Liridon Krasniqi Buat Penyokong Terengganu Tersenyum Semula

Kemasukan raja gelek Liga Malaysia, Liridon Krasniqi ke dalam pasukan Terengganu sudah mula memancarkan bibit-bibit indah dalam bola sepak kelab tersebut. Pemain kelahiran Kosovo ini berpidah daripada sebuah kelab Liga 1 Thailand bagi mendapatkan semula rentak permainannya. Malah, kemasukan pemain berusia 31 tahun ini amat diperlukan dalam memantapkan lagi jentera tengah pasukan Pantai Timur itu […]

Info Siaran Langsung Odense Boldklub vs Terengganu | Pra-Musim 2023

Aksi melibatkan pertembungan antara naib juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juga pasukan gergasi Denmark, Odense Boldklub bakal berlangsung malam ini di Stadium BG Pathum, Thailand. Anak didik Tomislav Steinbrückner sudah tentu mahu melebarkan momentum terbaik sebagai persediaan sebelum melangkah ke saingan Liga Super. Skuad Peteh sudah tentu mahu memberikan yang terbaik di […]

Akhyar Rashid Kekal Bersama JDT

Masa depan pemain sayap lincah Johor Darul Ta’zim (JDT), Akhyar Rashid sebelum ini menjadi perhatian apabila beliau dikatakan akan berhijrah demi mencari minit permainan. Apatah lagi, Piala Asia 2023 akan berlangsung pada Jun nanti. Namun begitu, JDT difahamkan tidak akan melepaskan Akhyar ke mana-mana kelab dan akan terus bersama JDT bagi menghadapi saingan domestik dan […]

Bakat Semulajadi ‘Budak Milo’ Tepi Padang Raih Perhatian

Di media sosial Twitter, telah tular satu video aksi budak milo tenang menahan bola yang terkeluar dari padang menerusi sepakan jarak jauh penjaga gol Negeri Sembilan, Sikh Izhan. “First ball” pemuda itu sekaligus telah mendapat pujian ramai dalam satu perlawanan persahabatan pra-musim 2023 antara Negeri Sembilan dan Terengganu yang berlangsung di Stadium Paroi. Kejadian tersebut […]

Eureka Drinks Salur Tajaan Kewangan Kepada Terengganu

Sebuah syarikat minuman prestasi terkemuka di Malaysia, Eureka telah pun menjadi penaja rasmi kepada pasuka gergasi Pantai Timur, Terengganu bagi musim 2023. Menerusi satu pengumuman di laman rasmi pasukan, pihak kelab berbesar hati untuk menerima Eureka selaku penaja bagi tempoh setahun ini. Pengarah urusan Eureka, Encik Fadzrul Dullie memaklumkan bahawa Terengganu menjadi satu-satunya kelab di […]

“Terima Kasih Selangor Bantu Pulihkan Saya” – Nik Sharif

Pemain sayap lincah, Nik Sharif Haseefy Md Lazim berharap dapat memberikan impak kepada Terengganu FC selepas direkrut secara kekal oleh pasukan itu musim ini. Dia pada musim lalu bermain secara pinjaman dengan sang penyu, berjaya menyerlah dan menambat hati barisan kejurulatihan serta para penyokong. Malah dia turut menjaringkan tiga gol dalam 26 penampilan secara keseluruhan. […]

Pintu Terengganu Masih Dibuka Terima Pemain Tempatan

Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu FC, Ab Rasid Jusoh menyatakan bahawa pasukan Terengganu sudah membuat persiapan yang rapi untuk menghadapi pentas Liga Malaysia.  Dua pemain import, kelahiran Croatia, Ivan Mamut dan Damagoj Pusicini yang baru sahaja diumumkan milik Terengganu semalam dijangka akan memperkuatkan lagi barisan tengah dan serangan Terengganu musim ini. Dalam pada itu, Ab Rasid […]

Terengganu Umumkan Sardor Kulmatov Selaku Import Baharu

Selepas menanti lama, akhirnya sah sudah ura-ura yang diperkatakan sebelum ini. Sardor Kulmatov sah menjadi awang import Terengganu terbaru selepas Sony Norde dan Adisak Kraisorn. Pengumuman perpindahan ini diumumkan oleh Terengganu FC (TFC) menerusi siaran laman media sosial mereka hari ini. Bek tengah Uzbekistan itu menghabiskan sebahagian besar karier permainannya dengan Sogdiana Jissakh dan membuat […]

Pengganti Pape Diakite Sudah Tiba Di Terengganu

Selepas membawa masuk Sony Norde dan Adisak Kraisorn, Terengganu FC kini dikatakan semakin hampir untuk membawa masuk pemain dari Uzbekistan, Sardor Kulmatov yang kini beraksi untuk Sogdiana Jizzakh bagi menguatkan pasukan menjelang musim 2023. Berita perpindahan Kulmatov bukanlah sesuatu yang baharu buat peminat skuad ‘Sang Penyu’ apabila sebelum ini pemilik akaun twitter, @_UzbekFootball ada berkongsi […]

Terengganu Bakal Terima Dana Lebih RM20 Juta

Terengganu FC dijangka akan menerima dana yang lebih besar daripada kerajaan negeri bagi menghadapi Liga Malaysia dan saingan Piala Konfederasi Asia (AFC) musim 2023. Menerusi satu kenyataan oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, hal ini susulam perkembangan ekonomi semasa setelah sebelum ini, pihaknya telah memberi suntikan dana sebanyak RM20 juta pada […]

PBSNT Tunggu Surat Dari Faisal Halim

Selepas bertebaran berita Faisal Halim menuntut hak berkaitan masalah pemotongan gaji dari bekas majikannya iaitu Terengganu FC, pasti ramai pihak tertanya-tanya tentang apa yang telah berlaku kepada pemain Harimau Malaya itu. Faisal atau lebih mesra disapan ‘Mickey’ sebelum ini meluahkan isi hati beliau melalui laman twitter beliau. Dalam ciapan twitter tersebut, jelas sekali memperlihatkan beliau […]

Safuwan Baharudin Jadi Rebutan Terengganu & Negeri Sembilan

Pemain versatil kelahiran Singapura, Safuwan Baharudin kini diburu oleh beberapa kelab yang serius mahu mendapatkan khidmatnya. Pemain berusia 31 tahun itu sudah lama berkelana di Malaysia bersama beberapa buah kelab termasuklah Sri Pahang dan juga Selangor. Menurut beberapa sumber, Terengganu sebelum ini sudah menyatakan minat yang tinggi untuk mendapatkan khidmat Safuwan  bagi saingan musim 2023. […]

Media Dakwa Gaji Faisal Halim Dipotong Tanpa Notis

Laporan daripada media ada mengatakan bahawa ciapan yang dimuat naik oleh pemain sayap Harimau Malaya, Faisal Halim berpunca daripada pemotongan gaji tanpa notis. Menerusi satu sumber yang menaklumkan kepada Arena Metro, ciapan yang dimuat naik oleh kapten Malaysia tersebut berpunca daripada tindakan pihak pengurusan Terengganu yang memotong gajinya tanpa notis. Pemain berusia 25 tahun itu […]

Joseph Kalang: Bila Orang Tak Perlu Kita, Baru Kita Sedar

Bekas pemain Terengganu FC, Joseph Kalang Tie menitipkan pesanan buat pemain sensasi Selangor FC,  Faisal Halim. Pemain berusia 25 tahun itu memuat naik satu hantaran di laman Twitternya baru-baru ini sehingga menjadi perbualan hangat dalam kalangan para penyokong bola sepak tanah air. Beliau yang mesra disapa Mickey ini memberi bayangan mahu menuntut semula haknya daripada […]

Terengganu Buat Permohonan Maaf Secara Terbuka

Terengganu FC telah melakukan permohonan maaf secara terbuka berhubung isu yang melibatkan pemain import baharu mereka iaitu Adidak Kraisorn. Pihak pengurusan kelab tersebut bagaimanapun tampil dengan satu permohonan maaf berkenaan video pengumuman rasmi ketibaan pemain kebangsaan Thailand itu ke bumi Malaysia. Hal ini susulan terdapat babak dalam video tersebut yang menyentuh warga Kemboja kerana mengguna […]

Azalinullah Kecewa Digugurkan Terengganu Selepas Dijanjikan Tempat

Digugurkan selepas dijanjikan tempat di dalam pasukan, itulah yang berlaku kepada pemain tengah Terengganu FC, Azalinullah Alias. Azalinullah tidak terfikir mahu mencari kelab lain selepas diberitahu namanya ada dalam perancangan dan akan dikekalkan bagi musim baru Liga Malaysia, malah dia begitu teruja dengan prospek bermain di pentas Piala AFC buat pertama kali. Namun, Azalinullah yang […]