Kim Pan-gon: Kamu Boleh Salahkan Saya, Tapi Bukan Pemain

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon amat berpuas hati dengan usaha yang tidak mengenal erti penat lelah daripada barisan pemain Harimau Malaya dalam kempen Piala AFF kali ini. Malaysia terpaksa menelan hakikat apabila perjuangan kali ini terhenti susulan kekalahan 3-0 ke atas juara bertahan, Thailand. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu bagaimanapun tidak mahu menyalahkan para […]

Info Siaran Langsung Thailand vs Malaysia | Piala AFF 2022 | 2nd Leg

Pertembungan antara pasukan Thailand vs Malaysia pada pusingan timbal balik di Stadium Tamassat malam ini bakal menentukan pasukan yang mara ke pentas akhir. Anak didik Kim Pan-gon turun ke tempat lawan dalam momentum terbaik berbekalkan kelebihan satu jaringan yang dibawa dari Stadium Nasional Bukit Jalil hasil ledakan Faisal Halim. Malaysia sudah tentu ingin mengulangi pencapaian […]

Jurulatih Chonburi Anggap Piala AFF Kali Ini Paling Teruk

Kemeriahan Piala AFF 2022 sedikit tercalar akibat mutu pengadilan yang lemah dalam beberapa perlawanan. Dan ini mendorong jurulatih Chonburi, Sasom Pobprasert melabel kejohanan kali ini sebagai yang paling teruk pernah disaksikan. Mutu pengadilan yang lemah dan tiada akses kepada Penolong Pengadil Video (VAR) dilihat menyumbang kepada beberapa keputusan pengadil yang tidak masuk akal. Ini termasuk […]

Tiket Aksi Malaysia vs Thailand Habis Dijual

Kehangatan aksi separuh akhir timbal balik Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 antara Malaysia bertemu Thailand kian membara, tatkala jualan tiket telah pun habis dijual. Perlawanan separuh akhir kedua Piala AFF ini bakal berlangsung di Thammasat Stadium, Bangkok telah mendapat sambutan tinggi bagi menyaksikan pertembungan yang penuh dramatik ini. Stadium yang terletak di Thammasat, Bangkok itu […]

Azam Azmi Sedia Kembali Halang Kemaraan Thailand

Walaupun digantung dua perlawanan susulan insiden kad merah semasa menentang Vietnam di Hanoi baru-baru ini, itu langsung tidak mematahkan semangat bek kanan negara, Azam Azmi Murad. Ini kerana insiden tersebut menjadikan dirinya lebih matang. Dan Azam berharap ia tidak akan berulang untuk masa akan datang. Ketika ini, slot bek kanan diisi oleh bek kanan Selangor, […]

Madame Pang Mahu Labur Dalam Industri Bola Sepak Malaysia

Pemilik kelab Liga 1 Thailand, Madame Pang sedia membuka lembaran baharu dalam kariernya apabila beliau difahamkan sudi melabur dalam industri bola sepak Malaysia. Beliau yang memiliki saham terbesar Port FC itu mengakuit tertarik dengan suasana Liga Malaysia dan sedia merealisasikan hasrat tersebut sekiranya ada tawaran kerjasama daripada mana-mana pihak. Beliau memiliki hasrat untuk melihat bola […]

“1-0 Saja, Kami Yakin Akan Kalahkan Malaysia” – Theerathon Bunmathan

Kekalahan 0-1 yang menimpa Thailand dalam aksi separuh akhir pertama Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 menentang Malaysia semalam tidak sesekali mematahkan barisan pemain skuad ‘Gajah Perang’ itu. Perkara itu disuarakan oleh kapten pasukan Thailand, Theerathon Bunmathan. Theerathon akui banyak peluang terhidang buat pasukan Thailand namun sayangnya deretan peluang tersebut tidak dapat diterjemahkan kepada gol. “Kami […]

Gol Ke-2 Malaysia Sebenarnya Sah Tapi Pengadil Tertipu

Pertembungan malam ini menyaksikan Malaysia berjaya meneruskan rekod tanpa kalah menentang Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil. Meskipun, berjaya membawa bekalan satu gol. Berdasarkan permerhatian, gol kedua buat Malaysia tidak sepatutnya dibatalkan.  Hal ini kerana apabila melihat insiden gambar dan beberapa keratan video, difahamkan penjaga gol Thailand yang berlaga sendiri ketika perebutan bola di udara. […]

“Saya Tak Mahu Komen Pengadil Sebab Saya Tiada Duit Nak Bayar Denda” – Kim Pan-gon

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon tidak mahu mengulas lanjut berkenaan keputusan pengadil pada malam ini selepas Malaysia mencatat kemenangan 1-0 di laman sendiri. Aksi hari ini kembali mencuri tumpuan apabila beberapa keputusan pengadil dianggap kontroversi termasuklah pembatalan gol kedua Harimau Malaya. Malah, pengadil kelahiran Korea Selatan ini turut tidak memberi sepakan penalti kepada anak […]

Penyokong Dan Media Thailand Risaukan Padang SNBJ

Disebalik pelbagai isu yang hangat menjelang pertembungan separuh akhir Piala AFF 2022 di antara Malaysia dan Thailand malam ini, ada isu yang lebih merisaukan segelintir penyokong dan media Thailand. Isu yang merisaukan mereka adalah keadaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang dikatakan tidak sesuai untuk pasukan Thailand bermain secara ‘Possesion Football’. Selain itu […]

Zafuan Azeman Kembali Ke Liga Thailand, Sertai Uthai Thani FC

Bekas penyerang kebangsaan B-19 Tahun, Zafuan Azeman sah sertai Uthai Thani FC bagi menghadapi saingan Liga Thailand Divisyen kedua (Thai League 2) Perkara itu dikongsikan oleh beliau sendiri di laman Instagram miliknya semalam. Difahamkan, beliau telahpun membuat penampilan bersama Kelabnya itu bagi aksi perlawanan persahabatan dan berjaya menjaringkan satu gol. Pemain berusia 23 tahun itu […]

“Kami Bertuah Malaysia Adakan Konsert Di Bukit Jalil” – Mano Polking

Ketua jurulatih Thailand, Mano Polking gembira kerana Malaysia mengadakan konsert yang menyaksikan pengurangan jumlah penonton seramai 21,000 orang. Pengendali kelahiran Brazil ini turun pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil esok dalam misi untuk membawa bekalan selesa pulang ke bumi Thailand. Mengulas lanjut, individu berusia 46 tahun ini lega apabila venue utama […]

Theerathon Bunmathan: Kita Cukup Bagus Untuk Kalahkan Malaysia

Ketua pasukan Thailand, Theerathon Bunmathan dengan yakin menyatakan bahawa skuad Gajah Perang kali ini mampu menewaskan Malaysia. Meskipun Thailand tidak pernah menang dalam lima perlawanan sebelum ini, bekas pemain Vissel Kobe itu percaya pasukannya mampu melangkah jauh dalam saingan kali ini. “Saya tidak mahu kedengaran sombong, tetapi saya amat yakin pasukan Thailand ini cukup bagus […]

Junior Eldstal Sertai Kelab Thailand, PT Prachuap FC

Pemain kelahiran England-Malaysia, Junior Eldstal baru sahaja sah diumumkan sebagai pemain baharu pasukan dari Thailand, PT Prachuap.  Difahamkan, pemain berusia 32 tahun itu sertai kelab tersebut dengan kuota ASEAN.  Junior Eldstal, menyertai Johor Darul Ta’zim pada bulan Julai yang lalu. Namun, beliau tidak pernah diturunkan dalam kesebelasan utama JDT.  Sebelum ini, bekas pemain JDT ini […]

Lee Tuck Rungkai Satu Per Satu Corak Permainan Thailand

Pemain naturalisasi negara, Lee Tuck merungkai satu per satu corak permainan yang selalu digunakan oleh pasukan Thailand mengikut pengalamannya beraksi selama enam tahun di Thailand.  Ini merupakan satu kelebihan buat Malaysia berdepan skuad Gajah Perang dalam aksi separuh akhir kempen Piala AFF 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada Sabtu ini. Beliau akui sudah berpengalaman […]

Madame Pang Risau

Pengurus pasukan Thailand, Nualphan Lamsam atau lebih dikenali sebagai Madame Pang sudah mula menunjukkan kerisauannya menjelang pertemuan menentang Malaysia bagi aksi separuh akhir Piala AFF Mitshibushi Electric 2022.  Madame Pang mengakui bertandang ke Stadium Nasional Bukit Jalil bukan satu tugas mudah buat anak buahnya itu. Baginya, pasukan Thailand amat susah untuk beraksi dengan baik apabila […]