Khuzaimi & Faisal Halim Dikhabarkan Sudah Tandatangani Kontrak Bersama Selangor

Bintang Negeri Sembilan, Khuzaimi Piee dan pemain sayang Terengganu, Faisal Halim dikhabarkan telah bersetuju untuk menyertai skuad Selangor untuk musim 2023. Menerusi ciapan Twitter wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam; Khuzaimi Piee, Faisal Halim dan V. Ruventhiran telah bersetuju untuk menyertai skuad jagaan Tan Cheng Hoe. “Good fight Selangor. Musim depan dijangka lebih padu. Faisal […]

6 Penyokong Terengganu Ditahan

Enam orang penyokong bola sepak Terengganu ditahan bagi siasatan lanjut oleh pihak polis susulan disyaki terlibat dalam kekecohan yang berlaku selepas tamat perlawanan antara Terengganu dan Selangor dalam saingan separuh akhir Piala Malaysia tempoh hari.  Memetik laporan Kosmo, seorang tertuduh berusia 27 tahun telahpun ditahan pada 22 November lalu dan lima orang lagi telah dikenalpasti dan […]

Terengganu Dah Jumpa Pengganti Faisal Halim

Selepas Faisal Halim disahkan tidak akan bersama Terengganu FC musim hadapan, pihak pengurusan Terengganu dikatakan sedang giat mencari pemain lain yang berkualiti bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Faisal. Selain Faisal, pemain import seperti Manuel Ott dan Kpah Sherman juga dikatakan akan berhijrah ke pasukan baharu musim hadapan. Ini menandakan musim hadapan akan menyaksikan Terengganu akan […]

Tan Cheng Hoe Bangga Dengan Aksi Pemain Sedia Ada

Jurulatih Selangor, Tan Cheng Hoe mengakui gembira dengan persembahan yang dipamerkan oleh barisan pemain yang sedia ada sehingga ke tahap ini.  Jurulatih berusia 50 tahun itu turut memuji karakter dan mentaliti yang dipamerkan setiap pemain meskipun ketinggalan jaringan dan layangan kad merah terhadap pertahanan Selangor, Yazan Al-Arab. “Persembahan terbaik daripada barisan pemain terutamanya apabila kad […]

Faisal Halim: Mungkin Terengganu Ada Pemain Yang Lebih Baik

Pemain sayap pasukan Terengganu FC, Faisal Halim memberikan salam perpisahan terakhir apabila mengesahkan beliau tidak akan bersama pasukan pada musim hadapan. Bintang sensasi berusia 24 tahun itu merupakan watak penting buat jaguh Pantai Timur itu termasuklah ketika membantu mereka mara ke final Piala FA. Malah, Faisal juga turut memacu kejayaan pasukan sehingga berjaya mengakhiri saingan […]

“Saya Nak Sangat Hadiahkan Final Kepada Penyokong” – Nafuzi Zain

Kekecewaan Nafuzi Zain selepas tamat 180 minit aksi separuh akhir Piala Malaysia, pastinya boleh difahami. Sejak dari awal, pengendali Terengganu itu sememangnya mensasarkan mahu membawa pasukannya layak ke final edisi kali ini, sebagai hadiah manis buat penyokong sebelum berpisah. Namun, Selangor memusnahkan impian itu. Nafuzi berjaya memimpin pasukannya mencatat kemenangan 1-0 dalam aksi timbal balik […]

Trio Import Terengganu Jadi Rebutan

Susulan kekalahan Terengganu kepada Selangor dalam aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia semalam, pengurusan skuad Penyu mula membuat perancangan untuk saingan Liga Malaysia musim depan. Selain mengumumkan bekas jurulatih T. Team, Tomislav Steinbruckner sebagai pengganti Nafuzi Zain, kesemua pemain import Terengganu musim ini kecuali Habib Haroon turut digugurkan daripada skuad Penyu musim hadapan. Tetapi ini […]

Tifo Perpisahan Nafuzi Zain Buat Penyokong Mengalirkan Air Mata

Umum mengetahui bahawa pengendali pasukan Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain akan meninggalkan pasukan tersebut. Musim 2022 pastinya musim yang bermakna buat Terengganu selepas berjaya layak ke Piala AFC musim hadapan. Namun pemergian Nafuzi jelas sekali merentap emosi pemain-pemain dan semua penyokong pasukan Terengganu. Untuk meluahkan penghargaan kepada Nafuzi, penyokong Terengganu telah mereka satu tifo khas […]

Bas Pemain Selangor Diserang

Dalam kegembiraan para pemain Selangor FC mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia selepas menewaskan Terengganu FC semalam, terdapat kejadian yang tidak diingini telah berlaku kepada mereka di luar stadium. Bas yang membawa pemain-pemain Selangor telah diserang oleh segelintir penyokong pasukan Terengganu. Balingan batu dan kon keselamatan telah menyebabkan kerosakan yang jelas kelihatan pada bas tersebut. […]

Piala Malaysia: Selangor Ke Final Jumpa JDT Tewaskan Terengganu

Selangor kembali ke zaman kegemilangannya selepas berjaya menewaskan Terengganu secara agregat 3-2 sekaligus mara ke perlawanan akhir TM Piala Malaysia 2022 bertemu JDT. Kali terakhir Selangor mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia adalah pada tahun 2016 menentang pasukan Kedah di Stadium Shah Alam. Dalam perlawanan separuh akhir timbal balik ke-2 di Stadium Sultan Mizan Zainal […]

Nafuzi Zain Akui Pemain Selangor Ada Kualiti

Tewas 3-1 kepada Selangor tidak melunturkan semangat juang Nafuzi Zain dan pasukannya, Terengganu untuk bangkit di Gong Badak kelak. Walaupun tewas, Nafuzi berpuas hati dengan prestasi para pemainnya dan beliau sedikit terkejut dengan set piece pasukan tuan rumah. “Dari segi perlawanan, prestasi pemain kita bermain dengan baik walaupun kita beraksi di Selangor cuma kelakaan kami, […]

Mukhairi Ajmal Hukum Kelalaian Pertahanan Terengganu

Kecemerlangan bintang muda Selangor, Mukhairi Ajmal menjadi nadi ketika pasukannya mencatatkan kemenangan ke atas Terengganu hari ini. Pemain berusia 21 tahun itu kini memainkan peranan yang cukup penting buat The Red Giants apabila seringkali mendapat tempat dalam kesebelasan utama pasukan. Beliau jelas menampilkan persembahan yang luar biasa apabila menyumbang tiga bantuan gol sekaligus memberi bekalan […]

Terengganu Terima Tajaan RM1.6 Juta

Terengganu mendapat suntikan kewangan tambahan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan. Ini selepas mereka menerima penajaan sebanyak RM1.6 juta daripada Kumpulan Terengganu Inc. Kehadiran syarikat pelaburan induk strategik kerajaan negeri itu merupakan tanda sokongan berterusan buat skuad Penyu yang telah mengharumkan nama Terengganu dalam sukan bola sepak. Kelibat Terengganu Inc sebagai penaja skuad Penyu […]

Nafuzi Sah Tolak Sambung Kontrak Dengan Terengganu

Selepas kemelut kontrak timbul membabitkan Terengganu dengan jurulatih mereka, Nafuzi Zain, teka-teki tentang masa depan jurulatih tersebut akhirnya terjawab. Dalam satu sidang media hari ini, CEO TFC Ab Rasid bin Jusoh mengesahkan bahawa Nafuzi telah menjawab surat tawaran kontrak mereka semalam dan menolak tawaran kontrak baru yang dinyatakan. Ab Rasid turut memberitahu media Nafuzi tidak […]

Nafuzi Gusar Lihat Rekod Cemerlang Tan Cheng Hoe Di Selangor

Pengendali Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain berharap para pemainnya akan bersedia sepenuhnya bagi aksi separuh akhir Piala Malaysia 2022 menentang Selangor, malam esok. Perlawanan yang diadakan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) itu menjadi sudah semestinya menjadi tumpuan ramai lebih-lebih lagi pengendali Selangor, Tan Cheng Hoe berjaya membawa Selangor melalui rekod tujuh perlawanan tanpa […]

Hairuddin Omar Beri Peringatan Kepada Penyokong Terengganu

Berita perpindahan yang melibatkan jurulatih Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain dan beberapa pemain utama pasukan acap kali menghiasi berita bola sepak tanah air sejak kebelakangan ini. Dan baru-baru ini, difahamkan Nafuzi merasakan sedikit terkilan dengan pihak pengurusan TFC kerana menyerahkan surat tawaran lanjutan kontrak melalui kitman. Walaupun cerita yang kurang enak mulai timbul, pembantu jurulatih […]