Kedah Sambar Khidmat Habib Haroon

Pasukan utara tanah air, Kedah Darul Aman FC (KDA FC) mendapat khidmat seorang lagi pemain import iaitu bekas kapten Terengganu FC, Habib Haroon. Perpindahan pemain tengah Bahrain itu diumumkan pengurusan Sang Kenari di platform media sosial rasmi mereka hari ini. “KDA FC dengan bangga mengumumkan ketibaan Habib Haroon, pemain berasal dari Bahrain yang cukup dikenali […]

Terkini: Sony Norde Bawa Haluan Ke Kedah

Selepas meninggalkan Terengganu FC pada akhir musim 2023, Sony Norde kini berkelana pula ke Kedah Darul Aman FC (KDA FC). Perpindahan pemain sayap Haiti itu diumumkan pengurusan Sang Kenari menerusi satu hantaran di platform media sosial rasmi pasukan hari ini. “KDA FC dengan bangga mengumumkan ketibaan Sony Nordé, pemain berasal dari Haiti yang cukup dikenali […]

Marin Pilj Rekrut Terbaru Terengganu

Terengganu FC semakin serius menghadapi musim baharu Liga Super yang dijadualkan Mei depan dengan membawa masuk pemain baharu ke dalam pasukan. Terkini, Terengganu telah sah menyambar khidmat pemain tengah kelahiran Croatia, Marin Pilj. Pilj dibawa ke Terengganu dari kelab Liga Croatia, NK Varazdin. Kehadiran Pilj dijangka bakal mengisi kekosongan di bahagian tengah Terengganu yang ditinggalkan […]

Akram Mahinan Mahu Beri Lebih Kudrat Bersama Terengganu

Pemain tengah Terengganu FC, Akram Mahinan tekad memberikan sepenuh tenaga bagi membantu pasukan baharunya itu mengharungi saingan Liga Malaysia 2024/2025. Beliau berazam untuk mempamerkan aksi lebih berkualiti berbanding musim-musim terdahulu bagi mengangkat pasukan Terengganu menjadi pencabar utama di pentas Liga Malaysia musim hadapan. ”Saya perlu berusaha lebih untuk memberi lebih kualiti daripada saya main dengan […]

Terengganu Nafi Tandatangani Pemain Buriram United

Susulan khabar angin pemain pertahanan kebangsaan, Dion Cools bakal berhijrah ke Terengganu, pihak pengurusan tampil memberi jawapan tentang spekulasi yang berlaku.  Pihak kelab telah menyatakan bahwa tiada usaha yang dibuat oleh pasukan untuk menandatangani salah seorang pemain Buriram United.  “Berkenaan berita yang tersebar mengenai kelab ingin menandatangani salah seorang pemain Buriram United, ianya adalah tidak […]

Pengurusan Terengganu Ucap Penghargaan Kepada Buriram United

Pengurusan Terengganu FC berpeluang mengadakan lawatan kerja ke kelab juara Thai League 1 musim 2022-2023, Buriram United baru-baru ini. Lawatan kerja ini bukan saja bertujuan membina perhubungan di antara kedua-dua kelab. Malah, Buriram dan Terengganu dapat membincangkan kerjasama yang dilihat bakal memberi kelebihan kepada kedua-dua pihak. Delegasi skuad Peteh diketuai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Mohd […]

“Tiada Jaminan Mana-Mana Pemain Dalam Kesebelasan Utama” – Tomislav Steinbruckner

Ketua jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner mahu anak-anak buahnya terus bersaing bagi merebut tempat dalam kesebelasan utama pasukan. Jurulatih berusia 58 tahun itu mahu menilai para pemainnya ketika sesi latihan dan aksi pemanas badan bagi menentukan pemain yang layak untuk mengisi kesebelasan utama pasukan. ”Saya tidak boleh memberi sebarang jaminan kepada mana-mana pemain untuk berada […]

Terkini: Manuel Ott Pulang Ke Terengganu

Pemain tengah antarabangsa Filipina, Manuel Ott akhirnya menemui destinasi untuk mengharungi saingan liga musim ini selepas disahkan kembali menyertai Terengganu FC. Perpindahan Ott ke Terengganu telah diumumkan pihak kelab melalui satu video yang disiarkan di semua laman sosial rasmi pasukan. Bekas kapten Kedah itu dijangka bakal membentuk gandingan mantap di bahagian tengah Terengganu bersama-sama Akram […]

Dion Cools Dalam Radar Terengganu?

Orang besi Harimau Malaya, Dion Cools dikhabarkan kini berada dalam radar Terengganu FC. Khabar angin perpindahan mengejutkan itu dikongsikan oleh pengacara Astro Arena, Hafizal Hamad dalam segmen redONE Keluar Masuk Liga M di Nadi Arena hari ini. Bagaimanapun, beliau menyatakan belum ada pengesahan daripada mana-mana pihak berkenaan khabar angin perpindahan tersebut. “Saya difahamkan menerusi sumber saya […]

Saingan Hebat Syihan Hazmi? Suhaimi Husin ‘Ikut’ Kata Kim Pan-gon

Penjaga gol Terengganu FC, Suhaimi Husin mengakui bersedia menjadi penjaga gol utama Malaysia sekiranya diminta oleh Kim Pan-gon. Perkara ini dinyatakan beliau apabila ditanya media tentang hal tersebut di Wisma FAM hari ini. Suhaimi melihat tidak kira siapa yang dipilih sebagai penjaga benteng terakhir negara nanti, beliau akan bersedia memberi yang terbaik. Ini kerana pada […]

Sony Norde Bakal Sarung Jersi Hijau Kuning?

Pemain berstatus ejen bebas, Sony Norde dilaporkan bakal menyarung jersi hijau kuning bagi saingan liga Malaysia musim 2024/25. Pemain sayap kelahiran Haiti itu akan memperkuatkan jentera serangan Kedah Darul Aman setelah beraksi buat pasukan Terengganu pada musim lalu. Perkara tersebut dikongsikan oleh wartawan sukan, T. Avineshwaran di laman media sosial rasmi X miliknya. Sony Norde […]

Akhyar Rashid & Safawi Rasid Bantu Peningkatan Mendadak Nilai Komersial Terengganu

Kehadiran dua pemain baharu Terengganu FC, Akhyar Rashid dan Safawi Rasid telah memberi khabar gembira buat kem Terengganu. Menerusi satu hantaran yang dimuat naik laman media sosial rasmi TFC, mereka memaklumkan bahawa pemain-pemain yang baru ditandatangani Skuad Penyu berjaya membawa impak yang cukup besar terhadap pemasaran kelab. Siaran video pengenalan pemain telah tular hingga mencecah […]

Manuel Ott Kembali Ke Pangkuan Terengganu?

Pemain tengah kelahiran Filipina, Manuel Ott kini dilaporkan bakal kembali bersama pasukan dari pantai timur, Terengganu.  Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam yang menyatakan Manuel Ott menjadi rebutan kelab Liga Super selepas beliau difahamkan akan menamatkan kontraknya bersama Kedah. Khabar angin ini menjadi tanda tanya apabila pemain tengah berusia 31 tahun […]

Pendekatan Latihan Terengganu Kini Berubah

Pengendali Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner dilihat mengubah pendekatan latihan pra-musim pasukan itu untuk musim 2024-2025. Ini berdasarkan pemerhatian yang dibuat wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam semasa meninjau sesi latihan skuad Peteh semalam. Steinbruckner dilihat bukan saja mengekalkan fokus dari segi kecergasan fizikal pemain. Malah, pengendali Croatia itu turut mahukan para pemain memahami falsafah permainan […]

Terengganu Sambar Penyerang Prolifik Piala MFL

Penyerang PDRM FC, Nnabuike Chijioke Chukwu telah disahkan menjadi rekrut terbaru buat pasukan Terengganu FC II (TFC II) yang bakal bersaing di Piala MFL musim 2024/2025. Perpindahan Nnabuike Chijioke Chukwu ke TFC II itu telah disahkan TFC melalui satu hantaran di laman sosial rasmi pasukan tersebut. “Selamat datang Chukwu Nnabuike Chijioke ke Terengganu FC II,” […]

Peluang Kedua Suhaimi Husin Bersama Harimau Malaya

Penjaga gol Terengganu FC, Suhaimi Husin kembali mendapat tempat bersama skuad kebangsaan bimbingan Kim Pan-gon. Ini merupakan kali kedua penjaga gawang berusia 29 tahun ini menerima panggilan ke skuad kebangsaan selepas kali pertama ketika kejohanan Pesta Bola Merdeka pada September yang lalu. Selepas itu, namanya tidak tersenarai oleh barisan kejurulatihan bagi aksi Kelayakan Piala Dunia […]