Manis FM & Terengganu Teruskan Kerjasama Tahun Ke-5

Di sebalik pelbagai kerjasama dengan rakan-rakan korporat baru, Terengganu tidak pernah melupakan rakan-rakan lama yang setia mengikuti perkembangan mereka. Ini dibuktikan menerusi pemeteraian kerjasama Terengganu dan Manis FM yang diumumkan hari ini. Pertama kali bekerjasama sejak 2019, kerjasama yang terjalin antara kedua-dua entiti ini kini sudah memasuki tahun kelima berturut-turut. Kerjasama Terengganu-Manis FM menyaksikan stesen […]
Data Pengguna TFC Digodam?

Semalam, kecoh para penyokong Terengganu FC (TFC) selepas sebuah halaman penggodam telah menguji tahap keselamatan laman sesawang kelab mereka. Disebabkan tahap keselamatannya yang lemah, data pengguna di situ mudah terdedah kepada ancaman penggodam. Menurut halaman OMG Hackers, Terengganu membuat kesilapan besar dengan menyimpan data pengguna termasuk nama, alamat dan e-mel di laman sesawang itu, bukannya […]
Jersi Denim Terengganu 2023 Tular Ke Eropah

Selepas menarik perhatian penyokong dengan jersi corak belang sekerat, nama Terengganu sekali lagi menjadi tumpuan media antarabangsa. Kali ini, menerusi jersi bercorak denim yang ditampilkan dalam perlawanan persahabatan pra-musim menentang KL City tempoh hari. Walaupun keputusan perlawanan berakhir dengan 0-0, rekaan jersi buatan Umbro itu menarik perhatian lensa kamera. Jersi bercorak denim itu didakwa diinspirasikan […]
Tiket Aksi KL City & Terengganu Dijual Serendah RM5

Dengan Liga Super bakal bermula pada 24 Februari, kelab-kelab sibuk mengatur persiapan pra-musim. Esok, KL City bakal bertemu Terengganu di Stadium Cheras dengan penyokong berpeluang mendapatkan tiket perlawanan persahabatan itu dengan harga serendah RM5. Tawaran tiket sebegitu rupa dibuat memandangkan ia merupakan perlawanan pra-musim pertama City Boys. Inilah peluang buat para penyokong melihat pemain-pemain baru […]
Adisak Krasorn Tak Sabar Bantu Terengganu Julang Piala Sumbangsih

Dengan saingan liga bakal bermula pada akhir Februari ini, Terengganu pastinya mahu lebih cemerlang daripada kempen musim lepas. Dan itu diharap dapat direalisasikan menerusi kelibat penyerang Thailand, Adisak Kraisorn. Adisak yang segar daripada kejayaan menjulang Piala AFF 2022 tidak kekok menyesuaikan diri bersama rakan-rakan sepasukan barunya. Malah, dia berharap dapat membantu pasukannya terutama pada aksi […]
Sasoakai Resources Salur Tajaan Kewangan Kepada Terengganu

Naib juara Liga Super musim lepas, Terengganu terus mendapat suntikan moral menjelang musim baru liga. Ini selepas skuad Peteh memeterai perjanjian penajaan selama semusim dengan Sasoakai Resources Sdn Bhd. Menerusi perjanjian penajaan tersebut, Sasoakai Resources yang berpangkalan di Terengganu itu menyalurkan tajaan berjumlah RM250,000. Menurut CEO Terengganu FC (TFC), Ab Rasid Jusoh, suntikan kewangan yang […]
Piala Sumbangsih: JDT & Terengganu Berentap Di Stadium Sultan Ibrahim

Juara Liga Super Malaysia 2022, Johor Darul Ta’zim bakal memulakan kempen Liga Malaysia bertemu dengan Naib Juara Liga Super 2022, Terengganu FC. Finalis Piala Malaysia 2022 itu sekali lagi akan berentap dalam memburu gelaran juara Piala Sumbangsih. Musim lepas, JDT berjaya menyandang gelaran tersebut apabila menundukkan pasukan KL City dengan keputusan 3-0. Tahun ini Terengganu […]
Jersi Terengganu 2023 Tular Ke Luar Negara

Dua hari lepas, Terengganu mencatat kemenangan 2-1 ke atas Kelantan United untuk perlawanan persahabatan pra-musim mereka. Tetapi yang menarik perhatian para penyokong ialah rekaan jersi skuad Peteh yang dikatakan mirip dengan jersi terburuk milik gergasi Serie A, A.C. Milan. Hal ini didedahkan oleh portal Footy Headlines, sebuah portal yang menceritakan pelbagai perkembangan mengenai jersi bola […]
Sabah, Terengganu Lawan Kelab Denmark Di Thailand

Dengan sebahagian kelab Liga Super mengadakan pra-musim di Thailand, ramai menjangkakan lawan mereka dalam perlawanan persahabatan ialah kelab-kelab tempatan. Tapi siapa sangka, salah satu lawan persahabatan pasukan Sabah dan Terengganu semasa di negara itu ialah kelab Denmark, Odense BK. Ini disebabkan kelab Denmark itu bakal mengadakan program mini pra-musim mereka di Thailand bermula pada 31 […]
Terengganu Giat Naik Taraf Fasiliti Latihan Menjelang Musim 2023

Persiapan Terengganu untuk Liga Super musim 2023 bukan setakat berlaku di atas padang. Di luar padang, pengurusan skuad Peteh sedang sibuk menaik taraf kemudahan pusat latihan mereka. Proses ini dibuat secara berperingkat-peringkat tanpa mengganggu sedikit pun persiapan skuad bimbingan Tomislav Steinbruckner menjelang saingan liga yang bermula pada akhir Februari ini. Antara penambahbaikan terbaru yang ditambah […]
Terengganu Bakal Uji Kekuatan Kelab Liga 1 Thailand

Beberapa pasukan Liga Super telah mengumumkan rancangan pra-musim mereka di luar negara. Terbaru, giliran Terengganu pula mengumumkan program pra-musim mereka termasuk empat perlawanan persahabatan di Thailand. Jurulatih baru skuad Penyu, Tomislav Steinbruckner melihat aksi-aksi persahabatan ini sebagai cara mengenalpasti kekuatan dan kelemahan pasukan sebelum saingan liga bermula pada akhir Februari ini. Selain itu, ini juga […]
Adisak Kraisorn Harap Penyokong Malaysia Mampu Terima Dia Seadanya

Walaupun membantu Thailand mara ke final Piala AFF 2022 menerusi gol ketiganya semalam, Adisak Kraisorn tahu ia meletakkan dirinya dalam keadaan serba salah. Atas sebab itu, dia memohon maaf kepada penyokong Malaysia dan berharap dia diterima bila beraksi bersama Terengganu musim ini. Adisak menyumbat gol ketiga perlawanan pada minit ke-71 sekaligus memastikan Harimau Malaya tewas […]
Mamut & Pusic Awang Import Terbaru Terengganu

Selepas berjaya mendapatkan khidmat pemain Uzbekistan Sardor Kulmatov, dua lagi pemain import dari Croatia kini menjadi sebahagian daripada skuad Terengganu musim 2023. Duo tersebut ialah bekas penyerang Inter Zapresic, Ivan Mamut dan bekas pemain tengah Osijek, Domagoj Pusic. Berita perpindahan dua pemain Croatia ini diumumkan pengurusan Terengganu FC (TFC) menerusi laman media sosial mereka semalam. […]
Faisal Halim & Terengganu Berdamai

Selepas timbul kemelut isu potongan gaji membabitkan Terengganu FC (TFC) dan bekas pemain sayap mereka Faisal Halim, isu tersebut dianggap selesai. Ini selepas penyerang baru Selangor itu menaikkan satu ciapan di akaun Twitter peribadinya pagi tadi. Ciapannya berbunyi, “Saya memohon maaf di atas semua kekhilafan dan salah faham yang berlaku diantara saya dan pihak Terengganu […]
Terengganu Bakal Miliki Pemain Naturalisasi Pertama

Terengganu FC (TFC) yang dibimbing Tomislav Steinbruckner dijangka mempunyai pemain berstatus naturalisasi dalam skuad mereka. Ini selepas pengurusan TFC sudah membuat permohonan tentang status Argzim Redzovic kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM). Ini didedahkan oleh CEO TFC, Ab Rasid Jusoh semasa ditemui media hari ini. Redzovic merupakan kapten skuad Terengganu FC II (TFC II) dan pernah […]
Terengganu Umumkan Sardor Kulmatov Selaku Import Baharu

Selepas menanti lama, akhirnya sah sudah ura-ura yang diperkatakan sebelum ini. Sardor Kulmatov sah menjadi awang import Terengganu terbaru selepas Sony Norde dan Adisak Kraisorn. Pengumuman perpindahan ini diumumkan oleh Terengganu FC (TFC) menerusi siaran laman media sosial mereka hari ini. Bek tengah Uzbekistan itu menghabiskan sebahagian besar karier permainannya dengan Sogdiana Jissakh dan membuat […]