JDT Tempuhi Tiga Cabaran Berbeza Dalam Tempoh Singkat

Jurulatih Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Tano Solari memuji kesungguhan anak-anak buahnya biarpun mengharungi tiga perlawanan dalam tempoh 11 hari. Lebih mencabar, JDT perlu mengharungi tiga perlawanan di tempat lawan dalam tempoh tersebut. Selepas turun menentang Perak FC untuk aksi pertama separuh akhir Piala Malaysia pada 19 Oktober, mereka menentang Ulsan Hyundai di Korea […]
“Sukar Bila JDT Dibolosi Gol Awal” – Tano Solari

Jurulatih Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Tano Solari mengakui pasukannya berdepan tugas sukar untuk bangkit apabila dibolosi tiga gol awal oleh Ulsan Hyundai semalam. The Tigers membolosi gawang Harimau Selatan menerusi Jeong Seung-hyeon pada minit kelima dan dua gol Gustav Ludwigson pada minit ke-12 dan ke-18. Selepas Kim Tae-hwan dibuang padang pada minit ke-36, […]
5 Pemain Berstatus Bintang Bakal Sertai JDT

Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dijangka tampil dengan 5 tonggak baharu bagi memantapkan perjalanan musim baharu tahun hadapan. Perkara ini dinyatakan oleh Pemilik Kelab Bola Sepak JDT, DYAM TMJ berkenaan perancangan awal untuk mengukuhkan lagi persaingan skuad Harimau Selatan di Asia. Menerusi satu segmen di Nindia Bola Astro Arena, baginda memberitahu bahawa JDT […]
Tano Solari Seru JDT Pamer Taring Di Korea

Pengendali Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Tano Solari menyeru anak-anak buahnya agar mempamerkan aksi berkualiti menentang Ulsan Hyundai esok. Aksi esok merupakan aksi ketiga Kumpulan I ACL musim 2023-2024 membabitkan JDT dan Ulsan yang masing-masing memiliki satu kemenangan. The Tigers melihat pertemuan esok sebagai peluang membalas dendam selepas dua kali diaibkan Harimau Selatan dalam […]
Tano Solari Kagum Semangat Melawan Luar Biasa JDT

Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Tano Solari memuji semangat melawan yang dipamerkan oleh pasukannya untuk menundukkan wakil Thailand, BG Pathum United di tempat lawan. Aksi kedua Liga Juara-Juara AFC (ACL) itu menyaksikan Harimau Selatan berjaya mencatatkan kemenangan besar sungguhpun perlu bangkit daripada ketinggalan. Mengulas lanjut, pengendali muda itu berpuas hati dengan corak yang dipamerkan […]
Tano Solari Sasar Tundukkan BG Pathum

Jurulatih Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Tano Solari mensasarkan kemenangan bila mereka bertemu dengan BG Pathum esok. Selepas kedua-dua pasukan masing-masing tewas dalam aksi pertama Kumpulan I ACL, kedua-duanya berharap dapat bangkit meraih kemenangan. Biarpun beraksi di gelanggang lawan, Solari tidak melihat itu sebagai halangan buat mereka mencipta kemenangan pada malam esok. “(Kita) menentang […]
Tano Solari Ramal Formula Berbeza Di Piala Malaysia

Pengendali Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Tano Solari menjangkakan Negeri Sembilan FC menggunakan taktik berbeza dalam aksi kedua suku akhir Piala Malaysia esok. Pasukan pelawat kecundang di tangan Harimau Selatan dengan keputusan 3-0 pada minggu lalu. Begitupun, Solari percaya anak-anak buah K. Devan tidak akan berdiam diri dan berusaha mengejar defisit gol sehingga wisel […]
Tano Solari: Kalau Kalah, Hanya Ini Caranya

Ketua jurulatih pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Tano Solari berpuas hati dengan persembahan anak buahnya sungguhpun tewas tipis kepada Kawasaki Frontale. Harimau Selatan turun dengan barisan pemain terbaik untuk mengekang cabaran barisan bintang kelab Jepun itu untuk mendominasi perlawanan. Gol tunggal Marcinho pada minit ke-45 menyaksikan JDT mencatat kekalahan pertama musim 2023. Namun begitu, pengendali […]
“Ini Masa Buktikan Kemampuan Sebenar JDT” – Tano Solari

Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Tano Solari yakin dengan kemampuan pasukannya untuk mengharungi saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL). Pengendali kelahiran Argentina itu yakin detik yang ditunggu-tunggu untuk bersaing di pentas tertinggi bola sepak Asia mampu menjelmakan sesuatu buat pasukan kendaliannya. Beliau menyedari kemampuan sebenar lawan dari Jepun yang memiliki reputasi yang cukup baik. Katanya, […]
Tano Solari Yakin Arif Aiman Bakal Buktikan Sesuatu

Jurulatih Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Tano Solari percaya Arif Aiman Hanapi mampu memberi impak besar dalam Liga Juara-Juara AFC (ACL) musim ini. Ini kerana beliau percaya tidak seperti saingan Liga Malaysia (Liga M) yang lebih fizikal, saingan ACL bakal beri ruang kepada pemain sayap berusia 21 tahun itu untuk menyinar. “Saya fikir beliau […]
Pandangan Tano Solari Tentang Lawan JDT Di ACL

Ketua jurulatih pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Tano Solari mempunyai pandangan tersendiri tentang cabaran pasukannya di pentas Liga Juara-Juara AFC (ACL) musim ini. Undian yang dijalankan oleh AFC menyaksikan Harimau Selatan sekali lagi diundi bersama jaguh Jepun dan Korea, Kawasaki Frontale dan Ulasan Hyundai sementara BG Pathum menjadi lawan berikutnya buat JDT. Beliau ketika ditemui […]
Tano Solari Kongsi Perkembangan Terbaru Fernando Forestieri

Penyokong Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) boleh menghela nafas lega apabila penjaring terbanyak mereka, Fernando Forestieri dilaporkan bakal kembali menyertai pasukan tidak lama lagi. Perkara ini dinyatakan secara umum oleh jurulatih Harimau Selatan, Esteban Solari apabila menyentuh isu kecederaan yang membelenggu pasukan ketika ini. Selain Forestieri, penyerang Brazil, Diogo Luis Santo dan pemain perancang […]
JDT Catat 4 Rekod Baru Liga Malaysia

Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) mencatatkan 4 rekod baharu Liga Super Malaysia menjelang detik akhir sebelum dinobatkan selaku juara sedekad di Malaysia. Pasukan bimbingan Tano Solari kini dalam fasa akhir sebelum menjulang trofi kejuaraan liga kali ke-10 berturut-turut sungguhpun diikat buat kali pertama musim ini berdepan Kedah Darul Aman tempoh hari. Harimau […]
“Pengajaran Yang Bagus Buat JDT” – Tano Solari

Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Tano Solari menganggap keputusan seri yang dicatat anak buahnya ketika berdepan Kedah Darul Aman sebagai satu pengajaran. Kedah berjaya mengikat JDT di Stadium Darul Aman dalam aksi LS21 yang berkesudahan dengan keputusan seri, 3-3. Tano Solari mengakui perlawanan tersebut merupakan perlawanan yang sukar buat kem Harimau Selatan kerana pasukan lawan […]
JDT Berpeluang Catat Rekod Dunia Terbaik Sepanjang Zaman

Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) berpeluang untuk melakar kejayaan yang lebih besar daripada yang dijangkakan. Skuad Harimau Selatan ketika ini berada di landasan terbaik untuk menjulang kejuaraan Liga Super buat kali ke-10 pada musim ini apabila menang kesemua 20 perlawanan liga setakat ini. Pasukan bimbingan Tano Solari terus menjarakkan diri dengan pesaing […]
Ramalan Awal Tano Solari Benar-Benar Terjadi

Ketua jurulatih pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Tano Solari telah membayangkan bahawa pertembungan akhir Piala FA akan berlangsung sebegini. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim menyaksikan Harimau Selatan meraih trofi kedua pada musim ini selepas meraih kemenangan 2-0 semalam. Pengendali kelahiran Argentina itu bagaimanapun sudah meramalkan bahawa aksi ini bakal menjadi sukar seawal minit […]