TMJ: Terengganu Pasukan Yang Hebat, Sentiasa Menjadi Mimpi Ngeri JDT

Pasukan yang mengekori rapat pendahulu Liga Super 2021, Terengganu FC mendapat perhatian oleh pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) yang menyifatkan pasukan pantai timur itu merupakan sebuah pasukan yang sangat berkualiti dalam Liga Super. Dalam satu temubual bersama Astro Arena, Tunku Ismail menyatakan beberapa pasukan lawan yang mempunyai kualiti dan persembahan yang dilihat mampu untuk […]

Gol Berkelas Dunia, David Da Silva Rantai Mulut Pengkritik

Penyerang berbisa pasukan Terengganu FC, David Da Silva mempamerkan aksi magisnya ketika perlawanan ke-17 liga super melibatkan pertembungan antara pasukan Terengganu menentang PJ City FC yang berkesudahan kemenangan berpihak kepada pasukan pelawat dengan jaringan 3-0. Dalam perlawanan tersebut, aksi penyerang import Terengganu itu menjadi tumpuan tatkala kegagalan menjaringkan gol serta aksi longlainya di atas padang […]

Tiga Kejadian Yang Mengegarkan Rumah Penonton Ketika Aksi Terengganu – Sabah

Hasrat kedua-dua pasukan Terengganu dan Sabah memperoleh mata maksimum tidak kesampaian apabila kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan. Berbeza dengan perlawanan seri tanpa jaringan pasukan lain yang kebiasaanya membosankan, perlawanan Liga Super Terengganu menentang Sabah ini sedikit berlainan. Ianya menyebabkan rumah penonton kedua-dua pasukan begegar kerana “geram”. Sudah menjadi kebiasaan penyokong akan menjadi geram apabila ianya […]

Taktik ‘Scam’ Terlalu Sempurna, Amri Yahyah Punca Lawan Hilang Mata

Perlawanan Liga Super ke-16 melibatkan pertembungan pasukan di tangga kedua iaitu Terengganu FC dan Sabah FC berakhir dengan kedua-dua pasukan terikat 0-0 sekaligus berkongsi mata di Gong Badak. Kedua-dua pasukan mempunyai percaturan tersendiri dalam usaha untuk meraih kemenangan dengan serangan bertali arus dilancarkan dalam usaha untuk menembusi gawang gol yang dikawal rapi oleh penjaga gol […]

Nafuzi Zain: Penyerang Gagal Berfungsi, Tidak Konsisten Punca Terengganu Tewas

Hasrat pengendali Terengganu FC, Nafuzi Zain melihat pasukan kendaliannya mencatat kemenangan kedua berturut-turut musnah apabila skuadnya tewas mengejut 2-0 kepada pasukan tuan rumah, Melaka United FC. Dalam perlawanan itu, Terengganu dilihat mendominasi sebahagian besar perlawanan dengan mengatur serangan ke arah kubu lawan melalui gerakan duo lincahnya iaitu Faiz Nasir dan juga Faisal Halim. Sungguhpun begitu, […]

Trio Afrika Gagal Bantu Terengganu Atasi Cabaran Melaka United

Terengganu FC terus diberikan tekanan oleh pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) di takhta liga susulan gagal mencatatkan kemenangan menentang Melaka United di Stadium Hang Jebat apabila tewas 2-0 malam tadi. Pasukan kendalian Nafuzi Zain itu turun dengan barisan utamanya sambil mempertaruhkan 3 pemain import untuk menggerakkan jentera tengah pasukan itu. Melaka United juga […]

Falsafah Bola Sepak Tersendiri, Nafuzi Zain Optimis Pacu Terengganu

Jurulatih pasukan Terengganu, Mohd Nafuzi bin Mohd Zain yakin dengan kemampuan barisan kejurulatihan dan juga para pemainnya untuk terus memperagakan aksi yang cemerlang dalam baki saingan Liga Super musim ini. Skuad kendalian jurulatih yang berasal dari Kelantan ini telah berjaya mengharungi 14 perlawanan liga dengan sangat konsisten apabila berjaya mencatatkan 9 kemenangan, 3 seri dan […]

Penyokong Perak Desak Chong Yee Fat Undur Diri

Masalah demi masalah terus menghantui Ketua Jurulatih Perak FC, Chong Yee Fatt dan yang terkini anak-anak buahnya kelihatan lesu dan mudah dijinakkan oleh Terengganu FC dengan jaringan 5-0 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Gong Badak malam tadi. Dengan kekalahan itu, Perak FC kekal berada di tangga ke-10 liga dan berpotensi dipintas Melaka United yang […]

Hakimi Abdullah Penjaring Terbanyak Tempatan

Setelah Terengganu FC mencapai kemenangan besar 5-0 ke atas Perak FC semalam, pemain sensasi muda Terengganu Muhammad Hakimi bin Abdullah kini muncul sebagai penjaring terbanyak tempatan liga pada musim ini. Walaupun diturunkan sebagai pemain gantian, Hakimi Abdullah berjaya menambah jaringan peribadinya musim ini pada minit ke-71 sekaligus melengkapkan malam gemilang tuan rumah. Setakat ini, pemain kelahiran […]

Sentuhan ‘Nafuzi Ball’, Duo Cilik Kunci Terengganu Lenyapkan Impian Perak

Impian pasukan Perak untuk meraih kemenangan ketika berkunjung ke Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin musnah apabila tewas 5-0 dengan pasukan tuan rumah malam ini. Pasukan pelawat bermula garang di awal permainan apabila percubaan kencang Danish berjaya menyentak kelekaan barisan pertahanan pasukan tuan rumah. Ini membuatkan Terengganu terus melancarkan serangan bertali arus menerusi duo ciliknya yang […]

Terengganu FC Beri Amaran, Benam PDRM 3-0 di Kuala Terengganu

Terengganu beri amaran kepada pasukan Liga Super menerusi kemenangan bergaya 3-0 ke atas PDRM. Perlawanan pemanas badan tersebut diadakan di Kuala Terengganu sebagai persediaan sebelum bersambungnya perlawanan Liga Super selepas berehat panjang bagi memberi laluan kem kebangsaan menghadapi Pusingan Kelayakan Piala Dunia dan Asia di UAE. Terengganu menjaringkan gol awal menerusi jaringan Habib Haroon pada […]

Terengganu FC Lancar Kedai Kopi Sendiri

Bertemakan konsep “Coffee and Football“, Terengganu FC dijangka akan mengembangkan jenamanya dengan membuka sebuah kedai kopi yang dinamakan TFC LAB.  Video teaser tersebut cukup menarik dengan adegan bancuhan kopi dan mesin kopi moden bercirikan hipster dan futuristik ditampilkan sebagai tarikan utama mereka. Video teaser yang berdurasi 1 Minit 26 Saat itu menunjukkan TFC LAB ini […]

Terengganu 3-0 UiTM – Liga Super 2021

UiTM terus dirundum malang selepas tewas kepada Terengganu 3-0 di Kuala Terengganu. Pasukan Terengganu yang kini berada dikedudukan ke-4 Liga Super Malaysia melayani kunjungan pasukan UiTM yang kini berada dikedudukan ke-12 liga di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu. Dalam perlawanan sebelum ini pasukan Terengganu tewas 1-4 menentang pasukan Penang di Stadium Sultan Ismail […]

Johor Darul Ta’zim 0-1 Terengganu – Liga Super 2021

Terengganu berjaya mencipta sejarah musim ini apabila menjadi pasukan pertama yang berjaya menewaskan pasukan Johor Darul Ta’zim 0-1 di Stadium Sultan Ibrahim. Perlawanan tamat dengan jaringan tunggal Hakimi Abdullah mengesahkan kemenangan pasukan pelawat. Senarai pasukan bertanding: Johor Darul Ta’zim Kedah Darul Aman Kuala Lumpur City Melaka United Sri Pahang Perak Penang Petaling Jaya City Sabah […]

Terengganu 1-0 Kuala Lumpur City – Liga Super 2021

Pasukan Terengganu yang kini berada dikedudukan ke-3 Liga Super melayani kunjungan pasukan Kuala Lumpur City yang kini berada dikedudukan ke-5 liga di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Dalam perlawanan sebelum ini pasukan Terengganu menang 1-2 menentang pasukan Kedah di tempat lawan. Pasukan Kuala Lumpur City pula dalam perlawanan sebelum ini menang 2-1 menentang pasukan Sri […]