Siaran Langsung Piala FA: Sabah vs Terengganu (Live Streaming)

Aksi suku akhir kedua antara Sabah dan juga Terengganu FC mencuri tumpuan. Skuad kendalian Tomislav Steinbruckner berjaya memperagakan persembahan cemerlang apabila menundukkan Sabah dengan keputusan 4-0 di laman sendiri. Namun begitu, Pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee tidak mahu mengalah awal sambil mahu anak buahnya kembali bangkit di laman sendiri. “Kita tidak boleh putus […]
“Saya Mahu Jumpa Anda Semua Di Stadium Likas” – Ramon Machado

Penyerang import Sabah, Ramon Machado meluahkan hasratnya untuk berjumpa dengan para penyokong buat kali terakhir di Stadium Likas pada aksi suku akhir kedua Piala FA pada Sabtu. Pada Jumaat, berita mengejutkan diterima peminat Sabah apabila pihak kelab menerusi pengurusnya, Datuk Joh Wid telah mengeluarkan satu kenyataan berkenaan penamatan kontrak Machado atas persetujuan bersama. “Ramon telah […]
Terengganu Nafi Berita Tomislav Steinbruckner Meninggal Dunia

Kelab Liga Super, Terengganu FC menafikan sekeras-kerasnya berita mengenai pemergian Ketua Jurulatih, Tomislav Steinbruckner. Baru-baru ini, satu berita telah tersebar mengenai khabar angin mengenai pengendali kelahiran Croatia itu yang dikatakan terlibat dalam sebuah kemalangan. Terdapat gambar dan hantaran yang dimuat naik di laman sosial ini sekaligus mencetuskan pelbagai spekulasi. Menerusi satu kenyataan oleh Pengarah Sukan […]
Lambakan Kulit Kuaci Punca Stadium Sultan Mizan Tersumbat

Lambakan kulit kuaci yang dibuang penyokong dilihat punca saluran air Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) tersumbat. Isu ini dikesan pengurusan SSMZA setiap kali menjalankan proses penyelenggaraan dan pembersihan sekitar kawasan stadium. Ini termasuk perlawanan suku akhir pertama Piala FA 2024 antara Terengganu FC dan Sabah FC di SSMZA pada 28 Jun lalu. Pengurusan stadium […]
Dua Pundit Sependapat Berkenaan Isu Dalaman Sabah

Dua pundit bola sepak iaitu Zaquan Adha dan Dato’ Zainal Abidin Hassan bersependapat berkenaan isu dalaman yang dikatakan membelenggu para pemain Sabah FC baru-baru ini. Zaquan berkata masalah dalaman yang dihadapi oleh para pemain Sabah dikatakan sudah diselesaikan namun mungkin ianya agak sedikit lewat. Beliau yang menjadi pundit untuk Astro Arena menjelaskan bahawa sudah bertanyakan […]
Azam Azmi Ingin Kembali Ke Tahap Terbaik

Pemain pertahanan Terengganu FC, Azam Azmi Murad mahu kembali ke tahap terbaik selepas diberi kepercayaan beraksi dalam kesebelasan utama untuk aksi suku akhir pertama Piala FA 2024. Sebelum ini, pemain pertahanan berusia 23 tahun terpaksa berehat lama akibat kecederaan semasa beraksi untuk Harimau Malaya pada Mac lalu. Masalah kecederaan sama turut menghalang Azam daripada menyertai […]
Skuad Muda Terengganu Lakar Kejutan Tundukkan JDT

Hajat Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) II kembali bergelar pendahulu Piala MFL tidak kesampaian apabila tewas kepada Terengganu FC II dalam aksi terbaru Piala MFL musim 2024/25. JDT II yang dibimbing Juan Miguel Munoz Rodriguez perlu menang jika ingin memburu pendahulu liga ketika ini, Kelantan Darul Naim FC (KDN FC). Sementara juara Piala MFL […]
Skuad Muda Terengganu Ketepikan Cabaran Kelantan

Skuad Terengganu FC III terus menghambat dua pasukan teratas Kumpulan A Piala Presiden 2024, Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) III dan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) Bawah 17 Tahun (B-17). Ini selepas pasukan dari Pantai Timur itu mengatasi cabaran Kelantan dalam aksi derby Pantai Timur yang berlangsung di Stadium Mini Persada Plus, Kuala Lumpur. Meskipun […]
Liga Super Malaysia Muncul Liga Kedua Terbaik Asia Tenggara

Liga Super Malaysia kini muncul liga kedua terbaik di Asia Tenggara ketika ini. Perkara ini dinyatakan oleh laman Footy Rankings mengenai perkembangan positif yang ditunjukkan oleh Liga Super sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Liga Super Malaysia kini mengumpul 58.1 mata dan berada pada kedudukan kedua di Asia Tenggara selepas Liga Thailand yang kekal menjadi liga […]
Sentuhan Manuel Ott Kagumkan Razman Roslan

Persembahan cemerlang yang ditampilkan pemain import Terengganu FC, Manuel Ott dalam aksi suku akhir pertama Piala FA 2024 buat bekas pemain kebangsaan, Razman Roslan kagum. Ott menjadi sebahagian daripada kesebelasan utama Peteh yang diturunkan menentang Sabah FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) pada 28 Jun lalu. Bergandingan bersama Marin Pilj dan Nurillo Tukhtasinov […]
“Kalau Ada Ronaldo Sekalipun Perlu Sesuaikan Diri Dengan Pasukan” – Zaquan Adha

Lagenda bola sepak negara, Zaquan Adha yakin keserasian amat penting dan amat diperlukan sungguhpun memiliki bintang ternama seperti Cristiano Ronaldo. Beliau dalam satu sesi pra-perlawanan bersama Astro Arena memberitahu bahawa terdapat perbezaan yang dimiliki oleh dua penyerang Terengganu iaitu Ismaheel Akinade dan juga Ivan Mamut. Namun begitu, bekas tonggak Negeri Sembilan ini secara peribadi lebih […]
Piala FA: Terengganu Catat Jumlah Kehadiran Tertinggi Kali Ke-2

Saingan suku akhir pertama Piala FA 2024 menyaksikan Terengganu FC merekodkan kehadiran tertinggi diikuti oleh Malaysian University FT (MUFT). Saingan kali ini menyaksikan skuad Penyu mencuri tumpuan dengan membelasah Sabah FC 4-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) pada 28 Jun lalu. Kejayaan tersebut dibantu dengan kehadiran 15,677 orang di SSMZA. Meskipun angka tersebut […]
Ong Kim Swee Kesan Dua Punca Sabah Dibelasah Terengganu

Pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee telah mengesan dua punca utama yang menyebabkan Sabah dibelasah Terengganu dengan keputusan 4-0 dalam aksi suku akhir Piala FA semalam. Kim Swee menjelaskan antara punca utama yang mengundang gol-gol mudah pasukan Terengganu adalah prestasi barisan pertahanan Sabah yang tidak bermain seperti selalu selain kelekaan dan kelemahan pemain Sabah […]
Terjahan Akhyar Rashid Patut Dilayangkan Kad Merah?

Bekas pemain pertahanan Harimau Malaya, Razman Roslan menyifatkan pemain sayap Terengganu FC, Akhyar Rashid bertuah kerana tidak mendapat kad merah dalam aksi suku akhir pertama Piala FA 2024. Akhyar menjadi sebahagian daripada kesebelasan utama skuad Peteh yang diturunkan menentang Sabah FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada 28 Jun lepas. Terengganu menceriakan penyokong setia […]
Piala FA: Sabah ‘Gugur’ Di Tangan Terengganu 4-0

Pasukan Sabah tewas kepada Terengganu dalam aksi suku akhir Piala FA 2024 yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin hari ini. Terengganu turun tanpa kehadiran pengendali pasukan, Tomislav Steinbrucker dan lapan orang pemain yang terpaksa disisihkan kerana dijangkiti virus Covid-19. Perkhabaran duka itu bagaimanapun tidak menjejaskan aksi positif yang dipersembahkan skuad Sang Penyu berdepan […]
4 Gol Ngeri Terengganu Berlaku Hanya 45 Minit

Terengganu FC mencipta kejutan dengan menyumbat empat gol dalam 45 minit untuk aksi suku akhir pertama Piala FA 2024 menentang Sabah FC. Aksi ini menyaksikan penolong jurulatih, Badrul Afzan Razali memangku tugas membimbing skuad Peteh. Ini selepas jurulatih Terengganu, Tomislav Steinbruckner masih menjalani kuarantin selepas dijangkiti Covid-19. Ketiadaan jurulatih Croatia itu langsung tidak menjejaskan perancangan […]