Kim Pan-gon: Kenapa Jurulatih Tajikistan ‘Menangis’ Sebelum Aksi Bermula?

Jurulatih skuad senior Malaysia, Kim Pan-gon berpandangan sebarang masalah yang dihadapi lawan tidak sepatutnya didedahkan untuk pengetahuan umum kerana itu satu sikap buruk. Beliau berpandangan demikian selepas jurulatih Tajikistan, Petar Segrt mendedahkan pelbagai masalah yang dihadapi pasukannya termasuk ketiadaan 15 pemain utama. Bagi Pan-gon, sebagai pemimpin pasukan, jurulatih bukan saja perlu menunjukkan teladan yang bagus […]

Petar Šegrt: Jika Malaysia Mahukan Piala Merdeka, Kalahkan Kami Dulu

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Tajikistan, Petar Sergt mula melancarkan perang psikologi selepas menyatakan esok merupakan detik terbaik buat Malaysia mencatatkan kemenangan berdepan pasukannya. Jurulatih kelahiran Croatia itu diduga dengan keadaan yang tidak mengizinkan selepas kurang sihat dalam tempoh beberapa hari. Hal ini menyebabkan beliau terlepas peluang untuk menonton aksi Malaysia berdepan India namun sudah pun […]

3 Pemain Tumpuan Malaysia ‘Gegar’ Tajikistan

Bahang semakin terasa menjelang aksi akhir Pestabola Merdeka antara pasukan Malaysia dan Tajikistan pada Selasa ini. Kelibat 3 pemain ini pastinya mencuri tumpuan dalam membantu pasukan Harimau Malaya meraih trofi pertama dibawah kendalian Kim Pan-gon. 1. Syihan Hazmi Penjaga gol berusia 27 tahun ini menjadi pilihan utama ketua jurulatih untuk menjaga gawang gol Malaysia sejak […]

“Malaysia Kembali Bagi Misi Balas Dendam” – Stuart Wilkin

Perancang tengah Malaysia, Stuart Wilkin yakin Malaysia kembali dengan misi besar berdepan Tajikistan di laman sendiri. Pasukan kendalian Kim Pan-gon dalam momentum terbaik selepas membenam cabaran India dengan keputusan 4-2 di Bukit Jalil tempoh hari. Beliau diberi kepercayaan oleh pengendali kelahiran Korea Selatan itu untuk masuk selaku pemain gantian bagi meneruskan rentak cemerlang Malaysia. Menerusi […]

Jurulatih Tajikistan Tahu Masa Depan Syihan Hazmi Lebih Awal

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Tajikistan, Petar Šegrt sudah pun mengetahui tentang masa depan penjaga gol negara, Syihan Hazmi lebih awal dari yang disangkakan. Pengendali kelahiran Croatia itu pernah membawa pasukannya menewaskan Harimau Malaya dalam aksi final King’s Cup di Thailand, tahun lalu. Beliau yang ditemui oleh MakanBola ketika itu mengakui bahawa Malaysia mempunyai potensi yang […]

Kelayakan Piala Asia U23: Malaysia Sah Ke Piala Asia

Hasrat Malaysia ke Piala Asia B-23 2024 tercapai selepas rekod disiplin mereka membantu mengatasi Iran untuk slot terakhir naib juara kumpulan. Selepas tewas kepada Thailand dalam aksi terakhir Kumpulan H, skuad B-23 negara terpaksa menunggu keputusan kumpulan kelayakan lain bagi mengetahui sama ada mereka layak atau tidak. Sebelum perlawanan menentang Thailand, dari segi kedudukan naib […]

Singapura Tewas Tipis Berdepan Tajikistan

Singapura terus tercari-cari kemenangan kedua dalam kalendar antarabangsa FIFA apabila mereka tewas 2-0 kepada Tajikistan dalam aksi persahabatan di Stadium Bishan hari ini. The Lions yang diketuai kapten, Hariss Harun tahu mereka berdepan cabaran sukar menentang Tajikistan. Dari segi ranking FIFA, The Crowns berada pada kedudukan ke-110 dunia berbanding Singapura (ke-158). Kelebihan ini dimanfaatkan pasukan […]

Tajikistan Gantikan Lubnan Sertai Pestabola Merdeka

Susulan tindakan Lubnan menarik diri daripada saingan Pestabola Merdeka 2023, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bertindak pantas dengan menjemput Tajikistan sebagai pasukan keempat untuk edisi kejohanan ke-42 itu. Dan hari ini, pasukan yang diberi jolokan The Crowns mengesahkan penyertaan mereka untuk kejohanan itu. Berdasarkan ranking terbaru FIFA, Tajikistan ketika ini menduduki ranking ke-110 dunia. Dengan […]

Kapten Tajikistan Hampir Pasti Ke Terengganu

Pasukan Liga Super, Terengganu FC rancak melakukan persiapan bagi jendela perpindahan kedua apabila difahamkan membawa masuk kapten pasukan kebangsaan Tajikistan ke Gong Badak. Pemain berusia 24 tahun itu merupakan antara calon pengganti bagi mengisi posisi yang dimainkan oleh Domagoj Pušić. Perancang tengah Croatia itu gagal mempamerkan aksi terbaik apabila bergelut untuk mencari prestasi sebenar. Khidmat […]

Kemampuan JDT Buka Mata Penjaga Gol Tajikistan

Wira Tajikistan di pentas final King’s Cup 2022 tempoh hari, Yatimov Rustam mengakui sedang mengikuti rapat tentang perkembangan bola sepak di Malaysia. Ketika pasca perlawanan final antara Malaysia dan Tajikistan, beliau berkongsi detik hitam yang masih segar di ingatannya ketika beliau bertemu Malaysia pada November 2019 di Bukit Jalil. Malaysia menang dengan keputusan 1-0 sementara […]

King’s Cup: Tajikistan Juara Tewaskan Malaysia

Pertembungan antara pasukan Malaysia menetang Tajikistan berkesudahan dengan kemenangan milik Tajikistan menerusi sepakan penalti. Kim Pan-gon telah membuat pertukaran dalam kesebelasan utama terutamanya pada bahagian serangan pasukan. Peluang terbaik buat Harimau Malaya hadir menerusi satu serangan balas namun rembatan Akhyar Rashid berjaya ditangkap kemas oleh penjaga gol Tajikistan, Rustam Yatimov. Anak didik Petar Segrt memiliki […]

Final King’s Cup Dalam Suasana Hujan?

Pertembungan antara dua pemenang separuh akhir, Malaysia dan juga Tajikistan berkemungkinan bakal diadakan dalam suasana hujan. Keadaan terkini di Chiang Mai, Thailand sudah berada dalam keadaan hujan sejak dua tiga hari kebelakangan ini. Oleh uanh demikian, perlawanan ini berkemungkinan berlangsung dalam keadaan hujan selepas cuaca pada petang Ahad, 25 September hujan lebat. Namun begitu, keadaan […]

Petar Šegrt: Malaysia Ada Segalanya

Ketua jurulatih Tajikistan, Petar Šegrt mengakui bahawa Malaysia memiliki segala-galanya untuk mencipta kejutan pad a perlawanan akhir. Beliau yang berjaya membawa pasukannya menewaskan Trinidad & Tobago dengan keputusan 2-1 itu turut terkejut dengan kemampuan anak didik Kim Pan-gon untuk membenam Thailand di hadapan puluhan ribu penyokong mereka. Katanya, perkara itu juga membuktikan bahawa Malaysia semenangnya […]

Lee Jeyoon Dirakam Teliti Ulang Kaji Perlawanan Skuad Senior

Juruanalisis prestasi pasukan bawah 23 tahun negara, Lee Jeyoon sudah mula menjalankan tugasnya apabila beliau dikesan turun bagi menganalisis perlawanan pasukan senior. Jeyoon dilihat berada dalam stadium bersama-sama seorang lagi pembantu jurulatih sedang mengumpul data kedua-dua perlawanan pada malam tersebut. Beliau yang memiliki Lesen B AFC (2020) & Analisis Prestasi Tahap 1 KFA (2022) berusaha […]

King’s Cup: Tajikistan Bangkit Tumbangkan Trinidad & Tobago Untuk Ke Final

Pertembungan separuh akhir Piala Raja Thailand (King’s Cup) antara pasukan Trinidad & Tobago berkesudahan dengan keputusan 2-1 memihak kepada Tajikistan. Tajikistan yang berada pada kedudukan ke-104 dunia jelas berada dalam kelas tersendiri seawal minit pertama permainan. Kedua-dua pasukan menurunkan barisan pemain terbaik dengan nama-nama seperti Keston Julien, Levi Garcia dan Judah Garcia dipertaruhkan selain Tajikistan […]