Tan Cheng Hoe: Saya Tak Pasti Tentang Masa Depan Saya

Jurulatih Police Tero FC, Tan Cheng Hoe mengakui tidak pasti tentang kedudukannya bersama pasukan itu selepas tamat musim 2023/24. Perkara ini dinyatakan sendiri beliau dalam sidang media pasca-perlawanan Police Tero-Chiangrai United yang berlangsung semalam. Ketika ini, Police Tero menghuni zon penyingkiran Thai League 1 dengan 25 mata selepas mengharungi 27 perlawanan. Keadaan ini berlaku ekoran […]

Faisal Halim Kongsi Pendekatan Berbeza Nidzam Jamil & Tan Cheng Hoe

Pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim melihat Tan Cheng Hoe dan Nidzam Jamil memiliki pendekatan berbeza sebagai jurulatih. Faisal berpandangan sedemikian selepas melihat kedua-duanya menggalas peranan sebagai jurulatih Merah Kuning. Cheng Hoe membimbing Selangor dari pertengahan 2022 hingga Mac tahun ini dengan Nidzam menggalas peranan sebagai pembantu jurulatih. Selepas bekas jurulatih Harimau Malaya itu menerima […]

Tan Cheng Hoe Hadapi Tekanan Hebat Di Thailand

Selepas lebih kurang dua bulan berkelana Thailand, bekas jurulatih Malaysia, Tan Cheng Hoe sudah mula merasakan bahang dan tekanan di sana. Februari lalu, Tan Cheng Hoe membuat keputusan drastik dengan meninggalkan pasukan Selangor FC selepas berjaya membawa The Red Giants melayakkan diri ke saingan AFC Champions League 2 (ACL2) musim hadapan. Keputusan mengejut ini dibuat […]

Tan Cheng Hoe Guna Pendekatan Berbeza Di Thailand

Jurulatih Police Tero, Tan Cheng Hoe melihat pendekatan berbeza sebagai kunci kejayaan pasukan itu meraih kemenangan baru-baru ini. Police Tero akhirnya berjaya mengecapi kemenangan pertama dalam 12 perlawanan selepas mengalahkan Uthai Thani 1-0 dalam aksi terbaru Thai League 1. Pasukan yang diberi jolokan The Silver Shield Dragon itu meraih kemenangan menerusi gol Ekkachai Sumrei pada […]

Thai League 1: Tan Cheng Hoe Raih Kemenangan Sulung Bersama Police Tero

Selepas sering kali menamatkan perlawanan dengan nota kekalahan, Tan Cheng Hoe akhirnya berjaya meraih kemenangan sulung bersama Police Tero di Liga Thailand. Dalam aksi liga menentang Uthai Thani FC sebentar tadi, Police Tero yang turun sebagai pasukan tuan rumah dipaksa bekerja keras sebelum meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas lawannya. Perlawanan dimulakan dengan Police Tero […]

Tan Cheng Hoe Terima Hukuman Sulung Di Thailand

Menghampiri dua bulan berada di Thailand, jurulatih Police Tero, Tan Cheng Hoe telah menerima hukuman buat pertama kalinya dalam saingan Liga Thailand. Pada aksi di antara Police Tero dan Lamphun Warrior semalam, Tan Cheng Hoe telah dihukum selepas dilayangkan kad kuning pada minit ke-39 oleh pengadil perlawanan. Kad kuning tersebut dilayangkan selepas Cheng Hoe difahamkan […]

Thai League 1: Khon Kaen United Buat Tan Cheng Hoe & Police Tero Merana Kali Ke-4

Aksi Thai League 1 menyaksikan Police Tero mengalami kekalahan ketiga dalam 4 perlawanan apabila tewas kepada Khon Kaen United dengan keputusan 4-0. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Provincial Khon Kaen menyaksikan ketua jurulatih Police Tero, Tan Cheng Hoe mempertaruhkan formasi 4-4-2 berbalas 4-2-3-1 oleh lawan. Pasukan pelawat tidak menunggu lama untuk mengatur gerak dalam 15 […]

Pemain Yakin Selangor Akan Pergi Lebih Jauh Dengan Nidzam Jamil

Pemain pertahanan meningkat naik, Harith Haiqal percaya kredibiliti yang ada pada Nidzam Jamil mampu membawa pasukan Selangor melangkah lebih jauh bagi musim 2024/25. Selangor kini telah mengumumkan secara rasmi pelantikan Nidzam Jamil selaku ketua jurulatih Gergasi Merah yang baharu setelah pemergian Tan Cheng Hoe ke Police Tero. Jurulatih berusia 43 tahun itu memiliki pengalaman yang […]

Nidzam Jamil: Tahun Ini Adalah Tahun Yang Mencabar

Ketua jurulatih Selangor FC, Nidzam Jamil mengakui tahun ini merupakan musim yang mencabar. Selangor FC baru sahaja mengumumkan pelantikan Nizdam Jamil sebagai ketua baharu Jurulatih Selangor menggantikan kekosongan yang ditinggalkan Tan Cheng Hoe yang kini sudah bersama Police Tero. Jurulatih berusia 43 tahun ini mahu setiap pihak memberi sokongan penuh kepada pasukan untul hadapi musim […]

Giliran Chonburi Bakal Jejakkan Kaki Ke Johor Bahru

Sebuah lagi kelab dari Thailand bakal menjejakkan kaki ke Johor Bahru selepas kehadiran Police Tero pada minggu lalu. Chonburi FC bakal turun menentang jaguh Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam dua aksi persahabatan yang dijadualkan pada 20 Mac dan 22 Mac di Stadium Sultan Ibrahim. Seramai 23 pemain akan dibawa Chonburi ke Johor Bahru temasuk […]

4 Calon Jurulatih Selangor Tertiris, Miliki Aura Hebat Di Asia

4 orang jurulatih berprofil tinggi mula disebut-sebut untuk mengisi posisi selaku jurulatih baharu Selangor bagi musim 2024/25. Semuanya bermula apabila ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe memilih untuk berpisah dengan The Red Giants dan berkelana di Thailand bersama Police Tero. Keadaan ini memaksa pasukan untuk melantik pengendali sementara, Nidzam Jamil yang juga merupakan penolong jurulatih sejak […]

Thai League 1: Tan Cheng Hoe Alami Kekalahan Pertama, Police Tero Ditewaskan PT Prachuap

Tan Cheng Hoe mengalami kekalahan pertama bersama Police Tero apabila pasukan itu tunduk kepada PT Prachuap dalam aksi terbaru Thai League 1 hari ini. Selepas meraih keputusan 1-1 dengan Nakhon Pathom pada minggu lepas, The Silver Shield Dragons berharap dapat meneruskan momentum dengan meraih kemenangan pertama dalam lapan perlawanan. Kali terakhir pasukan itu meraih kemenangan […]

Tan Cheng Hoe Sahut Cabaran Latih Police Tero

Bekas pengendali Selangor FC, Tan Cheng Hoe mengakui tawaran melatih kelab barunya, Police Tero FC sebagai satu cabaran menarik buatnya. Sebelum ini, ramai peminat bola sepak negara terkejut apabila bekas jurulatih Harimau Malaya itu memilih meninggalkan Selangor dan menerima tawaran kelab Thai League 1 itu. Ini kerana Police Tero ketika ini berada di zon penyingkiran […]

Tan Cheng Hoe Mahu Jurulatih Malaysia Cabar Diri Ke Luar Negara

Bekas jurulatih Selangor, Tan Cheng Hoe memasang impian untuk melihat lebih ramai jurulatih tempatan mendapat peluang membimbing pasukan di luar negara Beliau yang ditemu bual oleh Astro Arena berkata, sasaran beliau apabila berada di luar negara adalah untuk melatih selama mungkin kelab-kelab di sana. ”Itu (adalah) sasaran saya selepas mendapat tawaran berada di luar negara, […]

Selangor Berpeluang Asah Taring Berdepan Tan Cheng Hoe?

Naib Juara Liga Super Malaysia 2023, Selangor FC tiba di bumi Thailand bagi memulakan kempen pra-musim. Gergasi Merah Kuning memilih Bangkok sebagai destinasi pilihan pasukan untuk melakukan persiapan sebelum kancah Liga Super musim baru ini membuka tirai pada bulan Mei kelak. Biarpun rancangan pasukan yang bakal beraksi di pentas Asia Champions League 2 (ACL2) itu […]

Thai League 1: Penalti Selamatkan Police Tero Dan Tan Cheng Hoe

Sepakan penalti menjadi penyelamat Police Tero dan Tan Cheng Hoe daripada dimalukan di gelanggang sendiri berdepan Nakhon Pathom dalam saingan Liga Thai 1 sebentar tadi. Police Tero mempertaruhkan ketajaman penyerang baharu dari Congo, Juvhel Tsomou dalam usaha memburu jaringan. Perlawanan dimulakan dengan penguasaan dipamerkan oleh Police Tero yang merupakan pasukan tuan rumah manakala pemain Nakhon […]