Aksi Berlari Atas Angin Dr. Lee Tular, Cuit Hati Netizen

Aksi pegawai perubatan Terengganu FC, Dr. Lee (Junior) berlari semasa perlawanan Liga Super di antara pasukan tuan rumah, Terengganu FC bertemu Sarawak United tular sekaligus mencuit hati netizen yang melihatnya. Perlawanan tersebut berkesudahan dengan Terengganu menang 1-0 ke atas Sarawak United di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, Terengganu. Kejadian tersebut berjaya dirakam […]
Nafuzi Zain Seolah-olah ‘Pep Guardiola’ Berlari Sana-Sini

Ketua jurulatih Terengganu FC, Nafuzi Zain memcuri tumpuan ketika pasukannya turun menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) malam semalam. Pengendali kelahiran Kelantan ini dilihat tampil dengan wajah baru selepas membuat keputusan untuk mencukur rambutnya selepas kejayaan mara ke pentas akhir Piala FA. Perlawanan epik antara dua pasukan Liga Super ini juga jelas mendapat perhatian seluruh peminat […]
Liga Super: JDT Mandi Peluh Sebelum Atasi Terengganu

Aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Mizan Zainal Abidin hari ini menyaksikan pertembungan antara pasukan Terengganu dan Johor Darul Ta’zim. Skuad kendalian Nafuzi Zain mempertaruhkan gandingan Nik Sharif, Kpah Sherman dan Faiz Nasir di bahagian serangan sementara JDT turun dengan trio Bergson, Arif Aiman dan Fernando Forestieri. Babak pertama perlawanan menyaksikan satu gol berjaya […]
Penyokong Cadang Kurangkan Import Untuk Naikkan Gaji Faisal Halim

Kehebatan pemain Terengganu FC, Faisal Halim ternyata tidak dapat disangkal lagi apatah lagi beliau menjaringkan gol penyamaan buat pasukannya dalam perlawanan separuh akhir Piala FA menentang Selangor FC semalam. Pada aksi semalam, Terengganu ketinggalan satu gol pada separuh masa pertama sebelum Faisal Halim menjaringkan gol melalui larian solo yang memperdaya tiga pertahanan sebelum melepaskan rembatan […]
Nafuzi Bersyukur Impian Jumpa JDT Di Final Termakbul

Terengganu FC mencipta sejarah apabila layak ke final Piala FA selepas kali terakhir mereka layak dan berjaya mejulangnya pada tahun 2011. Pengendali Terengganu FC, Nafuzi Zain jelas sekali bersyukur dengan kemenangan ini dan beliau sememangnya mengimpikan untuk beraksi menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di pentas final. “Bagi saya sendiri, saya memang mengimpikan untuk bertemu JDT […]
Piala FA: Terengganu Mara Ke Final, Selangor Terciduk

Aksi separuh akhir saingan Piala FA 2022 hari ini membabitkan pertembungan antara pasukan Terengganu FC dan Selangor FC. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Mizan Zainal Abidin menyaksikan pasukan Terengganu meraih kemenangan berharga apabila skuad kendalian Nafuzi Zain melayakkan diri ke pusingan separuh akhir Piala FA 2022. Babak separuh masa pertama bermula dengan jaringan pembukaan daripada […]
Nafuzi Zain Beri Bayangan Turunkan Kesebelasan Terbaik Berdepan Selangor

Ketua jurulatih Terengganu FC, Nafuzi Zain sedia mempertaruhkan kesebelasan terbaiknya menjelang pertemuan dengan Selangor FC malam ini. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin nyata memberi kelebihan kepada pasukan tuan rumah tatkala sorakan padu penyokong bakal menjadi kunci kepada persembahan pasukan. Walau bagaimanapun, Nafuzi kekal waspada dengan kemampuan lawannya iaitu The Red Giants […]
Terengganu Dianggarkan Jana Hampir RM800,000 Hasil Jualan Tiket Separuh Akhir Piala FA 2022

Terengganu dianggarkan menerima hasil jualan tiket separuh akhir Piala FA 2022 sebanyak hampir RM800,000 selepas kelab berkenaan mengumumkan tiket diperuntukkan habis terjual. Perlawanan separuh akhir Piala FA 2022 di antara pasukan Terengganu menentang Selangor dijadualkan berlangsung pada esok (6 Ogos 2022) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang mampu memuatkan kira-kira 40,000 penonton untuk aksi […]
Liga Super: Negeri Sembilan Cemerlang Tewaskan Terengganu Di Paroi

Perlawanan Liga Super ini adalah di antara pasukan Negeri Sembilan FC selaku tuan rumah yang menentang Terengganu FC. Perlawanan berkesudahan dengan kemenangan memihak kepada Negeri Sembilan dengan keputusan 2-1 dalam perlawanan yang dilangsungkan di Stadium Paroi sebentar tadi. Gol Negeri Sembilan dijaringkan oleh Gustavo dan Yashir Pinto manakala gol tunggal Terengganu dijaringkan Tchetche Kipre. Perlawanan […]
Kebangkitan Faiz Nasir Buat Kim Pan-gon ‘Pening Kepala’

Pemain sayap pasukan Terengganu FC, Faiz Nasir kini kembali menjadi sandaran buat pasukan apabila berjaya meledak dalam beberapa perlawanan terakhir. Faiz sudah pun beberapa kali turun dalam kesebelasan utama pasukan mempamerkan kualiti yang tersendiri untuk merencanakan serangan buat Terengganu. Malah, kelincahan pemain bertubuh kecil ini nyata sukar dikawal oleh barisan pertahanan lawan apabila beliau seringkali […]
Mata Kedah Sebenarnya Dirompak? Perhatikan Betul-betul

Kalah menang merupakan adat permainan namun begitu kekalahan semestinya bukanlah sesuatu yang diinginkan lebih-lebih lagi kekalahan itu berpunca dari sebuah kesilapan. Itulah yang berlaku kepada pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC). Umum mengetahui bahawa pasukan KDA FC telah ditewaskan oleh pasukan Terengganu FC (TFC) dengan keputusan 1-2 dalam aksi Liga Super pada 15 Julai […]
Shahrul Nizam Pamer Kualiti Tersendiri Kemudi Benteng Terengganu

Pertahanan tengah pasukan Terengganu FC, Shahrul Nizam Roshasni kini menjadi sandaran utama pasukan untuk mengemudi prestasi cemerlang pasukan ketika ini. Pemain berusia 24 tahun itu kini menjadi pilihan utama ketua jurulatih, Nafuzi Zain untuk mengemudi benteng pertahanan pasukan. Bekas pertahanan bawah 23 tahun kebangsaan ini jelas berada dalam kelas tersendiri apabila kekebalan beliau sukar ditembusi […]
Kelincahan Faisal Halim Jadi Mimpi Ngeri Buat Kedah

Pemain sayap pasukan terengganu FC, Faisal Halim sekali lagi menjadi watak penting buat pasukan apabila beliau berjaya membantu Terengganu untuk mencatatkan kemenangan ke atas Kedah Darul Aman dengan keputusan 1-0. Bintang muda berusia 24 tahun itu turun dalam kesebelasan utama pasukan dan bergandingan bersama-sama Kpah Sherman dan juga Faiz Nasir jelas menyukarkan barisan pertahanan pasukan […]
Piala FA: Terengganu Ke Suku Akhir Tewaskan Kedah

Aksi tertunda saingan Piala FA Malaysia hari ini membabitkan pertembungan antara pasukan Terengganu FC dan Kedah Darul Aman FC. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Mizan Zainal Abidin itu menyaksikan pasukan Terengganu meraih kemenangan berharga apabila skuad kendalian Nafuzi Zain berjaya melayakkan diri ke pusingan suku akhir Piala FA. Aksi separuh masa pertama bermula dengan jaringan […]
Terengganu Lancar Aplikasi Pintar

Terengganu FC kini mengorak langkah ke hadapan dengan pelancaran aplikasi mudah alih khas buat para penyokong pasukan The Turtles tersebut. Menerusi hantaran di media sosial Terengganu FC, peminat akan menerima notifikasi terus ke telefon bimbit masing-masing berkenaan berita pasukan, perlawanan dan skor secara langsung. Peminat juga boleh membeli barangan rasmi kelab melalui aplikasi mudah alih […]
Liga Super: Terengganu Buat Sri Pahang Gigit Jari

Aksi Liga Super hari ini membabitkan pertembungan antara pasukan Terengganu dan Sri Pahang. Perlawanan yang dijadualkan berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin menyaksikan pasukan Terengganu mengutip tiga mata berharga. Babak pertama perlawanan bermula dengan gol awal berjaya dihasilkan pasukan tuan rumah. Pada minit pertama permainan, Kpah Sherman berjaya memerangkap kealpaan barisan pertahanan Sri Pahang […]