Lee Zii Jia & Jun Hao Rekod Catatan Smash Paling Laju

Dua bintang perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia dan Leong Jun Hao mengangkat nama Malaysia dengan catatan rekod smash terpantas ketika kejohanan Thomas Cup yang lalu. Zii Ji dan Jun Hao merupakan dua tonggak utama yang membantu skuad badminton lelaki negara mengulangi pencapaian mara ke separuh akhir Thomas Cup selepas kali terakhir pada edisi 2016. […]

Ranking BWF: Aaron Chia-Soh Wooi Yik ‘Rampas’ Tangga Ke-4 Dunia

Prestasi konsisten beregu nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik berjaya melonjakkan kedudukan mereka dalam ranking BWF. Menerusi kemas kini ranking terbaharu Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang dikeluarkan pada Selasa, pasangan negara ini kini berada di tangga keempat dunia dengan mengumpul 93215 mata. Aaron-Wooi Yik berjaya memintas kedudukan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen untuk menolak beregu […]

Thomas Cup: China Muncul Juara Kali Ke-11, Atasi Cabaran Indonesia

Tuan rumah Thomas Cup 2024, China muncul juara selepas menoktahkan cabaran Indonesia di pentas final hari ini. Kedua-dua pasukan turun dengan misi berbeza. China berharap ingin melengkapkan gelaran berganda selepas pasukan badminton wanita negara itu muncul juara Uber Cup 2024. Manakala Indonesia pula berharap dapat menamatkan kemarau kejuaraan Thomas Cup sejak tahun 2020. Selain itu, […]

Siaran Langsung Thomas Cup Final: China vs Indonesia (Live Streaming)

Aksi final Thomas Cup 2024 mencuri tumpuan apabila melibatkan pertembungan antara China dan juga Indonesia. Kedua-dua pasukan berjaya mengatasi cabaran lawan dengan cukup untuk mengesahkan slot ke final. China yang bertemu Malaysia pada aksi separuh akhir jelas menjadi pilihan utama apabila menang dengan keputusan 3-1 hasil kemenangan dua pemain perseorangan iaitu Shi Yu Qi dan […]

Thomas Cup: China Sekat Impian Final Malaysia

Hajat Malaysia mengakhiri penantian ke final Thomas Cup 2024 tidak kesampaian apabila kemaraan mereka disekat China dalam aksi separuh akhir hari ini. Selepas berjaya menyingkirkan Jepun di pentas suku akhir, Malaysia berdepan tugas sukar kerana menentang tuan rumah kejohanan, China. China pula mahu menebus kekecewaan dengan mara ke final edisi 2024 selepas disingkirkan Indonesia di […]

Siaran Langsung Thomas Cup: China vs Malaysia (Live Streaming)

Separuh akhir Thomas Cup 2024 menyaksikan Malaysia bakal berdepan tugas getir menentang gergasi badminton dunia, China pada Sabtu. Masih segar dengan kejayaan menumbangkan Jepun 3-1 di aksi suku akhir pada Khamis, skuad negara akan menghadapi satu lagi pasukan handalah dunia iaitu China di Chengdu. Pertemuan kali ini ibarat ulangan aksi final Badminton Asia Team Championship […]

Thomas Cup: Malaysia Leburkan Tentangan Sengit Jepun

Malaysia mengesahkan kemaraan ke peringkat separuh akhir Thomas Cup 2024 hari ini selepas mengatasi wakil Asia Timur, Jepun. Malaysia turun dengan misi layak ke separuh akhir selepas sebelum ini dinafikan India di pentas suku akhir Thomas Cup 2022. Sementara Jepun pula mahu menjadikan pentas suku akhir sebagai batu loncatan untuk mengulangi pencapaian juara edisi 2014. […]

Lee Zii Jia & Axelsen Terima Pujian Hebat BWF

Aksi menghiburkan di antara jaguh negara, Lee Zii Jia dan bintang Denmark, Viktor Axelsen telah mendapat perhatian Persekutuan Badminton Dunia (BWF). Selasa lalu, Lee Zii Jia dan Viktor Axelsen turun ke gelanggang sebagai perseorangan pertama dalam aksi peringkat kumpulan D Thomas Cup yang menemukan Malaysia dan Denmark. Dalam aksi itu, Lee Zii Jia terpaksa akur […]

Siaran Langsung Thomas Cup: Jepun vs Malaysia (Live Streaming)

Aksi suku akhir Thomas Cup 2024 menyaksikan pertembungan epik di antara Malaysia dan juga Jepun pada Khamis. Skuad negara yang kecundang dalam aksi terakhir peringkat kumpulan 2-3 kepada Denmark Selasa lalu bakal berdepan tugas sukar apabila diundi bertemu juara edisi 2014, Jepun di peringkat suku akhir. Dendam kekalahan kepada Jepun di final Thomas Cup 10 […]

Thomas Cup: Malaysia Tewas Tipis Di Tangan Denmark

Malaysia terpaksa berpuas hati menamatkan aksi peringkat kumpulan Thomas Cup 2024 sebagai naib juara kumpulan setelah kecundang kepada jaguh Eropah, Denmark pada Selasa. Aksi yang berlangsung di gelanggang dua ini penting buat kedua-dua negara bagi menentukan juara dan naib juara kumpulan D setelah mencatatkan dua kemenangan dalam perlawanan terdahulu. Malaysia membariskan barisan terkuat yang dimiliki […]

Siaran Langsung Thomas Cup: Malaysia vs Denmark (Live Streaming)

Perlawanan ketiga Kumpulan D Thomas Cup 2024 bakal menemukan Malaysia dan kuasa badminton Eropah, Denmark pada petang Isnin. Selepas kedua-dua pasukan berjaya mara ke suku akhir, perlawanan ini bakal menentukan pasukan mana bergelar juara Kumpulan D. Malaysia dijangka menurunkan Lee Zii Jia, Leong Jun Hao dan Justin Hoh sebagai wakil perseorangan lelaki. Sementara bekas juara […]

Haikal Nazri ‘Belanja’ Dialek Kelantan Depan Orang China

Pemain beregu lelaki negara, Haikal Nazri buat peminat badminton Malaysia tidak kering gusi bila bertutur menggunakan dialek Kelantan. Perkara ini berlaku semasa beliau dan regunya, Choong Hon Jian ditemubual SPOTV Malaysia selepas tamat perlawanan Thomas Cup 2024 antara Malaysia dan Algeria semalam. Haikal pada awalnya terkejut bila diminta bercakap dalam loghat Kelantan oleh wartawan SPOTV […]

Thomas Cup: Malaysia Catat Kemenangan Bersih Ke Atas Algeria

Malaysia mengesahkan tempat ke pusingan kalah mati Thomas Cup 2024 setelah mudah menewaskan Algeria dalam aksi di gelanggang empat. Masih segar dengan kemenangan 5-0 ke atas Hong Kong semalam, skuad negara membuat keputusan untuk merehatkan beberapa tonggak utama seperti Leong Jun Hao, Aaron Chia dan Goh Sze Fei. Lee Zii Jia yang diturunkan sebagai pemain […]

Uber Cup: Taiwan Sekat Tentangan Hebat Malaysia

Malaysia membuka kempen Uber Cup 2024 dengan langkah kiri apabila terpaksa akur dengan kehebatan Taiwan dalam aksi pertama Kumpulan B. Dengan majoriti ahli kontinjen terdiri daripada pemain muda, Malaysia dilabel pasukan bukan pilihan jika dibandingkan dengan Taiwan. Pada masa sama, label ini turut memberi kelebihan kepada skuad negara kerana dapat beraksi tanpa sebarang tekanan. Goh […]

Siaran Langsung Thomas Cup: Malaysia vs Algeria (Live Streaming)

Perlawanan kedua Kumpulan D menyaksikan pertemuan Malaysia dan Algeria pada petang Ahad. Selepas berjaya menewaskan Hong Kong 5-0 dalam aksi pembukaan Kumpulan D, skuad negara dijangka membuat perubahan kepada barisan pemain yang diturunkan untuk memburu kemenangan kedua kumpulan. Leong Jun Hao, Justin Hoh dan Cheam June Wei dijangka diturunkan barisan kejurulatihan negara untuk saingan perseorangan […]

Thomas Cup: Malaysia Benam Cabaran Hong Kong

Kontinjen Malaysia membuka kempen Thomas Cup 2024 dengan langkah kanan apabila mengatasi cabaran Hong Kong dalam aksi pertama Kumpulan D. Kedua-dua pasukan tahu kemenangan perlu diraih untuk meningkatkan peluang merebut slot naib juara kumpulan. Ini ditambah dengan fakta pasukan pilihan iaitu Denmark turut berada dalam kumpulan sama. Satu lagi pasukan dalam Kumpulan D ialah wakil […]