Dion Cools Berpotensi Beraksi Menentang Kelab Malaysia

Pemain pertahanan Malaysia, Dion Cools berpeluang beraksi menentang kelab Malaysia apabila saingan Shopee Cup bermula pada 17 Julai ini. Ini selepas kelab beliau, Buriram United dinamakan sebagai salah satu daripada dua wakil Thailand yang beraksi dalam kejohanan itu. Sementara BG Pathum United dipilih sebagai satu lagi pasukan yang mengiringi Buriram ke Shopee Cup. Buriram dipilih […]

Azam Azmi Kembali Perkuat Terengganu

Penyokong Terengganu FC ceria apabila mendapat tahu bek kanan utama mereka, Azam Azmi Murad kembali cergas sepenuhnya. Ini selepas pengendali skuad Peteh, Tomislav Steinbruckner mendedahkan status terkini masalah kecederaan pemain menjelang sepak mula liga pada 11 Mei ini. Sebelum ini, bek kanan berusia 23 tahun itu terpaksa berehat lama selepas mengalami kecederaan buku lali dalam […]

Siaran Langsung Undian Shopee Cup: Terengganu & KL City

Siaran langsung Shopee Cup 2024 menjadi tumpuan dengan dua wakil Malaysia bakal membawa cabaran negara dalam kejohanan Asia Tenggara ini. Shopee Cup bakal menampilkan 12 pasukan utama rantau Asia Tenggara dan bakal bersaing dalam 40 perlawanan. Selaras dengan perubahan liga-liga serantau yang mengikut kalendar yang ditetapkan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Shopee Cup bakal berlangsung dari […]

Safee Sali Harap Ubaidullah Shamsul Segera Bangkit

Bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali berharap bek tengah Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23), Ubaidullah Shamsul Fazili kembali bangkit apabila musim 2024/25 bermula. Safee berpandangan sedemikian selepas melihat kempen hambar Malaysia dalam Piala Asia B-23 2024 di Qatar baru-baru ini. Malaysia gagal merealisasikan sasaran layak ke suku akhir Piala Asia B-23 apabila menamatkan kempen Kumpulan D […]

“Mungkin Pemain Terengganu Risaukan Akhyar Rashid” – Tomislav Steinbruckner

Ketua jurulatih Terengganu, Tomislav Steinbruckner mengakui tidak berpuas hati dengan aksi yang dipamerkan anak buahnya dalam aksi menentang Kelantan Darul Naim di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Terengganu sekadar mencatat keputusan seri tanpa jaringan dan terpaksa bermain tanpa kelibat pemain lincah, Akhyar Rashid yang disamun sehari sebelum perlawanan. Tomislav Steinbruckner berpendapat kejadian buruk yang menimpa […]

Pra-Musim: Terengganu & Kelantan Darul Naim Pamer Aksi Sama Hebat

Aksi Terengganu menentang Kelantan Darul Naim sekadar berakhir dengan keputusan seri antara kedua-dua pasukan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Kelantan Darul Naim membariskan kesebelasan utama terbaik dalam aksi menentang Terengganu dengan menurunkan pemain seperti Fazrul Amir, Ghaffar Rahman, Khatul Anuar dan Valdumar. Skuad Sang Penyu pula menurunkan gandingan Shahrul Nizam dan Ubaidullah Shamsul dibahagian […]

Kelibat Izham Tarmizi Dikesan Di Padang Terengganu

Penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Izham Tarmizi Roslan dikatakan bakal kembali ke pasukan gergasi selatan itu selepas satu musim dipinjamkan ke Sri Pahang pada musim 2023. Namun begitu, kelibat Izham masih tidak dapat dilihat bersama pasukan utama JDT yang telah melalui aksi pra-musim di Sepanyol dari 14 April sehingga 30 April. Baru-baru ini, telah […]

Subramaniam Anggap 3 Pasukan Lebih Kuat Berbanding Selangor

Lagenda bola sepak negara, S. Subramaniam menganggap tiga pasukan Liga Super memiliki kekuatan yang lebih baik berbanding Selangor. Perkara ini diucapkan beliau ketika melakukan analisis di Astro Arena selepas The Red Giants menundukkan Young Elephants 4-0 untuk menjulang trofi Selangor Asia Challenge. Katanya, pasukan kendalian Nidzam Jamil tidak dapat menguji kekuatan sebenar kerana bertemu pasukan […]

Pra-Musim: Terengganu Tundukkan Sri Pahang, Kekal Rekod Tanpa Kalah

Terengganu berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam aksi pra-musim apabila menewaskan cabaran Sri Pahang di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh. Terengganu menurunkan kesebelasan utama terbaik dalam aksi menentang Sri Pahang seperti Shahrul Nizam, Marin Pilj, Manuel Ott, Safawi Rasid, Akhyar Rashid dan Ismaheel Akinade. Sri Pahang pula mempertaruhkan pemain baru seperti T. Saravanan bersama-sama pemain sediakala […]

David James Akui Terengganu Pasukan Istimewa Di Malaysia

Bekas penjaga gol pasukan kebangsaan England, David James mengakui Terengganu merupakan sebuah pasukan yang istimewa di Malaysia. Beliau yang ditemui ketika sesi sidang media Battle of The Reds di Kuala Lumpur hari ini menjelaskan mengenai persaingan sengit yang bakal disajikan oleh kedua-dua pasukan. Katanya, pertemuan lagenda Man United dan Liverpool ini bakal memberikan satu pengalaman […]

Terengganu Julang Trofi Pertama Musim 2024

Terengganu FC membuktikan mereka mahu memberi cabaran hebat dalam musim 2024/25 dengan meraih gelaran juara Agarbomb Performance Cup 2024. Peteh muncul juara kejohanan pra-musim itu meskipun sekadar seri tanpa jaringan dengan Terengganu II dalam perlawanan terakhir pada 21 April lalu. Berdasarkan rekod kejohanan, anak buah Tomislav Steinbruckner itu kekal tanpa kalah dalam tiga perlawanan. Terengganu […]

Pra-Musim: Terengganu & Terengganu II Sama Handal

Aksi pra-musim menyaksikan skuad Terengganu terikat tanpa jaringan ketika berdepan pasukan Terengganu ll. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin menyaksikan beberapa perubahan dilakukan dalam skuad kendalian Tomislav Steinbruckner. Pertemuan akhir bagi aksi Agarbomb Performance Cup 2024 menyaksikan beberapa peluang terhidang buat kedua-dua pasukan namun gagal dimanfaatkan. Ketiadaan jentera serangan seperti Ismaheel Akinade, […]

Pra-Musim: Terengganu & Kedah Terikat Di Gong Badak

Aksi pra-musim 2024 antara pasukan Terengganu dan Kedah berkesudahan dengan keputusan seri 1-1. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin itu menyaksikan kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik. Aksi babak pertama memperlihatkan pertembungan kualiti yang seimbang antara kedua-dua pasukan. Anak didik Nafuzi Zain bermula baik menerusi serangan bertali-arus dengan gandingan Syafiq Ahmad dan Gordic […]

Kim Pan-gon Bawa Haluan Ke Terengganu

Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon tiba di bumi Terengganu hari ini bagi menyaksikan kejohanan Agarbomb Performance Cup 2024. Kim Pan-gon bersama barisan kejurulatihannya hadir bagi menyaksikan aksi pembukaan antara dua pasukan Liga Super Malaysia iaitu Terengganu dan Kedah Darul Aman. Terengganu dan Kedah akan berentap di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin bagi aksi persahabatan pra-musim […]

Pra-Musim: Kedah Kalahkan Skuad Muda Terengganu

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) membuka kempen Agarbomb Performance Cup 2024 dengan bergaya apabila menewaskan Terengganu FC II hari ini. Perlawanan hari ini membantu kedua-dua pasukan tampil lebih mantap apabila saingan musim 2024/25 membuka tirainya pada bulan hadapan. Perlawanan hari ini turut menemukan semula dua rakan lama iaitu jurulatih Terengganu II, Hairuddin Omar dan […]

Pra-Musim: Terengganu Mula Langkah Kanan Tundukkan Penang

Terengganu mencatatkan kemenangan pertama untuk kejohanan 4 penjuru pra-musim 2024/25 apabila menewaskan Penang dalam Agarbomb Performance Cup. Sang Penyu menampilkan kesebelasan terbaik dalam aksi ini dengan menurunkan Suhaimi Husin, Shahrul Nizam, Alif Zakaria dan Nurillo Tukhtasinov termasuk muka-muka baharu seperti Safawi Rasid, Akhyar Rashid, Marin Pilj, Ismaheel Akinade dan Manuel Ott. Pasukan Penang pula dibarisi […]