Matthew Steenvorden Sah ‘Orang Besi’ Terbaru Terengganu

Pasukan gergasi Pantai Timur, Terengganu FC terus sibuk memperkuatkan jentera pasukan menjelang musim baru liga yang akan bermula pada Mei ini. Terbaru, pengurusan skuad Peteh mengesahkan perpindahan bek tengah Belanda, Matthew Steenvorden. Perpindahan ini diumumkan menerusi satu hantaran di media sosial rasmi Terengganu hari ini. Sebelum ini, bek tengah berusia 31 tahun itu beraksi untuk […]
AFC MA Ranking: Australia Pintas Kedudukan Malaysia

AFC MA Ranking: Malaysia kini menghuni tangga ke-12 Asia selepas terhentinya perjalanan wakil terakhir negara, Sabah FC baru-baru ini. Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee terpaksa akur dengan keputusan yang diterima apabila tewas 3-0 kepada jaguh Australia, Macarthur FC. Keputusan itu menyaksikan The Rhinos berjaya menyumbangkan 5.000 mata kepada Malaysia hasil 4 kemenangan dan tiga […]
MHL: THT Berpesta Gol Ke Atas Jiwa Mohan Antbees

Terengganu Hockey Team (THT) terus membuktikan status sebagai pasukan handalan Liga Hoki Malaysia (MHL) musim 2024. Ini selepas pasukan dari Pantai Timur itu meraih kemenangan besar ke atas Jiwa Mohan Antbees 7-1 dalam aksi terbaru MHL di Stadium Hoki Bukit Jalil 1 hari ini. THT perlu menang hari ini bagi merapatkan jurang dengan tiga pasukan […]
Ismaheel Akinade Jadi Peledak Terbaru Sertai Terengganu

Terengganu FC memperkuat jentera serangan mereka dengan membawa masuk bekas peledak Kelantan United FC, Ismaheel Akinade. Perpindahan beliau diumumkan pengurusan Peteh menerusi satu hantaran di media sosial rasmi Terengganu semalam. Akinade menyertai pasukan dari Pantai Timur itu dengan kontrak semusim. Selain Kelantan United, penyerang Nigeria itu pernah beraksi untuk pasukan Kelantan FC pada musim lepas. […]
Safawi Rasid Kongsi 3 Perbezaan Liga Malaysia & Thailand

Pemain baharu Terengganu FC, Safawi Rasid mendedahkan tiga perbezaan Liga Malaysia dan Thailand. Bintang JDT itu melengkapkan perpindahan ke kelab Pantai Timur dengan tempoh pinjaman selama satu musim. Beliau datang ke Terengganu bersama seorang lagi rakan sepasukan, Akhyar Rashid untuk membantu jentera serangan skuad Peteh. Mengulas lanjut, Safawi menyatakan rasa teruja untuk kembali bekerjasama dengan […]
Akhyar Rashid Beri Sebab Setuju Sertai Terengganu

Pemain sayap lincah negara, Akhyar Rashid memberi sebab untuk bersetuju melengkapkan perpindahan ke Terengganu FC. Bintang berusia 24 tahun itu menyertai skuad Peteh sebagai pemain pinjaman selama semusim dari kelabnya iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT). Perpindahan ini juga menyaksikan beliau diiringi oleh seorang lagi rakan sepasukannya, Safawi Rasid yang juga menyertai pasukan itu secara pinjaman. […]
Terkini: Safawi Rasid & Akhyar Rashid Sertai Terengganu

Dua bintang negara, Safawi Rasid dan Akhyar Rashid secara rasmi diumumkan sebagai pemain Terengganu FC. Desas-desus mengenai masa depan dua pemain ini mula diperkatakan selepas kurang mendapat minit bermain bersama kelab semasa, Johor Darul Ta’zim (JDT) susulan persaingan sengit. Masa depan bintang Harimau Malaya ini akhirnya terjawab apabila secara rasmi diumumkan sebagai pemain baharu Terengganu […]
Terengganu Wujudkan Kawasan Tapak Semaian, Pastikan Padang SSMZA Dalam Keadaan Terbaik

Terengganu FC sentiasa komited dalam memastikan padang Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) berada dalam keadaan terbaik. Perkara ini dinyatakan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Hishamuddin Abdul Karim menerusi satu hantaran di Facebook. Meskipun mengakui padang SSMZA berada dalam keadaan terbaik dan mendapat pujian ramai pihak, beliau melihat masih ada ruang penambahbaikan […]
Bekas Import JDT Beri Pujian Tertinggi Kepada Terengganu

Bekas pemain import pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Diogo Luis Santo memberikan pujian tertinggi kepada pencabar pasukannya, Terengganu FC. Pemain kelahiran Brazil itu berkelana hampir beberapa musim di Malaysia bersama skuad Harimau Selatan dan berjaya merekodkan jumlah jaringan yang memberangsangkan. Menerusi satu temu bual bersama media Thailand, Think Curve, beliau menganggap terdapat beberapa caabran hebat […]
Terengganu Sambut Baik Inisiatif KBS, Mohon Geran Tukar Rumput Bersebab

Pasukan Liga Super, Terengganu FC berkongsi sebab terperinci berkenaan permohonan bagi geran kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berkenaan penukaran rumput dan naik taraf sistem saliran di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Menerusi satu kenyataan tempoh hari, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh ada memberitahu bahawa setiap negeri boleh memohon geran berjumlah RM500 ribu bertujuan […]
Individu Mirip Bintang JDT Ditemui Di Terengganu

Seorang individu mirip bintang Johor Darul Ta’zim (JDT) telah ditemui berada di Terengganu. Individu seakan pemain sayap kebangsaan iaitu Akhyar Rashid difahamkan sudah tiba disana apabila beliau ditemui berada di sebuah kedai gunting rambut di Terengganu. Bukan itu sahaja, menerusi tinjauan MakanBola di beberapa laman bola sepak bebas Terengganu dan group penyokong Terenggan di platform […]
Pemilik ‘Nombor 7’ Terengganu Bakal Bertukar Tangan

Pasukan Liga Super 2023, Terengganu FC difahamkan bakal memiliki sentuhan pemain baharu yang bakal menyarung jersi nombor 7 pasukan bagi musim baharu. Menerusi satu pengumuman oleh Terengganu FC, penyerang berbisa Croatia, Ivan Mamut tidak lagi menyarung jersi nombor tersebut selepas diberikan nombor baharu bagi musim 2024/25. Hal ini susulan pemergian penyerang kelahiran Thailand, Adidak Kraisorn […]
Akram Mahinan Kini Milik Terengganu

Perancang tengah berpengalaman negara, Akram Mahinan kini menjadi pemain pertama menyertai Terenggaju bagi jendela perpindahan Liga Super 2024/25. Pemain berusia 31 tahun itu secara rasminya meninggalkan KL City selepas hampir 4 musim bersama. Spekulasi mengenai masa depannya mula hangat diperkatakan selepas ketua jurulatih, Tomislav Steinbruckner dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmat pemain ini. Beliau yang memiliki […]
THT Pertaruh 100% Kudrat Pemain Tempatan Musim 2024

Menjelang saingan Liga Hoki Malaysia (LHM) musim 2024, juara bertahan musim lepas, Terengganu Hockey Team (THT) tampil dengan perancangan yang berbeza. THT dijangka menampilkan majoriti pemain tempatan sebagai teras utama pasukan untuk kempen tahun 2024. Ini sebahagian daripada perancangan jangka panjang pasukan itu bagi memberi lebih banyak pendedahan kepada pemain muda. Menurut jurulatih THT, Mohd […]
Lagi Kes Pergaduhan Melibatkan Pemain Amatur Berlaku

Kes pergaduhan membabitkan pemain bola sepak di Malaysia terutama di peringkat akar umbi dan amatur semakin menjadi-jadi kebelakangan ini. Terbaru, imej liga bola sepak Terengganu, Terengganu Football League (TFL) tercemar gara-gara insiden pergaduhan membabitkan pemain Kesa FC dan Nag FC. Insiden tersebut didakwa tercetus akibat rasa tidak puas hati pemain Kesa terhadap Nag. Ini selepas […]
Terengganu Bakal Terima Khidmat Pemain Kacukan Belanda-Indonesia

Pasukan Terengganu difahamkan bakal menerima khidmat seorang pemain kacukan Belanda-Indonesia, Matthew Steenvoorden. Menerusi satu ciapan yang dimuat naik jurnulis MakanBola, Faris Zukeiman memaklumkan pertahanan tengah ini dijangka memperkuat skuad kendalian Tomislav Steinbruckner bagi saingan Liga Malaysia musim 2024/25. Tonggak pertahanan berusia 31 tahun itu kini sedang beraksi bersama pasukan Pakhtor Tadhkent dalam saingan Liga Super […]