di aksi pertama yang lalu berjaya membuka tirai hasil pukulan sudut penalti penyerang berbisa, Faizal Saari pada minit kelapan. Kealpaan barisan pertahanan Liaoning dihukum oleh THT dengan jaringan […]

MHL: THT Tamatkan Tentangan Sengit Maybank

Terengganu Hockey Team (THT) terpaksa menelan kepahitan setelah gagal mempertahankan kejuaraan Liga Hoki Malaysia (MHL) meskipun berjaya menewaskan Maybank dalam aksi terakhir liga. Aksi yang berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil 2 itu menyaksikan tiada sebarang jaringan dapat dihasilkan kedua-dua pasukan di suku pertama. Bersambung suku kedua, THT terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi […]

MHL: THT Unggul Tewaskan Young Elephants-Pahang

Juara bertahan Liga Hoki Malaysia (MHL) musim 2023, Terengganu Hockey Team (THT) mengekalkan rekod tanpa kalah mereka dengan menewaskan Young Elephants-Pahang 5-1 hari ini. THT memerlukan kemenangan hari ini bagi memberi tekanan ke atas dua pasukan yang menduduki kelompok teratas liga, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Maybank. Sementara Young Elephants-Pahang pula berharap dapat meraih kemenangan […]

MHL: THT Berpesta Gol Ke Atas Jiwa Mohan Antbees

Terengganu Hockey Team (THT) terus membuktikan status sebagai pasukan handalan Liga Hoki Malaysia (MHL) musim 2024. Ini selepas pasukan dari Pantai Timur itu meraih kemenangan besar ke atas Jiwa Mohan Antbees 7-1 dalam aksi terbaru MHL di Stadium Hoki Bukit Jalil 1 hari ini. THT perlu menang hari ini bagi merapatkan jurang dengan tiga pasukan […]

MHL: THT Cemerlang Belasah Liaoning

Terengganu Hockey Team (THT) kembali pamer aksi berbisa dengan membelasah pasukan hoki lelaki Liaoning dalam aksi terbaru Liga Hoki Malaysia (MHL) musim 2024. Selepas kempunan mempertahankan gelaran juara Piala Sumbangsih beberapa hari lalu, THT yang dibimbing Mohd Harfizi Baharom mahu bangkit semula. Dan pasukan dari Pantai Timur itu tidak menunggu lama membuka tirai jaringan pada […]

“Saya Tak Puas Hati Dengan Aksi Ini” – Nor Saiful Zaini

Meskipun gembira kerana berjaya merangkul gelaran juara Piala Sumbangsih Liga Hoki Malaysia (MHL), pengendali Tenaga Nasional Berhad (TNB), Nor Saiful Zaini kurang berpuas hati dengan prestasi pasukan itu. TNB muncul juara Piala Sumbangsih selepas mengatasi Terengganu Hockey Team (THT) menerusi penentuan penalti. Kedua-dua pasukan sebelum itu terikat 2-2 dalam aksi perlawanan penuh. Jang Jong-hyun dan […]

Piala Sumbangsih MHL: TNB ’Rampas’ Kejuaraan, Tewaskan THT

Tenaga Nasional Berhad (TNB) bergelar juara Piala Sumbangsih setelah menewaskan Terengganu Hockey Team (THT) pada Rabu. THT yang turun sebagai pasukan pilihan dikejutkan dengan jaringan awal oleh pemain import TNB, Jang Jong Hyun seawal minit ketiga permainan. Jaringan itu terhasil menerusi pukulan sudut penalti yang diberikan. Suku pertama perlawanan tamat dengan keputusan 1-0. Menuju ke […]

THT Pertaruh 100% Kudrat Pemain Tempatan Musim 2024

Menjelang saingan Liga Hoki Malaysia (LHM) musim 2024, juara bertahan musim lepas, Terengganu Hockey Team (THT) tampil dengan perancangan yang berbeza. THT dijangka menampilkan majoriti pemain tempatan sebagai teras utama pasukan untuk kempen tahun 2024. Ini sebahagian daripada perancangan jangka panjang pasukan itu bagi memberi lebih banyak pendedahan kepada pemain muda. Menurut jurulatih THT, Mohd […]